Bab 18

286 15 1
                                    

Hana yang sedang sibuk memilih barang di bahagian bahan basah itu terkejut apabila tiba2 bahunya dilanggar oleh seseorang membuatkan perutnya yang besar terhantuk pada penghadang di hadapannya

"Oops, sorry tak sengaja" kata gadis yang melanggarnya tadi

Terkejut Hana apabila melihat Dalila adalah gadis yang melanggarnya secara sengaja tadi

"Bahagia kau kan, lepas dah lingkupkan rumah tangga orang lain kau boleh hidup dengan tenang dan bahagia, kenapa eh ke sebab sekarang abang kau dapat adik pun kau dapat"  sindir Dalila 

"Dalila tolong jaga sikit mulut awak tu, saya bukan punca awak dengan Raiqal bercerai" kata Hana

"Siapa kata? Kau punca rumah tangga aku dengan Raiqal hancur aku tahu kau sebenarnya nak balas dendam sebab kau masih tak puas hati yang Raiqal kena tangkap basah dengan aku dulu kan, aku tahulah kau sebenarnya masih sayangkan Raiqal entah2 anak ni pun anak Raiqal" sindir Dalila lagi

"Dalila!" tengking Hana yang sudah tidak dapat menahan rasa marahnya lagi

"Kenapa? kau malu kalau orang tahu kau mengandungkan anak adik ipar kau sendiri dan kau punca adik ipar kau bercerai berai" kata Dalila lagi

Hana yang geram menampar pipi Dalila sehingga membuatkan gadis itu tergelincir dan jatuh

"Eh perempuan! kau memang perempuan murahkan dah lah hidup menumpang dalam keluarga tu sekarang ni kau nak pecah belahkan keluarga yang bela kau dari kecil" marah Dalila 

"Kau kalau tak tahu apa2 tak payah nak memandai, sebab kau isteri yang gagal lah suami kau ceraikan kau" marah Hana 

Dalila yang geram mencapai tomato yang berada di dalam bakul sebelahnya nasib belum sempat sebiji tomato itu dibaling pada Hana Razif terlebih dahulu datang menahan

"Hey, korang tak malu ke nak bergaduh dalam supermarket ni?" tegur Razif 

"Abang tegurlah isteri abang tu, dasar perempuan miang tak pernah cukup dengan satu" marah Dalila 

"Siapa perempuan miang kau cakap ni Dalila? kau jangan lupa siapa yang rampas hak siapa dan siapa yang kena tangkap basah dengan tunang orang?" sindir Razif sehinggakan gadis itu malu dan berlari pergi apabila ramai yang datang menonton drama mereka di situ 

"Dah jom, kita beli dekat tempat lain aje" ajak Razif dan memimpin tangan isterinya keluar dari situ 

Tiba di dalam kereta Hana menangis teresak-esak kerana malu dituduh pemusnah rumah tangga orang 

"Dah sayang tak payah nak hirau dengan apa yang dia kata tadi tu, dia meroyan sebab kena cerai kot itu yang datang serang sayang" pujuk Razif

"Tapi Hana malu abang, ramai yang tengok tadi mesti diorang ingat Hana punca rumah tangga orang rosak" adu Hana

"Sayang, tak payah nak fikir lagipun orang takkan ingat apa yang perempuan gila tu cakap sayang jangan nak stress kan diri sebab perempuan tu abang tak nak sebab perempuan tu akan menjejaskan kesihatan sayang dan anak kita ni" 

Hana yang masih menangis itu ditarik ke dalam dakapan lalu kepala itu diusap bagi menenangkan hati isterinya

"Yang penting abang tahu isteri abang tak pernah musnahkan rumah tangga diorang dan abang tahu sayang sayangkan abang bukan adik abang itu dah cukup sayang tak perlu nak peduli pada pandangan orang lain" pujuk Razif lagi 

"Dia tak ada buat apa2 yang lain pada sayang kan?" tanya Razif

"Dia tolak Hana, perut terhantuk dekat penghadang bekas tu tadi" kata Hana 

Perut Hana diusap dengan hati yang sedang menahan amarah tahulah bagaimana cara dia mahu mengajar bekas adik iparnya itu

"Kesian anak papa ni mesti dia terkejut tiba2 kena tolak" kata Razif dan menundukkan kepala lalu mencium perut besar itu

"Dia kata dia dah okay lepas papa kiss tadi" kata Hana sambil senyum 

Tiba2 Razif mencium bibir Hana dan pipi kiri Hana 

"Mama dah okay ke?" tanya Razif

"Mama okay tapi jom balik mama rindu papa" kata Hana sambil melentokkan kepala pada bahu Razif

Razif tidak dapat menahan ketawa apabila dia tahu sangat sikap Hana sekarang memang pantang kalau dia manjakan mesti Hana tidak mahu lepas dimanjakan oleh Razif 

"Nakal ye mama sekarang, siang2 pun gatal" usik Razif sambil menarik tali pinggang keledar 

"Siapa suruh papa mulakan, mama bukan boleh sekarang ni asyik rindu papa aje" kata Hana 

"Tapi tak apa papa suka, bila lagi papa boleh manja2 dengan mama" 

"Mama tak nak makan apa2 ke?" tanya Razif 

"Tak nak, nak balik aje nanti kalau lapar kita order foodpanda" kata Hana 

Tercetus bunyi gelak Razif dengan perangai isterinya sekarang ini 

Pasal Dalila itu tahulah dia cara dia untuk membalas dendam kerana telah menyakiti isteri dan anaknya, memang dia tidak akan lepaskan gadis itu walau apa jua cara sekalipun 

Kekasih Hati AbangWhere stories live. Discover now