Bab 12

347 22 0
                                    

Beg pakaian milik Hana diletakkan di hujung kaki katil sebelum Hana memandang ruangan di dalam bilik tidur yang besar itu,  dia tidak percaya kerana rumah yang mereka kunjungi ini lebih besar dari rumah yang pernah ditunjukkan oleh Razif sebelumnya

"Nanti sayang boleh simpan baju dekat almari putih tu, almari yang sebelah kiri tu abang punya" kata Razif yang baru naik ke bilik mereka setelah selesai meletakkan bekal yang dibawa dari kampung

"Bila abang beli rumah ni?" tanya Hana 

"Erm...setahun yang lepas, abang memang dah lama beli rumah ni sebab abang dah berhajat yang nanti kalau abang dah kahwin abang nak bawa isteri abang tinggal sini dan sekarang hajat abang dah tercapai" kata Razif 

"Besar, cantik rumah ni" puji Hana sambil berjalan menuju ke bilik mandi 

"Hana berpuas hati tak dengan istana kita yang abang sediakan ni?" tanya Razif

"Suka, kalau abang bawa Hana pergi rumah yang kecil pun Hana tak kisah yang penting kita ada rumah" kata Hana

"Hana mandilah dulu abang nak keluar kejap nak jumpa kawan nanti abang balik"  kata Razif 

Setelah Hana selesai mengemas pakaian ke dalam almari di bilik Hana turun untuk melihat dibahagian bawah rumah itu

Selesai menjelajah di segenap ruang rumah itu Hana memanaskan lauk untuk makan malam mereka

Tidak lama kemudian telefon milik Hana berbunyi dan tertera nama Raiqal di skrin telefon

"Waalaikumsalam, abang ada apa call Hana ni?" tanya Hana setelah salam dijawab 

'Hana, abang tak boleh terima semua ni abang menyesal Hana abang tak patut kahwin dengan Dalila' suara Raiqal yang sedang menangis berbunyi di dalam panggilan itu

"Apa abang merepek ni, kita masing2 dah kahwin abang pun dah jadi suami orang dan Hana pun dah jadi isteri orang, isteri abang Razif" kata Hana dengan tegas 

'Abang dah ceraikan Dalila, Abang nak Hana semula Hana kita kahwin Hana minta cerai dengan Razif dan abang janji kita akan kahwin abang akan tebus semula kesalahan abang' kata Raiqal yang bagai orang tidak waras

"Astaghfirullahalazim, abang sedar tak ni kita dah tak ada apa2 hubungan dan kalau ada pun Hana dah jadi kakak ipar abang soal abang dengan Dalila Hana tak nak tahu itu hal rumah tangga abang sendiri" kata Hana dan panggilan segera ditamatkan 

Hana mengeluh sebelum dia duduk di sofa ruang tamu cuba melupakan kata2 yang keluar dari mulut Raiqal sebentar tadi, entah lelaki itu sedar atau tidak ayat yang baru dituturnya itu

Ketika Hana sedang mengelamun di ruang tamu itu dia tidak sedar Razif yang baru pulang 

"Sayang, kenapa termenung ni?" tanya Razif yang baru melabuhkan duduk di sisi isterinya

"Abang bila balik? Hana tak dengar pun?" tanya Hana yang terkejut dengan kemunculan lelaki itu

"Baru aje, abang masuk tengok sayang tengah mengelamun" kata Razif

"Tak lah, Hana mati akal tak tahu nak buat apa" kata Hana sambil tayang senyum manis buat lelaki itu dia tidak mahu Razif tahu akan hal yang baru adiknya tuturkan tadi

"Sayang dah tahu ke? Raiqal dengan Dalila dah bercerai"  tanya Razif sambil menatap wajah itu sengaja mahu melihat reaksi Hana apakah gadis itu suka dengan berita ini

"Erm...baru aje tahu" balas Hana dengan riak wajah yang biasa

"ibu bagitahu eh" duga Razif 

"Katanya diorang bergaduh besar semalam dan Raiqal lafazkan cerai pada Dalila" cerita Razif 

Hana diam sebelum dia cuba mengubah topik perbualan mereka, kalau boleh dia tidak mahu tahu tentang bekas tunangnya itu

"Abang nak makan? Hana dah panaskan lauk" tanya Hana

"Boleh juga tapi sebelum tu abang nak Hana mandikan abang" pinta Razif sambil menatap wajah putih itu

Hana yang terkejut dengan permintaan lelaki itu sudah tidak senang duduk 

"Erk- Hana nak hidang lauk ni abang naiklah mandi dulu" kata Hana cuba melarikan diri

"Ala lauk tu kejap lagi boleh hidang abang pun boleh tolong sayang, sekarang abang nak isteri abang mandikan abang lagipun sekarang dah tak ada orang boleh ganggu kita jadi sayang tak boleh cari alasan" kata Razif sambil tayang senyum nakal

Tanpa menunggu jawapan dari Hana tubuh gadis itu disauk  ke dalam dukungan dan dibawa naik ke bilik mereka walaupun ada penolakan dari Hana namun Razif tetap meneruskan langkah

"Abang, Hana malu" bisik Hana ketika Razif sedang mendaki anak tangga

"Nak malu buat apa, abang ni suami Hana dan Hana isteri abang hidup kita lepas ni hanya akan ada keluarga kecil kita ni aje dan abang dah jadi pendamping halal sayang buat selamanya insyallah" kata Razif

"Abang pun tahu kan hubungan kita ni macam mana" kata Hana sambil menyembam wajahnya di leher Razif

"Sebab tu lah kita kena rapatkan lagi hubungan ni, abang nak serikan lagi masjid kita dan abang nak kuatkan lagi hubungan kita sebagai suami isteri jadi sayang sudi tak tolong abang kukuhkan hubungan kita yang masih baru lagi ni?" tanya Razif ketika tubuh kecil itu diletakkan ke atas katil dan Razif merapatkan wajah mereka 

Hana menganggukkan kepalanya, dia juga sudah suka pada Razif dia tahu pilihan ibunya kali ini pilihan yang tepat buatnya 

"Sudi jadikan abang suami sayang secara sah, sudi terima kehadiran abang secara mengejut dalam  hidup sayang?" tanya Razif lagi

lagi sekali Hana menganggukkan kepala tanda di bersetuju

Bibir Hana dicium bermula dengan ciuman yang perlahan sebelum ciuman itu bertukar rakus, Hana turut membalas setiap sentuhan suaminya itu 

Dia sudah menerima kehadiran Razif dalam hidupnya dan dia berharap Razif mampu menjaga dirinya yang sebatang kara ini 

"Abang suka Hana, abang sayangkan Hana" ayat itu meluncur laju keluar dari bibir itu dengan nafas yang tercungap2

Hana yang mendengarkan ayat itu entah kenapa terasa sedih dan air matanya gugur secara tiba2, bagai sudah lama dia menanti ayat itu keluar dari seseorang yang bergelar suaminya


Kekasih Hati AbangWhere stories live. Discover now