Bab 11

348 19 0
                                    

"Oh...isteri abang ada dekat sini rupanya" tegur Razif saat menjumpai sosok isterinya sedang menolong nenek dan ibu mereka menyiapkan hidangan makan pagi

"Orang tu baru semalam kahwin harini dah tak boleh berenggang ye" perli nenek sambil mengupas bawang di meja makan

"Biasa la tu mak orang baru kahwin kalau boleh nak keluar bilik pun tak nak" sambut Puan Rafidah

Hana sudah menahan rasa malunya ketika ini mahunya dia meletup di situ dengan usikan mereka

"Ala ibu dengan nenek bukan tak tahu, kalau boleh rasanya nak aje menempel dengan isteri abang ni" kata Razif yang sudah masuk merapat dengan isterinya 

"Abang, nak mandi ke kejap Hana ambilkan baju" kata Hana yang mahu menamatkan topik perbualan mereka dia sudah tidak dapat menahan lagi perasaan malunya ini

"Kalau boleh baik sayang mandikan abang aje terus tapi sayang nenek dengan ibu pula ada dekat sini kalau ikut hati abang nak aje abang kaut isteri abang ni mandi sama" bisik Razif perlahan di telinga isterinya 

Apa lagi merah yang teramat dah wajah Hana ketika ini dia sudah tidak tahu mahu menyorok di mana, hairan dia dengan sikap Razif setelah bergelar suaminya sehinggakan dia terlupa lelaki itu pernah bergelar abang angkatnya

"Bisik apa pengantin baru ni...pergi aje lah mandi tu kalau nak bawa aje sekali isteri tu masuk mandi ibu dengan nenek akan pura2 tak nampak" usik Puan Rafidah

"Ha...bagus idea ibu tu kan sayang, jom" usik Razif yang suka melihat isterinya gelabah dengan wajah merah sebegitu

"Abang...dah lah pergi mandi" tolak Hana yang sudah tidak tahu mahu berkelakuan bagaimana lagi 

"Ye abang pergi mandi tapi lepas ni tolong abang kejap sediakan baju abang lepastu tunggu abang dalam bilik" kata Razif dan sempat lagi dia mencuri cium pipi isterinya saat nenek dan ibu leka berbual 

Hana yang diam hanya menganggukkan kepala dan setelah Razif masuk ke bilik air dia segera menyiapkan hidangan yang sedang dimasak nya dan seterusnya dia menurut arahan Razif sebentar tadi 

Setelah beberapa minit Razif naik ke bilik dengan mengenakan kain pelekat dan tidak berbaju hanya tuala yang menutupi bahu lelaki itu

Hana tanpa banyak soal segera menyerahkan sehelai tshirt pada lelaki itu dan dengan senyum gatal tangan Razif mencapai tangan Hana lalu menarik tubuh kecil itu ke dalam dakapannya

"Sejuk..." adu Razif yang sengaja membuat alasan untuk memeluk tubuh itu

"Kalau macam tu pakailah baju ni" kata Hana 

"Sayang pakaikan" arah Razif dan melepaskan pelukan ditubuh itu

Hana dengan lambat menuruti juga arahan Razif itu namun matanya dilarikan di segenap bilik malu rasanya mahu menatap mata helang yang sedang fokus menatap wajahnya dengan senyum manis di bibir lelaki itu

"Balik ni kita terus pergi rumah sayang, sayang dah pack barang2 kan?" tanya Razif setelah baju tadi elok tersarung di tubuhnya

Hana menganggukkan kepala memandangkan sebelum mereka pulang ke kampung mereka sudah berbincang untuk tinggal di rumah Razif setelah mereka sah bergelar suami dan isteri

Selesai makan pagi mereka berdua keluar berjalan di kawasan kampung dan mereka berehat di sungai yang terletak di hujung kampung 

"Abang, Hana ada benda nak tanya?" tanya Hana setelah mereka berdua melabuhkan duduk di atas sebuah batu besar yang terletak di tebing sungai itu

"Tanyalah"

"Abang kenapa sudi terima Hana sebagai isteri abang? maksud Hana abang memang dah lama tahu  ibu nak satukan kita atau abang terpaksa sebab tak nak kecewakan ibu?" tanya Hana 

"Kan abang dah cakap abang ikhlas terima Hana, bukan untuk ibu atau terpaksa tapi sebab memang abang yang nak jadikan Hana sebagai isteri abang lagipun abang tahu Hana adalah pilihan terbaik abang untuk jadi isteri abang" kata Razif

"Tapi kita tak pernah rapat pun, kita berdua nak duduk macam ni dan berbual pun tak pernah" kata Hana 

"Itu sebab Hana yang tak sudi nak kenal dengan abang,  abang dah lama nak kenal dengan Hana tapi abang nampak Hana rapat sangat dengan Raiqal sampai abang datang dekat pun Hana tak sudi nak tegur" perli Razif yang teringatkan tentang pertemuan awal mereka 

"Mana ada, Hana malu dengan abang sebab kita tak pernah jumpa sebelum ni dan kalau jumpa pun abang kan jarang2 balik beberapa tahun sekali baru abang balik macam mana Hana nak sesuaikan diri dengan abang" kata Hana

"So now, Hana dah boleh kenal2 dengan abang memandangkan kita akan tinggal serumah dan selepas ni hidup kita akan ada berdua jadi tak ada alasan Hana nak malu dengan abang memandangkan abang dah sah bergelar suami Hana" kata Razif

Hana memandang wajah kacak suaminya tanpa dia duga bahawa jodoh sebenar dia adalah Razif 

"Kalau abang nak cakap something Hana akan marah tak?" tanya Razif setelah mereka diam beberapa saat

"Cakap lah dulu" kata Hana

"Kalau boleh abang nak Hana jadi suri rumah sepenuh masa  dan bila abang baik kerja abang dah boleh nampak wajah Hana dalam rumah bukan abang nak halang masa depan Hana cumanya abang lebih selesa kalau abang sorang aje yang kerja dan cukupkan keperluan Hana" kata Razif

"Maksud abang, abang nak Hana berhenti kerja?" tanya Hana

"Ya, abang bukan paksa Hana itu terpulang pada Hana cumanya abang tak nak nanti Hana penat nak jaga abang nak kerja lagi, apa kata Hana berhenti kerja dan jaga abang aje" kata Razif 

Hana diam seketika kerana dia tidak pernah terfikir untuk berhenti kerja dan menjadi suri rumah namun sekiranya suaminya sudah menyatakan hasrat lelaki itu bahawa dia mahukan Hana sebagai suri rumah membuatkan Hana berasa serba salah 

"Nanti Hana fikirkan" kata Hana 

Setelah puas berjalan mereka singgah di sebuah warung di dalam kampung itu memandangkan Hana yang meihatkan beberapa budak di warung itu sedang menikmati ais kacang dan cendol membuatkan dia terliur 

"Cucu Mak Jah ke ni?" tanya mak cik yang menghidangkan pesanan mereka setelah dia melihat wajah Hana

"Ye" balas Hana mesra 

"Lah...itu mak cik pandang aje dari tadi nampak macam kenal, Hana kan namanya?" kata makcik itu

"Ye, saya Hana mak cik" jawab Hana

"Ini siapa?" tanya mak cik itu sambil memandang wajah Razif 

"Saya cucu sulung Mak Jah" jawab Razif sambil memperkenalkan dirinya

"Oh...cucu dia yang tinggal di luar negara tu ye, bila balik?" tanya mak cik itu teruja melihat wajah Razif

" Dah dekat beberapa bulan mak cik"

"Eh kamu kan yang kahwin kelmarin maaf lah mak cik tak dapat nak pergi anak mak cik masuk hospital" kata mak cik itu 

"Tak apa mak cik lagipun majlis tu kami buat ringkas aje, majlis besar nanti kami buat di KL nanti mak cik dengan keluarga datanglah" kata Razif 

Hana yang terkejut mendengarkan hal itu memandang wajah Razif dengan riak yang hampir membuatkan Razif ketawa kuat di situ 

"Insyaallah, nanti mak cik pergi" kata mak cik itu sebelum dia berlalu pergi mengambil pesanan pelanggan yang baru datang 

"Majlis besar apa ni abang? Hana tak tahu apa pun?" tanya Hana kalut

"Suprise, nanti Hana akan tahu" balas Razif selamba 

Hana yang tak sabar nak tahu tentang hal itu menjeling Razif yang suka benar buat keputusan mengejut seperti ini

Kekasih Hati AbangWhere stories live. Discover now