Bab 8

297 22 0
                                    

Wajah ahli keluarganya dipandang semua berwajah serius ketika ini membuatkan Hana sedikit gementar, sebentar tadi dia yang baru selesai membersihkan pinggan mangkuk di singki tiba2 di panggil oleh anak sepupunya Hajar kata budak itu nenek dan Puan Rafidah  memanggil Hana ke depan 

Tiba di ruang tamu Hana melihat semua ahli keluarga sudah berkumpul dan berbual namun kelibat Razif tiada pula di situ

"Kenapa ni nek?" tanya Hana saat semua mata memandangnya

"Kami semua dah berbincang kalau Hana setuju kami nak melamar Hana untuk abang tapi kami tak paksa kalau Hana dah ada calon lain kami tak halang cumanya kami semua suka sangat tengok Hana dan abang bersama, nampak sangat serasi" kata nenek dengan lembut sambil menyentuh tangan Hana

Hana tersentak macam mana pula tiba2 mereka lamar dia untuk Razif? sebelum ini bukankah mereka hanya bergurau

"Tapi kenapa tiba2 nek, ibu?" tanya Hana dan memandang kedua wanita kesayangannya itu

"Kami cuma risaukan Hana dahlah tinggal jauh dari kami kalau Hana dan abang dah kahwin tenang sikit hati ibu dengan abah sekurang2 nya kami tahu abang ada untuk jaga Hana" kata Puan Rafidah

"Tapi Hana okay aje ibu dekat sana" balas Hana dengan baik 

"Macam ni lah kami semua tak paksa keputusan semua di tangan Hana, Hana fikir dulu nanti kalau Hana dah ada jawapan Hana bagitahu kami kalau Hana tolak pun tak ada siapa yang marah" kata Encik Adi 

"Betul tu Hana, Hana fikirlah dulu" sambut Mak Su yang berada di sisi nenek 

Hana diam, saat ini hatinya serabut terimakah Razif untuk disatukan dengannya dan ketiadaan lelaki itu membuatkan Hana rasa mungkin lelaki itu tidak bersetuju dengan rancangan keluarganya ini

Malam itu Hana langsung tidak keluar dari bilik dia duduk bersila di atas katil sambil berfikir dengan lamaran siang tadi, teringatkan wajah anak sulung Encik Adi dan Puan Rafidah membuatkan dia semakin berserabut

Tiba2 muncul Raisya yang baru masuk ke dalam bilik membawa segelas air buat Hana

"Kau fikirkan pasal lamaran tu ke Na?" tanya Raisya

"Hm...aku tak tahu nak fikir apa sebenarnya ni, aku rasa macam aku belum cukup kenal lagi dengan abang kau tu kau sendiri pun tahu kan Raiqal yang aku kenal bertahun boleh buat aku macam ni inikan pula lelaki yang aku tak tahu perangai dia dan semua tentang diri dia" kata Hana 

"Percayalah cakap aku Na walaupun diorang berdua tu abang aku tapi aku lebih sokong kalau abang sulung aku tu jadi suami kau, aku bukan nak tinggikan dia ke apa cumanya aku lebih kenal perangai diorang berdua aku yakin along boleh jaga kau dengan baik"  kata Raisya 

"Tapi nak ke dia kena paksa kahwin dengan aku ni bekas tunang adik dia?" tanya Hana 

"Kalau along aku kisah pasal tu dia takkan rapat dengan kau dan dia tak akan sudi pun nak kenal dengan kau bukannya kau tak tahu perangai along tu dengan Dalila pun dia tak pernah tegur kalau dia tak suka dia takkan tegur atau berkawan dengan orang tu" kata Raisya 

"Aku risaulah Sya macam mana kalau along kau fikir aku yang suruh ibu jodohkan dia dengan aku" kata Hana

"Apa kau merepek ni Na dia yang-" tiba2 Raisya menghentikan ayatnya dan menepuk mulutnya sendiri 

"Kau dah kenapa? dia yang apa?" tanya Hana yang pelik dengan gadis itu

"Tak ada apa lah kau tu jangan nak fikir melalut sangat lebih baik kau solat minta petunjuk mana tahu mungkin along tu jodoh yang dah ditetapkan untuk kau" kata Raisya sebelum bangun dan kalut keluar dari bilik 

Hana memandang ke luar jendela suasana sunyi dan sejuk malam ini sedikit menenangkan hati Hana

Keesokkan paginya mereka semua bersiap untuk bertolak pulang selesai bersarapan Hana menarik tangan Puan Rafidah ke ruang tamu 

"Ada apa ni sayang, rahsia besar ke?" usik Puan Rafidah sambil ketawa 

"Hana...Hana nak bagitahu ibu Hana terima lamaran ibu tu tapi dengan syarat ibu tak boleh paksa abang terima Hana biar abang sendiri yang tentukan pilihan dia" kata Hana 

"Betul ke ni sayang?" tanya Puan Rafidah dengan teruja 

Hana yang melihatkan wajah teruja itu dengan mata sedikit berair sudah dapat jawapan yang dicari bahawa pilihannya tepat dia yakin Puan Rafidah bahagia dengan keputusannya

"Alhamdulillah, Hana jangan risau abang dah lama setuju dengan lamaran ni sebab itulah ibu dengan nenek melamar Hana sebab abang pun dah setuju" kata Puan Rafidah

terkeju Hana mendengarkan hal itu, betulkah lelaki itu bersetuju dengan rancangan keluarganya tapi kenapa

"Biar ibu bagitahu diorang semua mesti nenek seronok dengar jawapan Hana ni" berlari kecil Puan Rafidah ke dapur teruja ingin menyampaikan berita gembira ini 

Hana yang sedang leka mengelamun terkejut mendengar seseorang yang datang menegur dari belakang

"Hana terima lamaran tu?" tanya Razif sambil berjalan mendekati Hana

"Ye, Hana setuju tapi Hana tak paksa abang kalau abang tak nak abang boleh cakap dengan ibu lagipun Hana ikutkan aje apa pilihan ibu" kata Hana yang malu sebenarnya nak berdepan dengan lelaki itu

"Abang dah lama setuju tunggu Hana aje yang lambat sangat nak setuju, abang tak cukup kacak ke untuk Hana?" tanya Razif sambil senyum 

Hana yang mendengarkan hal itu sudah merona merah, biar betul lelaki ini menerima cadangan keluarga mereka tanpa sedikit rasa terpaksa sedangkan mereka belum cukup kenal hati budi masing2

"Nenek cakap kalau Hana setuju minggu depan kita bertunang dan hujung bulan depan kita nikah" kata lelaki itu selamba sebelum berjalan menuju ke arah dapur 

Hana ternganga dengan kata2 lelaki itu dia sudah mula resah tak mungkin secepat itu mereka akan disatukan semuanya terlalu cepat 

Petang itu selepas asar mereka sekeluarga bertolak pulang dan jelas dari wajah mereka semua yang mereka gembira dan sudah mula berbincang untuk majlis pertunangan dan majlis perkahwinan Hana bersama Razif, Raiqal masih belum tahu tentang perkara ini memandangkan dia dan isterinya sudah pulang awal pagi kemarin kerana urusan kerja 

Hana yakin Raiqal tidak akan bersetuju dengan rancangan keluarganya ini memandangkan status Hana sebagai bekas tunangnya akan dijodohkan dengan abang sulungnya 


Kekasih Hati AbangWhere stories live. Discover now