Bab 5

327 23 0
                                    

Hana yang sedang melepak di pangkin halaman rumah nenek itu disapa oleh Razif yang baru pulang dari surau bersama pak ngahnya

"Buat apa sorang2 dekat sini?" tanya Razif dan melabuhkan duduk di pangkin tersebut manakala pak ngahnya sudah naik ke atas 

"Saja ambil angin diorang dekat atas tu tengah sibuk bincang pasal kenduri kesyukuran" kata Hana 

"Hana, kalau saya tanya something boleh?" tanya Razif

"tanyalah, abang nak tanya apa?" 

"Hana masih suka dengan adik saya tu ke?" tanya Razif yang membuatkan Hana tersentak

"Kenapa abang tanya macam tu?" soal Hana dengan perlahan

"Bukan apa saya perasan dari siang tadi lagi Hana dengan dia macam ada something, dia tu asyik mengekor aje kemana Hana pergi" kata Razif

"Hana pun rimas dengan dia tapi nak buat macam mana kang kalau Hana tinggi suara bergaduh pula Hana tak nak ibu marah dia kan ada darah tinggi" kata Hana 

Razif menganggukkan kepalanya sebelum matanya menatap wajah gadis itu sedang termenung memandang kawasan sawah yang gelap 

"Hana tak ada sesiapa lagi ke? atau Hana masih belum boleh lupakan dia?" tanya Razif lagi

"Kalau abang nak tahu, dia punca Hana takut nak bercinta Hana tak suka dengan dia kalau boleh nak tengok muka dia pun Hana benci tapi nak buat macam mana Hana dah lama sangat tinggalkan ibu dengan abah Hana tak nak diorang rasa Hana tak kenang budi diorang" kata Hana yang teringatkan wajah kedua orang tua yang telah membesarkannya 

"Kalau orang lain nak melamar Hana dan Hana tak berapa kenal dengan dia Hana akan terima?" tanya Razif tiba dan mula baring di atas pangkin itu

Tiba2 angin menjadi sejuk pula apabila duduk berdua dengan gadis itu

"Maksud abang?" tanya Hana yang tidak faham dengan soalan lelaki itu

"Maksud saya kalau ada orang lain yang Hana tak kenal ibu nak jodohkan dengan Hana, Hana okay ke?" tanya Razif

"Hana tak kisah kalau ibu rasa dia baik untuk Hana, Hana akan terima lagipun Hana dah anggap ibu sebagai mak kandung Hana sendiri apa aje yang ibu hajatkan Hana akan tunaikan" kata Hana 

Razif diam dia masih tidak lepas memandang wajah gadis itu tanpa gadis itu sedari 

"Bualkan apa anak2 abah ni?" tanya Encik Adi yang baru keluar dari rumah

"Tak ada apa abah saja ambil angin luar ni" jawab Razif dan membetulkan duduk agar ada tempat untuk bapanya duduk

"Hana kenapa tak join dengan yang lain diorang semua tengah riuh tu berbincang pasal kenduri" kata Raiqal yang tadinya turun bersama bapanya 

Dia kurang senang melihatkan Hana yang mula rapat dengan abangnya, entah kenapa dia tak suka jika gadis yang dulunya rapat dengannya kini rapat dengan abangnya pula 

Hana bangun tanpa menjawab soalan lelaki itu dan saat dia mahu naik ke atas tiba2 Razif juga berada di belakangnya dan sepertinya lelaki itu juga mahu masuk ke dalam

Ketika kakinya menaiki anak tangga tiba2 dia terpijak sesuatu benda yang kecil yang berada di tangga itu tanpa sengaja dan tubuhnya hampir sahaja jatuh ke kebelakang namun sempat ditahan oleh Razif 

Saat itu mata mereka saling merenung dan antara mereka tiada seorang pun yang bersuara sehinggalah Raiqal menegur

"Korang buat apa ni?" tanya Raiqal dan dari suara lelaki itu jelas dia sedang menahan marah

Dengan kalut Hana membetulkan dirinya dan berdiri lalu berlalu masuk ke dalam rumah tanpa menghiraukan mereka berdua  

Masuk ke dalam Hana terus melabuhkan duduk di sisi nenek yang sedang rancak berbual dengan anak2 dan menantunya 

"Hana esok tolong ibu boleh?" tanya Puan Rafidah

"Tolong apa ibu?" tanya Hana sambil memandang wajah ibunya

"Tolong ibu belikan barang dekat pasar sebab esok tengah hari kan dah nak mula masak barang banyak lagi yang tak ada esok Hana pergi dengan abang nanti ibu bagi senarai barang" kata Puan Rafidah 

Hana yang malu mahu menatap wajah lelaki yang sedang berdiri di tepi pintu rumah itu hanya menganggukkan kepala, sudahlah tadi dia jatuh disambut oleh lelaki itu mahu menatap wajah itu juga dia sudah berpeluh inikan pula esok nak pergi berdua

"Angah pun boleh pergi ibu" pelawa Raiqal yang tadinya dia terkejut apabila ibunya mengarahkan Hana dan abangnya mencari barang berdua 

"Angah nak pergi dengan Dalila ke? tahu ke kamu berdua nak cari barang dapur bini kamu tu nak masuk dapur pun malas" perli Puan Rafidah

"Bukan dengan dia, angah boleh pergi dengan Hana" kata Raiqal 

semua di situ memandang wajah Raiqal termasuk juga Hana yang kurang senang dengan lelaki itu, sesuka hati sahaja mahu keluar dengannya memang tidak lah dia mahu keluar berdua dengan bekas tunangnya itu

"Tak apa ibu, esok abang pergi dengan Hana" kata suara garau itu sebelum lelaki itu berlalu masuk ke bilik tidurnya

Lega hati Puan Rafidah mendengar ayat anak sulungnya itu, niat sebenar dia adalah dia mahu merapatkan lagi Hana dan Razif kerana naluri ibunya kuat mengatakan Hana sangat sesuai untuk anak sulungnya itu

Raiqal yang tidak berpuas hati itu terus melangkah masuk ke bilik tidurnya bersama si isteri yang sudah dari awal berada di bilik itu


Kekasih Hati AbangWhere stories live. Discover now