Flashback 10 tahun lepas
Hana yang sedang menyidai pakaian di ampaian itu terkejut apabila tiba air disimbah di tubuhnya, dirinya yang baru selesai mandi itu basah lencun sekali lagi
"Eh, sorry saya tak perasan" kata Razif yang terkejut apabila yang dicurahnya kena betul2 tepat pada gadis itu
"Habis basah dah kalau ye pun nak simbah air tu tengok lah dulu ini tak main simbah aje" bebel Hana
"Sorry, saya memang tak perasan awak dekat situ tadi" kata Razif sekali lagi namun wajahnya nampak sangat perkataan maaf itu tidak ikhlas
"Dah tu tengok aje tolonglah ambilkan towel dekat dalam" kata Hana
"Eh, kenapa saya pula kena ambil awak pergi ajelah masuk dalam" kata Razif yang tidak mahu mengalah
"Awak sedar tak awak dah basahkan saya ni, tolonglah" kata Hana
"Ye...tunggu situ" kata Razif yang malas mahu bertengkar dengan gadis itu
Setelah sehelai tuala diberi buat gadis itu terus Hana masuk ke dalam untuk sekali lagi membersihkan diri, tak pasal2 dia perlu mandi sekali lagi
Keluar dari tandas Hana yang sedang mengeringkan rambut terpaku di hadapan pintu tandas sambil menatap Razif yang sedang membatu dihadapannya sambil menatap wajahnya, mata lelaki itu seakan terkejut memandang Hana
"Kenapa pandang macam tu?" tanya Hana yang hairan
"R..ram..rambut awak tak tutup" kata Razif sambil mengalihkan pandangan memandang tempat lain
"Eh" dengan kalut Hana membalut kepalanya dengan tuala yang dipegang
"Abang nak apa ni?" tanya Hana
"N..ni tercicir dekat luar tadi" kata Razif sambil tangannya menghulurkan gelang tangan gadis itu tanpa memandang wajah Hana
Hana juga tergagap mahu mengambil gelang itu dari tangan Razif
"Terima kasih" balas Hana sebelum berlari ke biliknya
Razif memegang dadanya yang sedang bergelora saat ini terbayangkan wajah putih itu basah dengan rambut basah yang mengurai panjang itu cepat2 Razif beristighfar dan cuba melenyapkan ingatannya pada gadis itu
###
Kini gadis itu bakal bergelar isterinya beberapa jam saja lagi, harini mereka semua pulang ke kampung untuk majlis akad nikah Razif dan Hana yang akan dilangsungkan di rumah nenek mereka
Razif sedang menolong ahli keluarganya menyiapkan apa yang patut untuk majlis malam ini manakala bakal isterinya sedang bersiap di dalam bilik dengan sepupunya yang lain
"Macam mana abang, dah ready nak lafaz akad malam ni?" usik Encik Adi yang sedang menyusun kerusi di bawah khemah
"Insyaallah ayah" balas Razif sambil senyum
Raiqal yang sedang menghampar kain meja menjeling dan cuba berpura tidak hairan
saat Encik Adi masuk ke dalam Raiqal menghampiri abangnya
"Kenapa kau tiba2 terima idea ibu tu?" tanya Raiqal
saat dia tahu abangnya akan disatukan dengan Hana dia membantah sekerasnya namun apalah kekuatan yang dia ada apabila semua telah bersetuju dengan rancangan ini
"Insyaallah, aku percaya yang dia jodoh yang dah ditetapkan untuk aku" balas Razif tenang
"Jodoh? dia bekas tunang aku bang kau tahu tu kan tapi kenapa kau setuju dengan rancangan ibu ni?" marah Raiqal
YOU ARE READING
Kekasih Hati Abang
Historia CortaHana, seorang gadis yatim piatu yang dibesarkan oleh keluarga angkatnya iaitu Encik Adi dan Puan Rafida. Mereka yang begitu sayangkan Hana sanggup membesarkan Hana tanpa langsung mengeluh atau mengungkit dengan apa yang telah diberikan Ketika Hana b...