"Hana, sibuk ke abang ada benda nak cakap sikit?" tanya Raiqal saat melihat Hana sedang mencuci pinggan di singki manakala ahli keluarga yang lain berada di luar rumah
"Abang Raiqal nak cakap apa?" tanya Hana tanpa menoleh memandang Raiqal
"Hana tahu kan abang dengan Dalila dah berpisah?" kata Raiqal dengan suara yang meminta simpati dari Hana
"Ye, tapi rasanya tak penting pun untuk Hana tahu kan lagipun itu antara abang dengan dia tak ada kena mengena pun dengan Hana" kata Hana
"Siapa cakap tak ada kena mengena? abang masih sayangkan Hana dan abang lepaskan Dalila sebab abang tahu abang masih sayangkan Hana, abang nak kita balik semula macam dulu" kata Raiqal dengan suara yang serak seakan menahan tangisan
"Habis mana pergi abang dua tahun lepas? kenapa tak cari Hana dan pujuk Hana untuk balik pada abang kenapa mesti sekarang selepas Hana dah sah jadi isteri abang Razif, nampak tak abang sebenarnya bukan sayangkan Hana tapi abang ego abang tak boleh terima yang Hana dah berkahwin dengan abang sulung abang kan?" sembur Hana dan menghempas pinggan ke dalam singki
"Abang kena ingat tau semua ni berpunca dari abang kalau dulu abang tak menggatal dengan Dalila benda takkan jadi macam ni tapi itulah Hana sebenarnya tak menyesal pun dengan benda yang dah berlaku sebab Hana pun dah jatuh hati pada abang Razif dan Hana percaya dia adalah jodoh terbaik buat Hana" kata Hana sebelum berlalu keluar meninggalkan Raiqal yang terdiam di situ
belum sempat Hana keluar dari dapur dia terserempak dengan Razif yang sedang bersandar pada dinding bersebelahan dengan ruang masuk ke dapur dia yakin lelaki itu sudah terdengar perbualan mereka sebentar tadi
"Abang, abang nak air ke?" tanya Hana berpura-pura biasa
Razif menggelengkan kepala sebelum menarik tangan Hana naik ke bilik mereka
"Kenapa ni abang? abang marah ke pasal apa yang Hana bualkan dengan adik abang tu?" soal Hana
Tiba2 saja Razif memeluk tubuhnya erat dan agak lama mereka berada dalam posisi begitu
"Terima kasih sayang, abang mati2 ingatkan sayang akan termakan pujuk rayu dia tu" kata Razif
"Abang, abang tahukan kalau Hana nak tak perlu tunggu abang kahwin dengan Hana pun Hana dah boleh balik semula pada dia cumanya Hana dah tak ada perasaan pada dia lepas apa yang dia buat pada Hana bodoh lah kalau Hana kembali pada dia" kata Hana
"Abang tahu, lepas abang nampak dia masuk tadi terus abang ikut masuk risau betul abang kalau dia nak cuba pujuk isteri abang untuk kembali pada dia" adu Razif
Hana ketawa dan terus berlalu ke meja solek lalu membuka pin tudung memandangkan dia mahu membersihkan diri sebelum turun menemani Puan Rafidah
"Abang tak payah risau yang penting abang percayakan Hana itu dah cukup sebab Hana takkan sesekali terima semula adik abang tu" kata Hana
sekali lagi Razif menghampiri Hana dan memeluk tubuh itu dari belakang pula sambil menyembamkan wajahnya di leher gadis itu
"Abang Hana nak mandi ni kejap lagi nak turun balik" kata Hana namun makin kuat pelukan di pinggangnya
"Abang rindu, sayang tinggal abang lama sangat tadi" bebel Razif dengan suara tenggelam timbul
"Abang jangan nak macam2 ni bukan rumah kita kot ye pun nak bermanja" bebel Hana pula yang tahu sangat dah kalau suara Razif sudah tidak beberapa jelas dengan nafas yang tidak teratur di lehernya
"BIarlah, pintu pun abang dah kunci" kata Razif
"Cepat betul buat kerja" kata Hana dengan perlahan
"Jom, abang mandikan sayang" ajak Razif dan terus membuka bajunya tanpa menghiraukan jawapan Hana
Hana sudah tidak berdaya mahu menolak apabila tubuhnya dicempung ke bilik air
Selesai mandi dan solat berjemaah Hana turun ke bawah semula, di ruang tamu Puan Rafidah dan Raisya sedang berbual manakala kelibat Encik Adi dan Raiqal tiada pula di situ
"Ha, turun pun anak bertuah ni ibu dengan Raisya tengah berbincang bulan depan kan dah nak puasa jadi ibu ingat puasa pertama tu ibu nak balik kampung berpuasa sekali dengan nenek" kata Puan Rafidah
"Ye ke, bestnya ibu nanti bolehlah kita puasa sekali lagipun abang Razif ada kata juga nak berpuasa sekali dengan ibu dan abah" kata Hana pula
"Ha baguslah kalau macam tu kita balik sekali semua mesti nenek suka kalau dia tahu kita nak berpuasa di sana" kata Puan Rafidah
"Sya pun tengah cuti sem masa bulan puasa tu jadi Sya tak ada masalah kalau kita nak balik lama ke kampung" kata Raisya
"Tu lah kalau ikutkan ibu memang ibu nak stay sana lama sikit kalau boleh sampai raya pertama" kata Puan Rafidah
"Kami nanti stay sana dua hari lepastu nanti sehari sebelum raya kami ke sana semula sebab abang pun kena kerja" kata Razif yang baru muncul dan mengambil tempat di sisi isterinya
Sedang mereka sibuk berbual Encik Adi juga baru muncul di situ sebentar tadi dia keluar ke surau bersama kawannya dan kini mereka berbincang tentang bulan puasa yang bakal tiba tidak lama lagi
"Tahun ni paling bermakna dalam hidup abang sebab abang dapat sambut puasa dan raya dengan sayang for the first time" kata Razif ketika mereka berada di bilik tidur
"Hana pun rasa macam tu, lepasni Hana dapat kejut abang bangun sahur dan siapkan makanan untuk berbuka buat abang" kata Hana yang teruja untuk menyambut ramadhan buat pertama kali bergelar sebagai seorang isteri
"Abang gembira sangat sebab abang dijodohkan dengan sayang, abang tak tahu nak gambarkan macam mana perasaan abang sekarang ni bila dapat peluk sayang macam ni" tubuh itu dipeluk erat sambil sesekali hidungnya mencari haruman dari helaian rambut Hana yang dilepas bebas
"Hana pun bersyukur dapat kenal abang dan dijodohkan dengan abang, Hana mengaku Hana dah sayang pada abang" kata Hana dengan perlahan
Mendengarkan ayat itu keluar dari bibir Hana tubuh si isteri dipusingkan dan mencari anak mata Hana
"Hana betul ke sayangkan abang?" tanya Razif tidak percaya
"Betul abang, Hana sayang abang malah lebih dari sebelum ni masa Hana bersama dengan Raiqal" kata Hana
"Terima Kasih sayang, abang pun sayangkan Hana dan abang cintakan Hana sepenuh hati abang" bibir Hana dikucup berkali-kali

ANDA SEDANG MEMBACA
Kekasih Hati Abang
CerpenHana, seorang gadis yatim piatu yang dibesarkan oleh keluarga angkatnya iaitu Encik Adi dan Puan Rafida. Mereka yang begitu sayangkan Hana sanggup membesarkan Hana tanpa langsung mengeluh atau mengungkit dengan apa yang telah diberikan Ketika Hana b...