Semua ahli keluarga yang sedang berkumpul di ruang tamu rumah itu diam seribu bahasa, tiada sesiapa yang berani untuk membuka mulut apabila Puan Rafida naik angin
Anak lelakinya dipandang dengan dada yang turun naik menahan amarah, wajah kacak itu dijeling sebelum dia mengeluh dan memandang wajah anak perempuannya
"Hana, ibu minta maaf semua ni salah ibu silap ibu sebab nak satukan Hana dengan anak ibu yang terlalu pentingkan diri sendiri" kata Puan Rafida sambil menggenggam erat tangan itu dengan wajah yang kesal
"Ibu...janganlah cakap macam tu mungkin Hana dengan abang Raiqal memang tak berjodoh semua ni dah tertulis bu" pujuk Hana walaupun hatinya sini hancur ketika ini
"Ibu tak sangka...ibu tak sangka anak yang ibu bela dari kecil sanggup menconteng arang ke muka ibu dengan abah" rintih Puan Rafida
Manakala Encik Adi hanya diam dan langsung tidak bersuara malah dia hanya memandang tajam wajah anak keduanya itu
"Ibu...Abah, Qal minta maaf, Qal tak ada niat nak malukan ibu dengan abah Qal-" belum sempat dia bersuara Puan Rafidah sudah menengking
"Kalau tak ada niat habis kenapa Qal sanggup berdua-duaan dengan perempuan tu dalam rumah dia sampai kena tangkap basah! Dulu bila ibu tanya pasal perempuan tu Qal kata dia cuma kawan Qal sekarang ni apa benda?!" tengking Puan Rafida
"Ibu...Qal pun tak sedar bila Qal dah jatuh cinta dengan dia, yang Qal tahu Qal sayangkan dia dan dia selalu ada bila Qal tegah stress dengan masalah kerja" kata Raiqal yang tanpa sedar telah membuatkan Hana terluka saat ini
"Hei Raiqal! kamu sedar tak dekat sini ni masih masih lagi tunang kamu tergamak kamu cakap macam tu depan Hana" marah Encik Adi yang tadinya hanya senyap
"Abah, Qal tak nak menipu sebab tu Qal jujur dengan semua sekarang ni dan kalau boleh Qal nak putuskan pertunangan ni Qal kena bertanggungjawab ke atas Dalila maruah dia dah tercemar" kata Raiqal tanpa langsung memandang wajah si tunang yang lencun ketika ini
"Astaghfirullah...ibu dah tak tahu nak kata apa ibu malu sangat dengan semua lebih2 lagi Hana, ibu minta maaf sayang" tangis Puan Rafida di bahu Hana
"Ibu dah lah sekarang ni benda pun dah jadi biar kami putus sekarang daripada kahwin tanpa rasa cinta, Hana redha dengan semua yang berlaku ni ibu" pujuk Hana namun pujukan itu lebih untuk dirinya sendiri
"Abah pun rasa macam tu lebih baik kamu berdua cari sendiri teman hidup kamu dari kamu kahwin dengan lelaki yang sanggup malukan nama keluarga dan maruah tunang dia sendiri" perli Encik Adi
Raiqal mengeluh dia tahu semua ini tidak akan selesai dengan mudah pasti saja ibunya tidak akan menerima Dalila mahu pula gadis itu yang bersikap sombong dan mengada namun hanya gadis itu yang mampu membuat dia bahagia berbanding dengan Hana yang dianggap sebagai adiknya sendiri
Setelah semua bersetuju untuk memutuskan pertunangan antara Hana dan Raiqal maka mereka yang lain sudah pulang ibu dan abahnya pula sudah naik ke atas tanpa mahu memandang wajah Raiqal dan kini yang tinggal di ruang tamu rumah itu hanya Raiqal, Hana dan adik Raiqal iaitu Raisya
"Kau tidur sini eh Na" ajak Raisya
"Tak apalah lagipun aku balik sini kejap aje esok aku dah nak kena bertolak ke Johor semula lusa sekolah dah buka kan" tolak Hana sambil senyum hambar
Raiqal yang sedang menaip sesuatu di skrin telefon dijeling oleh Raisya dia langsung tidak suka dengan sikap Raiqal yang tanpa rasa bersalah masih duduk di situ dan dia sudah tahu pasti abangnya sedang bermesej dengan perempuan di sana
"Abang hantarkan Hana" pelawa Raiqal apabila menyedari Hana yang bangun mencapai beg tangannya
"Tak apa saya balik sendiri lagipun saya drive sendiri tadi" kata Hana tanpa langsung memandang wajah lelaki itu
"Abang minta maaf, abang tak boleh nak teruskan rancangan ibu untuk satukan kita abang tak boleh tipu diri abang sendiri lagi yang abang hanya sayang Hana sebagai seorang adik" kata Raiqal tanpa langsung rasa bersalah terhadap gadis itu
"Hana terima abang tapi Hana harap sangat lepas ni tolong jauhkan diri abang dari Hana sebab Hana dah tak boleh terima kehadiran abang sebagai seorang abang, Hana kekok" kata Hana
"Abang faham, abang janji akan jauhkan diri dari Hana tapi Hana jangan jauhkan diri dari ibu dan abah ye hanya sebab kesilapan abang" kata Raiqal
"Abang jangan risau abang tak ada kena mengena dengan hubungan antara Hana dan ibu dengan abah, Hana memang ikhlas sayangkan diorang bukan sebab abang" kata Hana sebelum dia berlalu pergi dari rumah itu
dan sejak kejadian malam itu Hana sudah jarang pulang ke rumah Puan Rafida dan Encik Adi lagi , masuk harini sudah enam bulan Hana tidak menjenguk keluarga angkatnya itu dengan alasan dia menghadiri kursus di Sabah
Bukan niatnya mahu menjauhkan diri tetapi dia malu dengan keluarga itu lebihan pula Raiqal juga sudah berkahwin dengan Dalila dua bulan selepas kes tangkap basah mereka, dia jadi kekok untuk ke rumah itu lagi dengan adanya seorang lagi ahli keluarga yang baru
YOU ARE READING
Kekasih Hati Abang
Short StoryHana, seorang gadis yatim piatu yang dibesarkan oleh keluarga angkatnya iaitu Encik Adi dan Puan Rafida. Mereka yang begitu sayangkan Hana sanggup membesarkan Hana tanpa langsung mengeluh atau mengungkit dengan apa yang telah diberikan Ketika Hana b...