Hana yang sedang minum air itu hampir tersedak menerima berita bahawa ibu angkatnya kini berada di hospital setelah wanita tua itu pengsan semalam di bilik tidurnya
"Na, kau balik lah jenguk ibu dia dari semalam asyik tanya kau aje" kata Raisya yang menelefon Hana
"Kau pun tahu kan aku bukan tak nak balik tapi aku-" belum sempat habis bercakap tiba2 dia terdengar suara Encik Adi yang memanggilnya
"Hana, ni abah ni Hana apa khabar? sihat?" tanya Encik Adi yang mengambil telefon milik Raisya
"A-abah, Hana sihat abah sihat?" tanya Hana yang gugup apabila dia sudah lama tidak menghubungi keluarga itu setelah apa yang berlaku dia hanya bertanya khabar mereka melalui Raisya jadi kini dia malu dengan keluarga itu
"Abah sihat, ibu tak berapa sihat doktor kata darah tinggi ibu naik semalam" beritahu Encik Adi
Hana yang mendengar sudah risau dia juga sekarang ini terasa seperti mahu sahaja berlari pulang menjenguk keadaan ibu angkatnya itu
"Hana baliklah ye, kalau tentang Raiqal tu Hana jangan risau abah akan suruh dia keluar nanti" kata Encik Adi
Terkejut Hana dibuatnya, semata-mata mahu dia pulang sampai sanggup mereka menghalau anak mereka sendiri membuatkan dia serba salah
"Abah, bukan pasal tu abah jangan risau ye lusa Hana balik nanti pesan dekat ibu Hana akan balik lusa dan Hana nak tengok ibu sembuh" kata Hana dengan sebak
dia terlalu sayangkan keluarga angkatnya itu, setelah kehilangan kedua orang tuanya dia menyayangi Encik Adi dan Puan Rafidah dengan sepenuh hati baginya mereka adalah sumber kekuatannya selama ini
"Yelah, nanti Hana balik ye kami dekat sini akan tunggu" kata Encik Adi yang kedengaran suaranya gembira dengan berita itu
mati sahaja panggilan Hana mengeluh dan dia membuang pandang ke luar jendela
"Benda dah berlalu dua tahun Hana, lupakan aje dia pun dah bahagia" kata Hana sendiri dan bangun dari sofa lalu menuju ke bilik tidurnya dia mahu mengemas pakaian untuk pulang ke rumah keluarganya
Dia yakin dia mampu untuk berdepan dengan pasangan itu lagipula bukan hanya mereka yang tinggal di rumah itu jadi dia tidak perlu bimbang untuk berdepan dengan mereka
Pada hari jumaat itu Hana tiba dirumah keluarga angkatnya itu, setelah salamnya dijawab dia disambut oleh Puan Rafidah yang berlari ke luar halaman rumah
"Ya Allah, anak ibu dah balik" tangis Puan Rafidah sambil memeluk tubuh Hana dengan erat
"Ibu...Hana minta maaf sebab tak balik sini jenguk ibu" kata Hana yang turut menangis
"Tak apa sayang, yang penting sekarang Hana dah balik ibu gembira sangat jom masuk" ajak Puan Rafidah
saat mereka masuk ke ruang tamu Hana melihat Dalila sedang menonton TV diruang tamu rumah
"Assalamualaikum" tegur Hana
salamnya dijawab dengan wajah yang kurang senang Dalila sambil menjelingnya sekilas
"Hana dah makan?" tanya Puan Rafidah yang mengabaikan menantunya itu
"Belum lagi ibu tadi pagi terus bertolak sini" kata Hana
"Baguslah, kejap lagi diorang balik solat jumaat kita makan sekali ye lagipun abang dah balik minggu lepas, Hana ingatkan dengan abang?" tanya Puan Rafidah yang gembira
"Abang? oh abang Razif?" tanya Hana yang ingat2 lupa wajah lelaki itu yang merupakan anak sulung Puan Rafidah
"Ha'ah, abang dah balik ni ibu nak siapkan lauk kegemaran dia ayam masak kicap tapi ibu tak reti nak buat yang sama macam Hana buat tu ingat tak dulu abang cakap abang suka ayam masak kicap yang Hana buat tu? dia request dekat ibu semalam katanya teringin nak makan ayam masak kicap tu Hana tolong ibu boleh?" tanya Puan Rafidah
YOU ARE READING
Kekasih Hati Abang
Short StoryHana, seorang gadis yatim piatu yang dibesarkan oleh keluarga angkatnya iaitu Encik Adi dan Puan Rafida. Mereka yang begitu sayangkan Hana sanggup membesarkan Hana tanpa langsung mengeluh atau mengungkit dengan apa yang telah diberikan Ketika Hana b...