Bab 7

311 22 0
                                    

Malam itu rumah nenek memang meriah denga kehadiran orang2 surau dan jiran2 nya yang datang untuk majlis kenduri kesyukuran yang diadakan 

Setelah semua tetamu pulang Hana membantu ibu dan ibu sedaranya mencuci pinggan mangkuk yang digunakan manakala kaum2 lelaki sibuk mengemas di halaman rumah di bawah khemah mengutip sampah2 dan menyusun kerusi serta meja yang disewa 

Pukul 12 tengah malam Hana duduk di meja makan di dapur sambil minum untuk merehatkan tubuh yang letih setelah seharian dia membantu ahli keluarga yang lain untuk kenduri ini 

Tiba2 Razif yang baru muncul turut duduk di meja makan itu dan kelihatan di wajah lelaki itu masih basah mungkin baru selesai mandi 

"Hana kenapa tak masuk tidur?" tanya Razif 

setelah keluar berdua tadi siang hubungan mereka tidak lagi sekekok sebelumnya, dapat dirasakan mereka selesa untuk duduk berdua dan berbual 

"Saja, Hana tak mengantuk lagi Hana haus" kata Hana 

"Tuangkan untuk abang air tu boleh?" minta Razif 

Hana terkaku dan memandang wajah lelaki itu, dia salah dengar ke tadi lelaki itu menggelar dirinya 'abang'

"Erm...abang okay ke air ais ni malam2?" tanya Hana 

"Boleh lagipun abang panas dekat luar tu Pakngah dengan Paksu tengah tutup khemah dengan Raiqal" kata lelaki itu 

Tanpa banyak soal Hana menuangkan air sirap ais ke dalam gelas buat lelaki itu dan gelas ditolak dihadapan lelaki itu

Tiba2 muncul pula Raiqal di situ dan menghampiri meja makan dengan muka seperti tidak puas hati

"Hana, tolong tuangkan air untuk abang" pinta lelaki itu namun lebih kepada mengarah

Hana yang teragak2 mencapai sebiji lagi gelas dengan hati yang mengutuk lelaki itu

"Kau tak reti tuang sendiri ke?" sindir Razif sambil memandang tajam wajah adiknya

"Kau pun sama kan?" Sindir Raiqal pula 

'Dua2 sama je memang tak reti tuang sendiri ke?' gerutu hati Hana sebelum gelas diletak dihadapan Raiqal dengan kasar

Manis senyuman Raiqal berikan buat Hana namun gadis itu menjeling dan meneguk habis air di dalam gelasnya sebelum dia bangun membawa gelas ke singki

"Sayang, kenapa tak masuk lagi?" soal Dalila yang baru muncul dan menjeling Hana yang sedang meletakkan gelas di tepi singki

"Kejap ada lagi nak kena buat dekat luar tu" kata Raiqal dengan malas

Razif turut beredar dan mendekati Hana yang sedang mengeringkan gelasnya tadi, Razif mencuci gelasnya dan secara sengaja dia merenjis air di tangannya ke wajah Hana dan gadis itu ketawa lalu melibas kain kering ke tangannya 

Raiqal yang melihatkan hal itu terus bangun dan menolak kerusi dengan kasar sebelum dia berlalu keluar dari dapur dengan wajah yang tegang manakala isterinya hanya melihat kelakuannya dengan wajah tak puas hati

Setelah Razif keluar dari dapur itu Hana yang mahu beredar ditahan oleh Dalila 

"Kau ni dah lama menghilang tiba2 balik ni pahal? nak goda laki aku tu semula la kan?" sindir Dalila 

"Apa awak merepek ni?" tanya Hana dengan wajah cemberut 

"Kau ingat aku tak tahu yang kau masih suka dengan Raiqal kan? aku benci betullah dengan kau ni sejak kau balik rumah ibu Raiqal dah banyak berubah dulu dia sayang aje dekat aku apa pun yang aku buat dia tak pernah tegur tapi sekarang ni sejak kau ada semua benda serba tak kena" kata Dalila namun suara masih dikawal risau kalau ada yang terdengar perbualan mereka 

"Awak tolong jaga sikit mulut awak tu Dalila saya balik sebab nak jumpa ibu dengan abah, saya tak pernah dekat pun dengan suami awak tu dan sebelum ni saya tak pernah pun pergi serang awak sebab awak rampas bekas tunang saya tu jadi kenapa sekarang ni awak nak melebih pula, awak  yang kena jaga suami awak tu supaya dia tak ganggu saya lagi" marah Hana dia pantang betul apabila dirinya dituduh perampas sedangkan bukan dia yang mendekati lelaki itu

"Apa2 ajelah kalau aku nampak kau dekat dengan suami aku lagi memang tahu lah nasib kau aku akan bagitahu ibu yang kau masih menaruh harapan nak jadi isteri Raiqal dan cuba nak runtuhkan rumah tangga aku sebab kau nak balas dendam" kata Dalila dan matanya dijegil

Hana yang sedang menahan perasaan marah itu terus keluar dari dapur dan masuk ke dalam bilik yang dikongsi bersama Raisya dan seorang lagi anak sepupunya 

Masuk ke dalam bilik dia menangis secara perlahan mengenangkan dirinya yang tiada sesiapa di dunia dan dia teringatkan perkara lama yang sudah berlalu iaitu sewaktu dia bersama Raiqal, tak dinafikan dia pernah bahagia menjadi tunang lelaki itu 

'Abang sayang Hana, abang tak nak terima tawaran kerja tu nanti abang dah tak ada masa nak luangkan bersama Hana nanti kita jarang2 jumpa macam mana kalau dengan ketiadaan abang tu Hana jumpa orang lain?' kata Raiqal ketika mereka keluar bersama 

'Apa abang merepek ni? nanti kita kena tinggal jauh2 juga abang lupa ke tunang abang ni bakal cikgu okay' kata Hana 

'Tak pa nanti simpanan abang dah cukup abang akan ikat Hana dan waktu tu Hana tak ada alasan eh nak jauh2 dari abang' kata Raiqal 

'Baik abang, lagipun Hana nak jadi isteri yang solehah jadi Hana kena ikutlah ke mana abang  pergi' kata Hana 

'Abang tahu Hana memang akan jadi isteri yang taat, bertuah abang sebab ibu jodohkan abang dengan Hana' mata lelaki itu kelihatan jujur saat ayat itu dituturkan


"Na, kau buat apa kenapa tak tidur lagi?" tanya Raisya yang terjaga kerana terdengarkan suara seakan orang sedang teresak namun dengan keadaan bilik yang gelap dia tidak melihat dengan jelas yang dia nampak hanya Hana yang sedang duduk di hadapan pintu bilik sambil memeluk kaki

 "Aku tak mengantuk lagi, kau tidurlah dulu" balas Hana sambil menyeka air matanya dan suara dikawal semampunya agar tidak kedengaran suara tangisannya

Melihatkan Raisya sudah nyenyak tidur Hana mengeluh dia beristghfar dalam hati, kenapa perlu diingat pada lelaki yang sudah meruntuhkan kebahagiaan dan kepercayaannya


Kekasih Hati AbangWhere stories live. Discover now