"You buat apa pada Hana?" tanya Raiqal yang masuk ke dalam bilik pejabat bekas isterinya
"Buat apa? I cakap benda betul kan dia memang punca you dengan i bercerai kalau bukan sebab dia goda you sampai you angaukan sangat dia you takkan ceraikan i sebelum ni perangai tak elok pun you okay je you terima aje sikap i tapi lepas perempuan tu balik you tiba2 berubah" kata Dalila
"I ceraikan you sebab perangai you, bukan sebab Hana boleh tak you cermin diri you tu dulu dari dulu sampai sekarang you memang takkan sedar yang perangai you tu tak elok suka sangat nak bencikan orang tanpa sebab" kata Raiqal
"You tak payah nak ceramah i hanya sebab untuk tutup kecurangan you" kata Dalila
"I tak kisah apa pun sebab you bencikan Hana tapi i nak you pergi minta maaf pada dia dan abang i kalau you tak nak abang i ambil tindakan pada you sebab you cuba mencederakan isteri dia yang sedang mengandung"
Dalila terdiam dia risau apabila mendengarkan kata2 Raiqal itu dia takut sekiranya Razif akan mengambil tindakan yang akan memalukan dirinya sendiri
"I datang untuk ingatkan you benda tu dan jangan ganggu family i lagi" pesan Raiqal sebelum berlalu keluar dari pejabat itu
Raiqal sendiri terkejut apabila abangnya datang berjumpa dengannya pagi tadi dan menceritakan hal yang berlaku di pasaraya beberapa hari lepas serta mengarahkan dia agar berjumpa dengan Dalila dan memberi amaran pada wanita itu agar tidak mengganggu Hana lagi selepas ini
Dia sendiri juga sudah menerima kenyataan bahawa dia telah kehilangan Hana sejak dia berlaku curang dengan gadis itu dan kini Hana sudah menjadi kakak iparnya sendiri dan tidak lama lagi dia bakal menerima anak buah dari Hana dan abangnya
Pulang dari pejabat Razif melihat isterinya sedang menyiram pokok di halaman belakang rumah, setelah menyimpan barang kerjanya di tingkat atas dia terus ke halaman belakang
"Bini comel abang buat apa dekat sini?" tanya Razif
"Abang, bila abang balik Hana tak perasan pun" tegur Hana sambil melepaskan getah paip
"Sampai hati, kalau dulu abang balik sayang selalu tunggu sambut abang depan pintu tapi sekarang ni abang balik pun dah tak perasan" kata Razif sambil berpura-pura merajuk
"Ala...suami kesayangan Hana ni meh kita makan meh Hana ada masakkan mee goreng dengan kopi untuk makan petang meh Hana suapkan abang" pujuk Hana sambil menolak tubuh suaminya duduk di meja luar itu dan menghidangkan mee gorang yang memang sudah lama dia sediakan di situ
Siap menyenduk mee ke dalam piring dia melabuhkan duduk di atas paha suaminya
"Hana tak berat kan bang?" tanya Hana
Razif tersenyum sambil menggeleng
"Kalau berat pun sebab anak abang kat dalam ni" jawab Razif sambil mengusap perut Hana
Hana yang suka dengan jawapan suaminya itu terus tersenyum gembira dan menyuapkan mee goreng pada suaminya
Sedang mereka bermanja loceng rumah berbunyi, entah siapa yang mengganggu masa bermanja mereka
Apabila pintu dibuka mereka menerima kehadiran Encik Adi dan Puan Rafidah
"Assalamualaikum, anak dengan menantu ibu tengah buat apa maaf lah ibu dengan abah datang tak bagitahu" kata Puan Rafidah yang masuk2 sahaja terus memeluk menantunya
"Tak buat apa pun ibu kami tengah makan dekat belakang, jomlah kita makan sekali" pelawa Hana
"Langkah kananlah kita harini ibu, menantu ibu pelawa makan petang" usik Encik Adi
Mereka sekeluarga makan petang di halaman belakang rumah pada hari itu, memandangkan Hana juga ada menyediakan makan petang termasuk makanan yang dibawa oleh Puan Rafidah untuk makan bersama mereka
"Hana macam mana sekarang alahan teruk lagi?" tanya Encik Adi
"Tak teruk dah abah cuma sekarang ni asyik nak berkepit aje" perli Razif
Tangan Hana laju aje naik mencubit isi tangan suaminya
"Baguslah tu, ada setengah perempuan nak dekat dengan suami pun dia tak nak beruntung tau along Hana ni asyik nak berkepit aje" kata Puan Rafidah
"Mestilah ibu, lepasni kalau dah ada anak susah dah berkepit si anak pula nak bermanja dengan kamu berdua" usik Encik Adi
"Hai abah, macam pengalaman aje" perli Razif
"Mestilah, ini abah cerita berdasarkan pengalaman abah dulu kemain susah lagi abah nak berkepit dengan ibu kamu ni kamu dengan Raiqal asyik nak mencelah" cerita Encik Adi
"Oh abah nak cakap abah kurang kasih sayang lah ni? sekarang kami pun dah jarang balik sana abah boleh berkepit dengan ibu" kata Razif
"Berkepit apanya asyik menghadap joran dia aje, petang2 keluar memancing dengan kawan2 dia tinggallah ibu sorang2 dekat rumah tu" bebel Puan Rafidah
"Hai awak pula yang rasa kurang kasih sayang ke?" perli Encik Adi
Mereka tertawa melihat kemesraan ibu dan abah yang tidak kurang walaupun sudah lama berkahwin
YOU ARE READING
Kekasih Hati Abang
Historia CortaHana, seorang gadis yatim piatu yang dibesarkan oleh keluarga angkatnya iaitu Encik Adi dan Puan Rafida. Mereka yang begitu sayangkan Hana sanggup membesarkan Hana tanpa langsung mengeluh atau mengungkit dengan apa yang telah diberikan Ketika Hana b...