Razif yang sedang menyiapkan kerja pejabat di dalam bilik tidur itu terganggu dek kelibat Hana yang baru keluar dari tandas dengan pakaian tidur jarangnya, sungguh gadis itu kelihatan cantik walaupun sudah memboyot dan isterinya itu sentiasa kelihatan comel saat mengandung ini membuatkan dia selalu geram melihat isterinya sendiri sudah seperti gila bayang dengan isterinya
"Apa tengok2 fokus buat kerja, asyik nak usya2 orang aje" tegur si mak buyung itu sambil berjalan ke meja solek untuk menyapu krim malamnya
"Eh, perasan aje dia kita tengok dia" usik Razif sambil tersenyum
"Kita tahulah kita lawa sebab tu orang tu tak leh fokus buat kerja kan" Hana mengangkat bakulnya sendiri dengan bangga
"Dah tahu diri tu lawa yang seksi malam2 ni dah kenapa? sengaja nak goda kita kan?" tanya Razif dan laptopnya diletakkan ke tepi kini dia sudah meniarap menatap si isteri yang kelihatan sangat menggoda saat menyapu losyen ke tangan
"Perasan aje kita panas sebab itu kita pakai baju tidur ni dia tu yang gatal kita pula dituduh penggoda" perli Hana
"Meh la sini baring dengan abang, abang rindu anak abang" kata Razif sambil menepuk tilam
"Hana tengah pakai losyen ni abang, kejap Hana baring" kata Hana yang sudah tahu sangat perangai suaminya itu alasan aje lebih rindukan anaknya konon padahal mahu mengada dengan dia
"Yang....sinilah cepat..." Razif merengek apabila Hana seperti sengaja melengahkan diri mahu menghampirinya tidak tahukah Hana Razif sedang terseksa selagi dia tidak dapat memeluk tubuh comel itu
Hana tertawa sebelum bangun menghampiri katil penat melayan suami yang terlebih manja ini entah siapa yang mengandung ketika ini rengek suaminya mengalahkan dia yang mengandung
Tidak menunggu lama baru sahaja Hana melabuhkan duduk Razif sudah memeluk tubuh itu sehinggakan Hana terbaring sama di sisinya
"Abang pelan2 kesian anak abang ni terkejut" tegur Hana
"Sorry ye baby papa rindu sangat dekat mama itu yang papa tak tahan nak peluk mama ni" kata Razif sambil mengusap perut comel itu
"Tadi kata rindu baby sekarang rindu mama pula papa ni yang mana satu betul?" perli Hana
"Rindu dua2, abang tak boleh nak buat kerja bila tengok sayang keluar tandas pakai macam ni sayang nampak sangat cantik dan seksi" puji Razif
"Ye ke? masih seksi lagi ke dengan perut memboyot ni" tanya Hana
"Sayang apa tahu mata abang nampak sayang sangat seksi dan takkan ada perempuan boleh lawan kecantikkan sayang di dunia ni" puji Razif sambil menghidu bau wangian rambut Hana yang dilepas bebas
"Esok Hana akan ikut ibu dengan abah balik kampung abang jangan nak nakal2 ye dekat sini dua hari Hana tak ada" pesan Hana sambil bermain dengan rambut suaminya
"Matilah abang sayang....nanti kalau abang rindu sayang macam mana dah lah abang akan balik dua hari lepas sayang balik kampung nanti abang rindu bau sayang macam mana" rungut Razif sambil menggeselkan kepalanya di dada Hana dan menghidu bau wangian isterinya
"Alah dua hari aje abang lepastu abang akan balik kampung juga kan"pujuk Hana
"Tapi lama...apa kata sayang pujuk ibu dan bagitahu yang sayang akan balik dengan abang" kata Razif
"Mana boleh kan Hana dah janji dengan Khalisa nak teman dia malam berinai tu nanti apa kata dia" kata Hana
Razif mengeluh dan diketatkan lagi pelukkan di tubuh isterinya
Keesokkannya, Hana dijemput oleh Puan Rafidah dan Encik Adi setelah Razif keluar ke pejabat, mereka akan pulang ke kampung Encik Adi terlebih dahulu untuk menolong saudara di sana untuk majlis perkahwinan dan kenduri kesyukuran yang akan diadakan di rumah nenek Razif
Memandangkan majlis dan kenduri yang akan diadakan agak besar jadi banyak perkara yang perlu disiapkan lebih awal untuk memudahkan majlis berjalan dengan lancar
Dalam perjalanan Razif kerap kali menghubungi Hana bagi bertanyakan keadaan Hana dan kandungannya sehinggakan Puan Rafidah naik rimas dan memarahi Razif
"Macam lah ibu dengan abah nak bawa lari Hana ke siam takut sangat dia kita dera isteri dia ni" bebel Puan Rafidah yang duduk di sisi Hana
"Biasalah ibu, along tu mana boleh berenggang dengan isteri dia" perli Raiqal yang sedang memandu
"Anak sulung awak tu manja dengan isteri dia ni dah kita bawa bini dia ke kampung dia tak senang duduk lah dekat pejabat tu" usik Encik Adi pula yang berada di sebelah Raiqal
Naik malu Hana dibuatnya dengan perangai Razif yang terlalu menjaganya itu sehinggakan dia kerap kali berpesan pada ibu dan abahnya untuk menjaga keselamatan Hana dan anak mereka
Perjalanan yang memakan masa dua jam itu akhirnya tamat apabila mereka tiba di rumah separuh batu separuh kayu di kampung itu, kelihatan kelibat sepupu dan orang kampung yang ramai sedang memasang khemah dan sebagainya.
![](https://img.wattpad.com/cover/301771359-288-k160861.jpg)
YOU ARE READING
Kekasih Hati Abang
Cerita PendekHana, seorang gadis yatim piatu yang dibesarkan oleh keluarga angkatnya iaitu Encik Adi dan Puan Rafida. Mereka yang begitu sayangkan Hana sanggup membesarkan Hana tanpa langsung mengeluh atau mengungkit dengan apa yang telah diberikan Ketika Hana b...