Bab 16

309 13 0
                                    

Hana sekali lagi memandang ke arah alat ujian kehamilan yang berada di tangannya sebelum menangis dan mengucapkan syukur yang tak terkira di hatinya 

"Ya Allah...terima kasih dengan anugerahmu ini" ucap Hana dan menyeka air mata gembiranya 

Dia yang tadinya risau kerana lewat datang bulan kini merasa suatu perasaan yang sukar digambarkan dengan kata2

Dia berfikir bagaimana mahu menyampaikan berita ini kepada Razif dan merencana untuk membuat kejutan pada lelaki itu lalu telefon di capai untuk menhubungi suaminya

"Assalamualaikum abang, abang dekat mana?" tanya Hana

'Abang baru balik pejabat tadi abang ada meeting dekat luar, kenapa ni sayang?' Tanya Razif yang kedengaran risau

"Oh tak, ingatkan nak minta izin abang sekejap lagi Hana nak keluar ke kedai ada barang yang Hana nak beli" kata Hana dengan suara yang serak menahan rasa gembira bercampur tangisan kalau diikutkan hati mahu saja dia khabarkan berita gembira itu sekarang 

'Tunggu abang balik dululah nanti kita pergi sekali' kata Razif 

"Tak boleh ada benda penting yang Hana nak beli" 

'Yelah2 tapi balik awal tau abang balik kejap lagi sayang dah kena ada dekat rumah, abang risau nak bagi sayang jalan sorang2' kata Razif dihujung sana

"Baik papa, macam mama ni budak kecik pula" bebel Hana dan saat panggilan itu keluar dari bibirnya air mata tidak henti bercucuran di wajahnya

'Aik...sejak bila pula kita bermama papa ni?' Razif sudah ketawa mendengar panggilan itu

"Kenapa, abang tak suka ke?" tanya Hana menduga lelaki itu

'Gila tak suka, abang tunggu aje saat bila kita boleh dapat gelaran tu sayang' kata Razif 

"Yelah Hana nak siap ni nak keluar, abang nak makan apa harini nanti Hana masakkan" tanya Hana 

'Jangan nak melawa sangat ingat sikit kalau abang tak ada dengan sayang jangan nak pakai cantik2 semua tu untuk abang aje' pesan Razif 

"Baik bos...tak melawa pun Hana pakai simple aje nanti Hana send gambar" kata Hana sambil ketawa 

'Okay sayang, harini abang tak kisah apa aje sayang masak abang makan' kata Razif 

Setelah panggilan ditamatkan Hana yang gembira terus bersiap untuk keluar membeli barang dapur dan beberapa barang lain untuk kejutan malam ini

Razif yang baru pulang malam itu melihat keadaan rumah yang gelap gelita semua lampu dirumah mereka tidak terpasang termasuklah lampu halaman rumah

"Tak balik lagi ke bini aku ni?" soal Razif yang baru keluar dari kereta 

Telefon di dalam poket dicapai dan nombor isterinya didail namun saat pintu rumah dibuka kedengaran jelas bunyi deringan telefon milik Hana

"Sayang, sayang ada dekat dalam ke kenapa duduk dalam gelap ni?" tanya Razif sambil melangkah masuk ke dalam rumah dan memetik suis lampu 

Saat rumah itu sudah cerah dengan nyalaan lampu kelibat isterinya masih tidak kelihatan tetapi dia yakin Hana berada di rumah memandangkan penghawa dingin terpasang cuma lampu sahaja dimatikan 

"Sayang ni nak main sorok2 ke dengan abang?" tanya Razif sambil ketawa dan meletakkan beg kerjanya ke atas sofa

Tiba2 matanya terlihat ke arah sekeping kertas kecil yang berada di atas meja ruang tamu 

'Naik Atas Kejap Abang' (ayat yang tertulis di atas kertas itu)

Razif sambil menggeleng memanjat anak tangga ke tingkat atas dan saat dia tiba di tingkat atas dia melihat sekeping lagi kertas berwarna kuning itu dilekatkan di pintu bilik tetamu

Kekasih Hati AbangWhere stories live. Discover now