Bab 6

312 23 0
                                    

Pagi itu Hana dan Razif keluar berdua ke bandar mencari bahan yang dipesan oleh Puan Rafidah dan nenek, tadi sewaktu dia mahu turun ke bawah dia terserempak dengan Raiqal namun belum sempat lelaki itu bersuara isterinya sudah mencelah dan Hana mengambil kesempatan itu untuk lari dari lelaki itu

Bukannya dia tidak tahu lelaki itu pasti masih tidak berpuas hati apabila Hana mahu keluar dengan abangnya, biar dia rasakan apa yang Hana rasakan selama ini apabila dirinya dikhianati 

Si Razif pula sepanjang perjalanan hanya diam dan hanya bunyi radio yang memecahkan kesunyian antara mereka berdua

"Abang tak nak cerita ke pasal abang dekat Hana? masa abang ada dekat luar negara dulu?" tanya Hana yang kekok apabila mereka berdua diam 

"Hana sudi ke nak tahu pasal saya? kalau Hana sudi nak kenal saya tak kisah" balas Razif dan lelaki itu tersenyum sebelum dia memusingkan kepala memandang wajah Hana 

Hana yang melihat senyuman manis itu buat kali pertama terus membuang pandang keluar takut pula dia apabila hatinya tiba2 jadi tak menentu 

"Macam yang Hana dah tahu saya dari umur saya 12 tahun Tokma dengan Aki ambil saya dan tinggal dengan diorang sebab waktu itu ibu dengan abah tengah susah jadi tak mampu nak jaga saya dengan Raiqal memandangkan beza umur kami cuma setahun so Tokma minta izin ibu dengan abah dan bawa saya tinggal di Australia untuk 18 tahun" kata Razif sambil memandu

"Best tak tinggal dekat luar negara?" tanya Hana

"Best tu memang best tapi saya rasa dekat sini lebih best lagipun dekat sana tak ada keluarga saya yang lain" kata Razif

"Abang mesti ramai awek orang putih kan?" tanya Hana yang teruja nak dengar soal teman wanita lelaki itu

"Tak adalah saya tak pernah bercinta pun waktu saya dekat sana saya cuma fikir nak habiskan belajar dekat sana dan cepat2 balik sini lagipun saya nak cari isteri orang melayu bukan mat salleh tekak saya ni masih tekak melayu bukan tekak steak atau pasta" kata Razif  sambil ketawa 

"Oh...jadi abang nak cari isteri yang pandai masak tempoyak dengan belacan lah?" sindir Hana 

"Why not, alhamdulillah kalau dapat isteri pandai masak sebab saya memang nak isteri pandai masak senang hidup saya kalau ada isteri yang pandai masak dan uruskan rumah tangga, semua saya akan bagi untuk lengkapkan hidup dia" kata Razif dan saat ayat itu dituturkan entah kenapa dia memandang wajah Hana dengan pandangan yang sukar ditafsirkan 

"Untung bakal isteri abang nanti" kata Hana yang mula rasa semacam apabila lelaki itu memandang dia serupa itu, sejak semalam lagi dia sudah rasa tidak senang duduk apabila mata seksi itu memandang wajahnya 

"Hana pun, siapa yang kahwin dengan Hana nanti mesti beruntung sebab Hana baik dan pandai masak" kata Razif 

"Rasanya saya masih belum cukup sempurna sebab itulah ada tunang pun tunang tinggalkan" kata Hana sambil ketawa perlahan 

"Tunang Hana tu je yang bodoh tak reti nak menilai" sambut Razif 

Selepas itu mereka berdua senyap sudah habis ayat yang mahu dibualkan dan akhirnya mereka tiba dia pasar 

"Adik mai tengok2 adik, ikan2 ni semua segar2 baru naik darat" tegur seorang penjual saat Hana dan Razif melihat ikan2 yang dijualnya 

"Pengantin baru ke? tak pernah nampak pon?" tanya penjual itu lagi cuba bermesra dengan pelanggannya 

Terkejut Hana dibuatnya nasib tak melompat ikan di tangan, mata dikerling ke arah lelaki yang tegak berdiri di sisinya sambil tayang senyum pada penjual itu

"Orang KL balik jenguk nenek kejap" balas Razif ringkas namun soalan yang satu lagi itu dibiarkan tidak dijawab seakan mengiakan

Hana lekas2 memilih ikan segar yang dipesan dan diletakkan ke dalam bakul yang disediakan di situ

"Untung kamu dik dapat bini pandai masak zaman sekarang bukan senang nak cari bini rajin ke dapur" kata penjual itu lagi 

Kali ini Razif cuma tayang senyum manis dan wajah Hana dipandang dia dapat lihat wajah putih itu berona merah

"Berapa bang?" tanya Razif

selesai membayar mereka mencari bahan yang lain pula dan setiap kedai yang mereka kunjungi pasti ditegur seperti mereka pasangan yang baru berkahwin 

"Nampak sesuai agaknya kita berdua ni" usik Razif saat mereka berjalan keluar dari pasar itu setelah selesai mencari bahan 

Hana menjeling Razif dengan ekor mata sebelum dia laju2 berjalan menuju ke kereta rasanya sekejap aje lagi dia akan meletup kerana malu dengan apa yang berlaku di dalam pasar sebentar tadi

Ketika tiba di kereta Razif meletakkan bahan yang dibeli ke dalam bonet sementara Hana melihat semua senarai bahan yang dipesan risau kalau ada yang tertinggal

"Hai, comelnya dia" usik dua orang lelaki yang berada di atas motor yang diletakkan di sebelah kereta mereka 

Hana berpura tidak mendengar dan meneruskan perbuatannya tadi menanda kertas di tangan 

"Sombongnya dia....nak kenal pun tak boleh ke?" tegur seorang lagi 

"Nak abang bawa ronda2 kawasan sini?" tanya seorang lagi 

Hana menjeling dengan wajah serius dan membuka pintu kereta sebelum masuk ke dalam perut kereta dan dari cermin sisi kereta Hana dapat melihat Razif sedang bercakap dengan sekumpulan lelaki tadi entah apa yang dikata kerana dia dapat melihat mereka menunduk dan salah seornag dari mereka mengangkat tangan seperti meminta maaf 

Saat lelaki itu masuk ke dalam kereta Hana dapat melihat wajah itu tegang dan rahang lelaki itu jelas kelihatan 

"Susahkan jadi orang cantik ni pergi mana pun orang ngorat" tegur Razif 

"Saya cantik ke?" usik Hana 

"Eh2 perasan aje dia ada ke saya kata awak cantik" sindir Razif sambil senyum 

Hana menjeling wajah itu dan tanpa Hana sedari Razif menjeling dengan ekor mata memandangnya sambil tersenyum 

Kekasih Hati AbangWhere stories live. Discover now