Hana yang sedang membancuh secawan kopi itu terkejut apabila tiba2 muncul tubuh yang tinggi di sisinya
"Ya Allah, kenapa abang datang senyap macam tu nasib tak jatuh cawan ni" kata Hana yang tadinya terperanjat dan hampir saja cawan itu terlepas dari tangannya
"Sorry, bancuhkan air untuk siapa tu?" tanya Razif sambil memandang cawan kopi ditangan Hana
"Untuk Hana, abang nak ke?" tanya Hana apabila lelaki itu menjengah cawannya serupa itu
"Boleh juga kalau awak sudilah" kata Razif dan berlalu keluar dari dapur basah itu
Hana mengambil satu lagi cawan dan membancuh kopi tadi buat Razif kali ini muncul pula Raiqal yang masuk ke dalam dapur basah itu
"Hana bancuh air ke? tolong bancuhkan untuk abang sekali boleh?" tanya Raiqal yang muncul di sisi Hana sambil membuka sepeket keropok
"Suruhlah isteri abang bancuhkan lagi berkat air tu" kata Hana yang malas mahu bersembang lama dengan lelaki itu
"Tapi Hana kan tengah bancuh air tak salahkan bancuhkan untuk abang sekali, ha ni ada satu lagi abang ambil eh?" tanya Raiqal yang tidak malu menunjukkan ke arah cawan putih milik Hana
"Ish abang Raiqal kalau nak air minta dengan isteri abang tu lagipun itu tugas dia kan bukan tugas Hana" jawab Hana dan terus berlalu membawa dua cawan kopi keluar dari dapur basah
"Amboi sayang sejak bila you minum kopi malam2?" sindir stau suara yang baru keluar dari bilik air yang terletak di sebelah peti sejuk
"I memang selalu minum kopi you tu aje yang tak tahu yang you tahu cuma tiktok aje, dari pagi sampai malam asyik melayan tiktok aje i ni suami you nak makan nak minum pun mak i yang buatkan" perli Raiqal
"So now you nak perli i lah? dulu sebelum kahwin you janji nak jadikan i permaisuri you and now you nak mengungkit pula?" tanya Dalila yang tidak puas hati dengan suaminya
"Tapi you kena ingat tugas you sebagai isteri i you kena jaga makan pakai i sekarang ni i tengok semua benda ibu buat sorang2 you dekat rumah ni sedap aje goyang kaki" kata Raiqal separuh berbisik
"Sayang! i bukan orang gaji you okay i isteri you semua benda tu bukan tugas i dan i tak pernah suruh pun ibu buat semua tu dia yang nak buat so kenapa nak tunding jari dekat i pula" marah Dalila
" You dah besar Lila fikirla ibu tu dah tua dah tak larat susah sangat ke nak tolong ibu dekat dapur?" tegur Raiqal
"You memang kan sejak perempuan tu balik sini you dah mula nak cari salah i, kenapa you nak ceraikan i dan kahwin semula dengan bekas tunang you yang rajin and baik sangat tu" sindir Dalila yang mula naik suara
"Eh you jangan cabar i eh i kalau nak sekarang pun i boleh kahwin dengan dia" kata Raiqal yang mula hilang sabar
"Eh you ni memang kan!" Dalila menampar tangan dan dada Raiqal dengan geram
"Astaghfirullah...hei korang berdua ni kenapa tak malu ke orang ramai dekat ruang tamu tu yang bergaduh dekat sini dah kenapa kalau nak bergaduh hal laki bini pergi naik atas" marah Puan Rafida
"Anak ibu ni lah buat perangai" adu Dalila
"Dah2 pergi naik atas jangan gaduh dekat sini malu sikit" arah Puan Rafidah sebelum dia berlalu keluar dari dapur meninggalkan anak dan menantunya itu
Raiqal yang malas mahu melanjutkan pergaduhan turut keluar dari dapur meninggalkan Dalila yang sedang menahan perasan marah
Di ruang tamu Hana dan ahli keluarga yang lain hanya diam setelah mereka terdengar suara laki bini yang sedang bergaduh di dapur sebentar tadi
"Hana macam mana mengajar dekat Johor tu?" tanya Encik Adi memecahkan kejanggalan mereka semua
"Okay abah, seronok sikit sebab kawan lama Hana pun mengajar dekat sana" balas Hana
"Baguslah tak adalah abah risau Hana sorang2 dekat sana" kata Encik Adi
"Abang pula macam mana, bila mula kerja?" tanya Puan Rafidah yang baru muncul di ruang tamu itu
"Minggu depan ibu" balas Razif yang mengalihkan pandangannya dari kaca TV dan memandang wajah ibunya
"Ha! abang pun kan kerja dekat Johor juga bolehlah abang tengok2 kan anak perempuan ibu ni tak adalah ibu risau selalu Hana sorang2 dekat sana" kata Puan Rafidah yang bari teringatkan hal itu
Terkejut Hana dibuatnya sudahlah dia agak janggal dengan lelaki itu disuruhnya pula oleh Puan Rafidah agar lelaki itu menjaganya di sana
Razif memandang wajah putih yang sedang menghirup kopi itu sebelum pandangannya kembali ke wajah ceria ibunya
"Boleh ibu" balas Razif dan saat itu matanya dan Hana bertembung
Gadis itu kalut mengalihkan pandangan ke kaca TV membuatkan Razif tertawa kecil tanpa mereka sedari
"Ibu nak naik kemas baju, esokkan kita nak bertolak ke rumah nenek nanti korang pun naik kemas baju awal" kata Puan Rafidah yang bangun dari sofa diikuti oleh Encik Adi yang turut naik ke tingkat atas
Kini hanya tinggal Hana dan Razif di ruang tamu itu, keadaan menjadi sunyi dan hanya suara dari kaca TV yang kedengaran
"Hana datang sini naik apa?" tanya Razif dan memandang wajah gadis itu
"Hana drive sendiri" kata Hana
"Kalau macam tu nanti saya tumpang Hana boleh sebab saya datang sini naik dengan kawan saya dan dia pula esok dah bertolak balik ke Johor" kata Razif
"Boleh, nanti abang tunjuk ajelah dekat mana rumah abang nanti Hana hantarkan" kata Hana
memandangkan wajah Razif yang sedang tersenyum itu membuatkan Hana menjadi tak keruan Razif memang berbeza dari Raiqal kerana wajah Razif lebih banyak menyerupai wajah Encik Adi dan wajah Razif jauh lebih kacak berbanding Raiqal mungkin juga kerana warna kulit mereka yang berbeza membuatkan Razif kelihatan lebih menarik dengan aura kacukannya
"Sebelum ni kita tak pernah kenal2 lagi kan dulu pun masa saya cuti dan balik sini Hana tinggal dekat asrama jadi kita memang jarang jumpa dan rasanya cuma tiga kali aje kot saya jumpa Hana" kata Razif yang cuba untuk membuang rasa kekok dengan gadis itu
"Hm...itu pun masa Hari Raya" balas Hana
"saya mungkin tak banyak bercakap macam Raiqal sebab tu kot Hana tak berapa selesa dengan saya" kata Razif
"Eh tak lah, cuma Hana kekok sikit mungkin sebab kita jarang jumpa" kata Hana
"Lepasni bolehlah saya kenal Hana lebih dekat kan sebab nak buang rasa kekok tu" kata Razif sambil mencapai cawan kopinya
Hana yang mendengar dah malu sudahlah dia dan lelaki itu jarang sangat berjumpa macam mana pula mahu rapat dengan lelaki itu kalau dengan Raiqal dia memang dah tahu sangat perangai lelaki itu memandangkan sejak hari pertama dia masuk ke rumah ini Raiqal adalah abang pertamanya dan kini Razif pula lelaki yang hanya beberapa tahun sekali baru dia lihat wajah lelaki itu entah bagaimana sikap lelaki itu juga dia belum tahu
YOU ARE READING
Kekasih Hati Abang
Historia CortaHana, seorang gadis yatim piatu yang dibesarkan oleh keluarga angkatnya iaitu Encik Adi dan Puan Rafida. Mereka yang begitu sayangkan Hana sanggup membesarkan Hana tanpa langsung mengeluh atau mengungkit dengan apa yang telah diberikan Ketika Hana b...