Razif yang baru tiba di kampung itu terus mencari kelibat Hana yang tidak kelihatan di luar mahupun ruang tamu
"Amboi sampai halimunan dah nenek dekat sini" tegur nenek yang berada di ruang tamu rumah
"Mana nak nampak dah kita ni semua yang dia nak tengok sangat tu tengah berehat kat dalam bilik" tegur Mak su pula
"Sorry nek, abang rindu sangat dah dekat Hana" kata Razif yang terus mendekati ahli keluarganya untuk bersalaman
"Hana ada dekat dalam tadi katanya dia sakit kepala" kata maksu
"Abang masuk tegok dia sekejap" Razif terus berjalan menuju ke bilik tidur
"Ye2 aje sekejap tu" tegur nenek
"Sayang" panggil Razif setelah menolak perlahan pintu bilik itu
Kelihatan tubuh Hana sedang baring membelakangi dirinya, terus Razif mendekati sosok tubuh yang dirinduinya itu
"Yang, abang dah sampai ni" panggil Razif sambil mengusap perlahan tangan Hana dan rambut Hana dicium
Secara tiba2 tubuh Razif ditolak sehinggakan dia terjatuh dari katil dan dengan wajah yang terkejut dia terkebil2 memandang wajah isterinya
"Tak payah nak buat2 manja dekat sini padahal dah seronok dengan skandal dekat sana kan" sembur Hana dengan wajah yang merah dan mata yang berair
Dia dari tadi lagi menangis dan alasan sakit kepala hanyalah untuk melarikan diri ke dalam bilik tidur agar dia tidak menangis dihadapan ahli keluarganya
"Sayang, kenapa tuduh abang macam ni skandal mana pula ni?" tanya Razif sambil mengusap pinggulnya yang sakit terhentak ketika jatuh tadi
"Ni, ni siapa perempuan ni abang ni memang gatalkan mentang2 Hana dah balik kampung dulu abang bawa balik betina lain ke rumah" Hana melemparkan telefon pintar pada Razif dan duduk bersila langsung tidak mahu memandang wajah Razif
"Astaghfirullah sayang, abang tak ada bawa balik perempuan lain ke dalam rumah kita ini Suzanna P.A Farid dia datang hantar fail projek yang abang tinggal dekat pejabat Farid kalau sayang tak percaya kejap abang call Farid" terus telefon pintarnya dikeluarkan dari poket seluar dan di hubungi kawannya itu
Tidak sampai beberapa saat panggilan bersambung dan setelah di soal jawab oleh Hana barulah panggilan dimatikan
"See, abang takkan tergamak nak buat macam tu pada isteri abang yang tengah mengandungkan anak abang" kata Razif dan terus diambil semula telefon pintar Hana lalu dia mendail number yang tidak dikenali itu namun panggilan tidak bersambung setelah beberapa kali didail
Hana hanya memandang wajah suami yang sudah tegang itu dia tahu Razif sedang marah ketika ini kerana dia terus menyerang lelaki itu tanpa usul periksa, dia sendiri juga terkejut setelah menerima gambar itu dari number yang tidak dikenalinya itu
"Telefon ni biar abang yang pegang selagi abang tak tahu siapa yang hantar gambar ni" kata Razif tanpa memandang Hana dan dia terus bangun mencapai tuala yang terletak di sebelah meja solek
Hana berasa serba salah apabila suaminya itu kelihatan seperti merajuk dengannya, dia tahu pasti Razif merajuk dengan dirinya kerana setelah dua hari menahan rindu dan apabila berjumpa terus diterjah oleh Hana sudah pasti lelaki itu berkecil hati
Setelah 30 minit akhirnya Razif masuk semula kedalam bilik dalam keadaan dia masih lagi basah di bahagian rambut dan mukanya mungkin air wuduknya
"Abang" panggil Hana dengan suara perlahan namun lelaki itu tidak menghiraukannya terus Razif mencapai sejadah yang tergantung elok disebelah tingkap bilik
Hana diam dan menahan suara tangisannya sambil duduk dibelakang Razif menunggu lelaki itu selesai solat
Melihat Razif selesai mengaminkan doa terus Hana mendakap tubuh Razif yang berkira mahu bangun itu
"Abang, Hana minta maaf sebab marah abang Hana tak tanya dulu dengan abang" tangis Hana sambil memeluk belakang tubuh Razif
"Hana tahu tak abang rindu sangat dekat Hana sepanjang perjalanan balik dekat sini kepala abang ni hanya ingatkan Hana aje abang ingatkan bila abang sampai sini Hana akan sambut abang dekat depan rupanya Hana terus tuduh abang tanpa periksa dulu, apa abang ni memang suami yang curang ke sampaikan Hana langsung tak tanya dulu dan percaya bulat2 pada pengirim gambar tu" kata Razif langsung tidak berpusing melihat Hana
"Tak...Hana tak percaya pun tapi bila Hana tengok banyak kali gambar tu Hana tak tahu Hana nak rasa apa Hana tahu abang takkan curang dengan Hana tapi Hana juga tahu benda tu tak mustahil untuk berlaku, Hana minta maaf Hana bukan tak percaya pada abang tapi Hana betul2 kecewa bila Hana nampak wajah abang tengah senyum dekat depan pintu rumah kita dengan perempuan tu, hati Hana rasa betul2 sakit abang Hana sayang abang Hana tak tahu apa akan jadi kalau benda tu adalah benar Hana takut benda yang lepas tu akan terjadi semula dan kali ni Hana tak nak hilang abang" kata Hana yang tersedu-sedan menangis dibelakang Razif sambil memeluk tubuh lelaki itu
Razif memusingkan tubuh dan tubuh Hana didakap lalu dikucup kepala Hana dia tahu pasti saja Hana akan terkejut dan hilang kepercayaan apabila menerima mesej berupa begitu lagipula gadis itu pernah melaluinya suatu ketika dahulu
"Okay abang tak nak dengar lagi kita bercakap pasal ini, abang nak Hana tahu abang sayang Hana dan abang sayang anak kita ni abang takkan duakan kekasih hati abang. Lepas ni kalau dapat lagi mesej macam ni terus tanya abang atau siasat dulu jangan nak tuduh2 abang yang bukan2 abang tak suka abang dah lah balik cepat2 sebab rindukan Hana bukan nak kena tolak macam tadi tu" kata Razif
"Sorry...Hana tak sengaja nak tolak abang pun emosi Hana tak terkawal tadi" kata Hana dan mencium pipi Razif sebagai tanda maaf
"Abang rindu sayang, abang rindu anak kita" ucap Razif sambil mencium bibir Hana sebelum dia turun mencium perut Hana
"Abang dah makan belum?" tanya Hana
"Belum, abang lapar sangat dah ni nak2 pula lepas kena tolak tadi" kata Razif dengan wajah meminta simpati
Hana menampar perlahan tangan Razif apabila lelaki itu mengungkit perihal tadi
"Jom keluar Hana siapkan makanan untuk abang" Hana bangun dan memeriksa wajahnya dulu takut kalau ahli keluarganya melihat mereka dengan wajah sembap
"Sayang percayakan abang kan?" tubuh Hana ditarik mendekatinya dan dipeluk Hana dari belakang
"Hana percayakan abang, Hana janji Hana takkan tuduh abang lagi" janji Hana sambil mengusap tangan lelaki itu
Setelah Hana keluar dari bilik untuk menyediakan makan malam buat Razif, Razif yang berada di dalam bilik mendail nombor kawannya dan dia meminta agar kawannya itu siasat tentang pengirim yang mengirim gambar tadi pada Hana dia tidak berpuas hati apabila ada yang cuba merosakkan rumah tangganya

ANDA SEDANG MEMBACA
Kekasih Hati Abang
Historia CortaHana, seorang gadis yatim piatu yang dibesarkan oleh keluarga angkatnya iaitu Encik Adi dan Puan Rafida. Mereka yang begitu sayangkan Hana sanggup membesarkan Hana tanpa langsung mengeluh atau mengungkit dengan apa yang telah diberikan Ketika Hana b...