Bab 19

268 14 0
                                    

Sampul berwarna coklat yang diterima itu dilempar sehingga terjatuh ke lantai sebelum Razif meraup wajahnya menahan pelbagai rasa yang datang menyerbu ketika ini 

Telefon dikeluarkan dari poket seluarnya lalu aplikasi Whatsapp di buka dan nama isterinya dicari sebelum mesej terakhir mereka sebentar tadi dia baca semula, perbualan akhir mereka adalah Hana meminta izin untuk keluar dengan rakan sekolahnya Ain

Dia cuba berfikir sebentar sebelum mendail nombor isterinya dan tidak sampai beberapa saat panggilan bersambung

"Abang, kenapa ni?" tanya Hana yang hairan apabila suaminya tiba2 menelefonnya sedangkan baru sebentar tadi mereka berbual

"Tak ada apa, sengaja nak tanya tentang keselamatan isteri abang kenapa abang dah tak boleh call ke kalau sayang keluar dengan kawan?" duga Razif 

"Apa pula Hana tak maksudkan macam tu, Hana hairan aje lagipun Hana dah nak balik baru habis makan" beritahu Hana 

"Sayang keluar berdua aje kan dengan Ain tu?" Tanya Razif tiba2

"Ya, lagipun suami Ain ada meeting kalau tidak dia ada sekali tadi" beritahu Hana

"Oh, tak apalah kalau macam tu sayang balik elok2 ye" pesan Razif 


"Okay abang, abang ada nak tapau apa2 tak sebelum Hana balik ni?" tanya Hana 

"Tak ada, nanti malam kita keluar dinner sama2" kata Razif

Hana di hujung sana sudah ketawa suka apabila suaminya mempelawa untuk makan di luar

"Suka ya dia" usik Razif 

"Mestilah, okaylah abang Hana nak balik ni nanti dah sampai Hana whatsapp abang" kata Hana sebelum panggilan tamat 

Lega rasa hati Razif setelah mendengar suara isterinya, sekali lagi matanya dihalakan ke arah sampul surat yang berada di lantai pejabatnya

entah siapa yang menghantar gambar Hana sedang berbual mesra bersama seorang lelaki di sebuah restoran, dia tidak pasti niat sebenar pengirim itu namun dia yakin orang yang menghantar gambar2 itu berdendam dengan isterinya dan mahu merosakkan hubungan mereka suami isteri

Dia tahu isterinya tidak akan melakukan hal yang dia tidak suka lagipula dia kenal sikap isterinya yang setia dengannya 

Pulang dari pejabat Razif mencari kelibat isterinya namun tiada pula di ruang tamu tahu sangat sejak mengandung ini di mana tempat kegemaran isterinya di rumah, di mana lagi kalau bukan dapur

Hana yang baru keluar dari dapur membawa mangkuk kecil berisi aiskrim perisa strawberry terkejut melihat suaminya berada di ruang tamu 

"Eh, abang bila balik kenapa Hana tak dengar pun" tanya Hana 

"Mana nak sedar abang balik ke tidak kalau dah kusyuk sangat dengan aiskrim dia tu sampai suami balik pun tak sedar" perli Razif 

"Ala abang ni, abang yang masuk senyap2 nak salahkan Hana pula" bebel Hana sambil berjalan dengan perut besarnya menuju ke sofa ruang tamu

"Yelah2 abang aje yang salah isteri abang mana pernah salah kan" pujuk Razif sambil melabuhkan duduk di sisi isterinya sebelum kepala itu dicium penuh kasih melepaskan rindu 

"Abang naik mandilah, bau" kata Hana sambil mengepit hidungnya 

"Sampai hati cakap abang bau, abang kerja dalam aircond kot mana ada abang berpeluh" kata Razif sambil membau tubuhnya sendiri risau kalau benar badannya berbau

"Hana gurau aje, bau abang ni syahdu kot boleh jadi candu Hana" pujuk Hana sambil menyondol di tubuh suaminya yang sedang menarik wajah itu

"Gigit kang" ugut Razif sebelum mengambil mangkuk aiskrim isterinya, apa lagi bisinglah ibu mengandung itu meminta aiskrimnya semula

"Kalau nak, kena cium abang lepastu buat muka comel" usik Razif sambil mengangkat mangkuk itu tinggi dari gapaian isterinya

Laju saja bibir itu mendarat di pipi Razif sebelum membuat memek muka comel pada suaminya 

"Erm...tak cukup comel lagi tu" usik Razif masih belum mahu mengalah

"Abang....bagilah aiskrim Hana nanti cair" rengek Hana dengan muka hampir menangis itu matanya sudah berair 

Razif ketawa melihat wajah yang sedih itu sebelum mangkuk diserahkan semula tidak sampai hati pula apabila wajah cantik itu sudah sedih begitu

Pipi Hana di cium dengan geram menahan rasa apabila isterinya kelihatan  tersangatlah comel semenjak mengandung ini, wajah itu juga sudah semakin tembam pipi isterinya selalu menjadi mangsa gigitannya apabila dia geram melihat pipi pau itu bergerak saat Hana mengunyah makanan 

 "Anak papa ni nanti pesan dekat mama jangan banyak makan makanan manis sangat tak baik untuk anak papa dan kesihatan mama sekali" kata Razif sambil menunduk dekat dengan perut isterinya mahu berbual dengan anak mereka 

"Anak papa ni cakap dia yang nak makanan manis mama tolong kunyah dan sampaikan aje" jawab Hana sambil ketawa 

Razif yang tahu sangat perangai isterinya mencium perut itu sebelum bibir Hana digigit membuatkan Hana terkejut dengan tindakan pantas Razif itu

"Abang, sakitlah" adu Hana sambil menjilat bibirnya yang digigit tadi

"Abang tahu anak abang tak nak makan pun benda2 tu semua sayang yang nak kan?" 

"Kalau Hana yang nak kenapa? Abang tak nak bagi Hana makan ke?" tanya Hana dengan suara yang sengaja dilemahkan 

"Abang bukan tak bagi sayang makan benda ni semua tapi jangan makan banyak sangat yang manis2 ni abang risau dengan kesihatan sayang dan baby kita" pujuk Razif sambil mengusap bahu isterinya yang sentap itu

Hana mengangguk lalu memeluk suaminya mahu bermanja 

"Nak dukung naik atas, itu pun kalau abang larat lah" pinta Hana dengan mata bulatnya 

"Siapa cakap abang tak larat nak dukung isteri abang, setakat sayang sebelah tangan pun abang boleh angkat" laju saja Razif mencempung tubuh isterinya naik ke tingkat atas tanpa langsung sesak nafas atau penat 


Kekasih Hati AbangWhere stories live. Discover now