Bab 9

322 23 0
                                    

4 minggu kemudian

Selesai menandatangani dokumen di atas meja Razif mencapai telefon pintarnya dan nombor Hana di dail 

"Assalamualaikum, Hana petang ni Hana free tak?" 

"Abang nak ajak Hana pergi cari barang kahwin lagipun esok abang ada meeting petang jadi takut tak sempat" 

"Yelah nanti abang ambil dekat rumah" tamat sahaja panggilan Razif menyandarkan kepala di kerusi kerjanya dan sibuk berfikir tentang perkara yang belum selesai lagi untuk majlis yang akan datang ini 

Kini dia dan Hana sudah bergelar tunangan pada beberapa minggu yang lepas, dia juga sekarang ini jarang berjumpa dengan Hana memandangkan dia yang baru memulakan tugas di syarikat itu diberi kepercayaan yang tinggi jadi agak sibuk

Dia tersenyum sendiri apabila teringatkan yang tidak lama lagi dia dan Hana akan bergelar suami dan isteri, sebenarnya tanpa pengetahuan gadis itu dia yang menyampaikan niatnya untuk memperisterikan gadis itu pada Puan Rafidah 

satu rahsia yang sudah lama disimpan ini tidak lama lagi akan dia ceritakan pada gadis itu setelah gadis itu sah menjadi miliknya, kebodohan adiknya sebenarnya telah membuka jalan untuknya yang sudah sekian lama memendam satu perasaan 

Pintu bilik pejabatnya diketuk menamatkan lamunannya

"Mengelamun kau eh?" perli Johan yang masuk membawa sebuah fail 

"Kau ni tak reti bagi salam ke?" perli Razif kembali

"Aku dah bagi kau aje yang sibuk mengelamun teringatkan bakal isteri, tahulah seronok nak kahwin tapi cover2 lah sikit" kata Johan dan melabuhkan duduk tanpa dipelawa

"Tahu ajekan kau ni aku teringatkan bakal isteri aku ke apa" kata Razif

"Tengok muka kau tersengih macam angau tu aku dah tahu dah" perli Johan 

"Ni fail yang bos minta kau semak sebelum meeting esok" fail ditangan Johan tadi kini diletak di atas meja kerja Razif

"Sorrylah eh tapi disebabkan bakal pengantin ni tak lama lagi nak cuti kahwin jadi kau kena korbankan lah sikit masa kau sekarang ni" perli Johan lagi

"Tak nampak ni bertimbun dokumen yang aku nak kena semak dan betulkan" kata Razif sambil menunjukkan mejanya yang berselerak dengan kertas2 kerja

"Nampak2, aku tengok kau pun berserabut" kata Johan

"Macam mana seronok tak nak kahwin?" tanya Johan tiba2 saat Razif membuka fail yang dibawanya tadi

"Seronok lah bukan macam kau siapa nak?" perli Razif 

"OH...berlagak kau eh mentang2 lah nak kahwin dah kau tunggu aku kahwin nanti aku ambil cuti panjang biar padan muka kau" kata Johan 

"Ei...mana boleh macam tu sedara Johan kesiankan lah teman mu ini" kata Razif 

sedang mereka seronok berbual tiba2 pintu bilik itu diketuk oleh seorang gadis 

"Awak, jom lunch sekali?" ajak gadis itu

"Ajak saya ke?" tanya Johan dengan seronok

"Nope, I ajak Razif" kata gadis itu sambil menjeling Johan

"Its okay, awak pergilah Fatin saya ada bawa bekal harini tunang saya masak kan" kata Razif yang menolak secara baik 

Johan menahan ketawa saat gadis itu menarik muka dan terus beredar, tahu sangat si Fatin ni memang pantang nampak staf kacak dia mesti nak try dulu maklumlah tak lama lagi nak jadi 'andartu' 

"Untunglah ada tunang masakkan" usik Johan lagi 

"Mestilah, kau apa tahu bakal isteri aku memang pandai masak so hari2 aku request nak bekal" kata Razif 

"ye ke, nak rasa sikit" minta Johan dengan muka teruja

"Cantik muka kau nak minta dekat Sofia tu suruh buat bekal untuk kau" kata Razif

"Kedekut, Sofia nak buat bekal untuk aku memang lambat lagilah jawab dia" kata Johan 


Di sekolah pula Hana yang baru lepas berbual dengan Razif sebentar tadi sudah tersenyum sendiri, buku yang diperiksa juga sudah tidak bertanda

"Amboi...orang tu Ika bukan main happy lagi lepas buah hati dia call" usik Kak Nia yang duduk berdepan dengan meja Hana 

"Eh, Kak Nia ni ada aje nak kenakan Hana kan" kata Hana

"Tu muka tu dah tak boleh nak selindung dah tahu sangat tak sabar ye nak kahwin?" usik Kak Ika pula 

"Mana ada, dia call nak ajak cari barang kahwin petang ni" kata Hana

"Ingat majlis Hana nanti akak nak duduk meja VIP tau akak nak duduk depan kau" usik Kak Nia 

Hana ketawa dan sambung bergurau dengan mereka berdua sebelum masing2 beredar ke kelas mereka


Petang itu seperti yang dijanjikan mereka berdua keluar untuk mencari barang perkahwinan mereka 

"Abang okay ke balik kerja terus ambil Hana ni, Hana boleh aje drive sendiri lagipun abang kan balik lambat" kata Hana

"Abang okay, abang tak sabar nak jumpa Hana dah lama  kita tak jumpa" kata Razif 

Hana yang malu itu tersenyum , dia mengaku dia sudah mula suka dengan Razif setelah mereka bertunang lelaki itu banyak berubah kalau dulu Razif agak kurang berborak dengannya namun kini lelaki itu menjadi terlebih sweet 

"Kita nak pergi mana dulu?" tanya Hana

"Kita pergi butik dulu tadi Kak Pian ada call abang bagitahu baju dah siap dia nak suruh Hana try baju" kata Razif 

"Yelah tapi lepas tu kita pergi makan dulu boleh? sebab Hana lapar" kata Hana 

"Boleh sayang" balas Razif sambil tersenyum melirik pada Hana

Hana yang merona wajahnya itu terus mengalihkan pandangan memandang keindahan luar sambil mengipas wajahnya dengan tangan

"Abang nak tanya something boleh?" tanya Razif setelah beberapa minit mereka senyap

"Tanyalah, abang nak tanya apa?" tanya Hana 

"Hana betul dah tak ada perasaan pada Raiqal dan boleh terima abang sebagai suami?" tanya Razif 

"Kenapa tiba2?" tanya Hana yang pelik dengan soalan Razif 

"Abang just nak pastikan yang Hana ikhlas nak terima abang dalam hidup Hana" kata Razif

"Abang jangan risau, Hana tahu tak baik kalau Hana masih berharap pada suami orang dan Hana betul2 ikhlas terima abang sebagai suami asalkan abang dapat janji dengan Hana yang abang takkan buat perkara yang sama macam apa yang dia dah pernah buat dekat Hana" kata Hana sambil menatap wajah lelaki itu

"Alhamdulillah, lega abang dengar dan insyaallah Hana akan kekal sebagai isteri abang selagi abang masih bernyawa" kata Razif sambil senyum menatap wajah putih itu

Hana senyum dan mendoakan agar hubungan mereka yang bakal terbina ini akan kekal selamanya 

Kekasih Hati AbangWhere stories live. Discover now