Hana yang membawa sebuah beg kertas berisi makanan tengah hari buat suaminya itu tiba di lobi syarikat di mana suaminya bekerja
keluar saja dari perut lif Hana sudah ditegur oleh Johan rakan sekerja Razif yang kebetulan berada di depan pintu lif itu
"Hana kan, isteri Razif?" tegur Johan
Hana membalas dengan senyuman dan anggukan memandangkan dia belum kenal dengan Johan
"Saya Johan kawan baik Razif, Hana datang nak lunch dengan dia ke?" tanya Johan
"Ye, dia ada dekat dalam kan?" tanya Hana semula
"Ada dekat dalam baru habis meeting dengan Dato tadi" kata Johan
"Awak dah makan ke kalau belum marilah makan sekali" pelawa Hana pada rakan suaminya itu
"Eh, tak apa saya pun dah janji nak makan dengan tunang saya dia dah tunggu dekat bawah tu korang berdua enjoylah" kata Johan dengan mesra sebelum berlalu masuk ke dalam lif
Hana yang baru masuk ke dalam pejabat mencari bilik kerja suaminya dan saat dia ternampak lelaki itu sedang berada di dalam bilik yang hanya bercermin itu dia sudah melangkah dengan gembira namun senyuman di wajah pudar apabila dia ternampak seorang gadis datang merapat dengan suaminya
Bukan main rapat lagi gadis itu berdiri di sisi suaminya sehinggakan bahu mereka bersentuhan antara satu sama lain dan terlihat jelas riak gembira di wajah gadis itu namun suaminya kelihatan seperti tidak selesa dan cuba menjauhkan kerusinya
Dalam kepala Hana sudah bersedia untuk berlalu pergi namun hatinya belum puas dan mahu untuk menyerang mereka berdua dia tidak akan membiarkan sesiapa pun memusnahkan mahligai yang baru dibina ini, tidak untuk kali yang kedua dia perlu kuat untuk mempertahankan miliknya kerana dia yakin Razif sayangkan dia
dengan berani Hana melangkah juga mendekati bilik suaminya dan setelah pintu kaca itu diketuk Hana melangkah masuk dengan wajah yang dimaniskan
"Abang...jom lunch" sapa Hana dengan suara yang sengaja dimanjakan serta lenggok tubuh yang dimanjakan dia juga berpura-pura tidak melihat gadis itu
"Sayang, bila sampai?" Tanya Razif yang laju berdiri dan mendapatkan isterinya
"Baru aje, tadi sayang terserempak dengan Johan dia bagitahu abang ada dalam pejabat itu yang sayang masuk, sorry sayang ganggu abang kerja ke?" tanya Hana dengan manja dan tangan sudah naik membetulkan tali leher suaminya
Naik hairan Razif melihat sikap isterinya namun dia cepat tangkap dia sedar Hana sedang cemburu dengan Fatin yang berada di dalam bilik itu
"Siapa tu you?" tegur Fatin yang geram melihat kemesraan mereka
"Oh lupa pula, kenalkan sayang ni Fatin rakan sekerja abang dan Fatin ini isteri I Hana" Razif memperkenalkan mereka berdua dengan tangan kanan melilit di pinggang isterinya
"OH...kenapa I tak pernah tahu pun you dah kahwin?" tanya Fatin dengan riak masam
"Ye ke, rasanya semua dah tahu I dah kahwin kan i cuti minggu lepas" kata Razif
"Okay then, i keluar dulu korang makanlah" kata Fatin dengan suara yang mendatar jelas sangat wajah cemburu itu
keluar saja gadis itu dari pejabat Razif terus Hana menjeling suaminya
"Bukan main rapat lagi abang dengan dia tu?" tegur Hana dan tangan suaminya ditepis
"Bukan abang yang rapat dengan dia, dia yang asyik menyondol dekat abang" kata Razif dan cuba memeluk isterinya
"Malulah kalau ada orang nampak dah bilik kerja abang ni terbuka" kata Hana
"Malu buat apa bukan ada sesiapa pun semua dah turun makan, lagipun abang nak pujuk isteri abang ni takut dia merajuk dengan abang lama2" tubuh Hana dipeluk dari belakang dan pipi kirinya dicium
"Siapa yang merajuk, ni Hana ada bawa bekal untuk abang ingat nak suprisekan abang nak ajak makan sekali rupanya lain pula yang Hana nampak" bebel Hana sambil mengeluarkan isi bekalnya
"Sorry sayang, abang betul2 tak tahu yang dia akan datang menggesel dekat abang lagipun tadi dia kata nak bincang pasal projek tapi abang tak sangka pula dia nak menggatal dengan abang nasib sayang masuk" kata Razif
"Ikutkan tadi Hana nak balik aje tapi Hana tak tahan sangat itu yang Hana masuk juga" kata Hana
"Abang minta maaf, abang janji lepas ni abang akan tolak dia kalau dia datang mendekat dengan abang tak apa biar semua orang nampak yang dia datang nak goda abang" kata Razif
Hana senyum apabila membayangkan situasi itu namun dia pusing dan memeluk tubuh Razif
"Hana tak nak hilang abang, Hana takut kalau abang pun akan tinggalkan Hana sama macam Raiqal" kata Hana sambil memeluk erat tubuh itu
"Sayang, jangan samakan abang dengan dia abang takkan buat semua tu pada orang yang abang sayang lebih2 lagi isteri abang" kata Razif dan membalas pelukan isterinya
"Tak malu ke kalau orang nampak?" perli Razif setelah beberapa saat dan Hana masih lagi memeluknya'
"Tak, biar semua tahu abang dah kahwin dan isteri abang ni romantik orangnya" kata Hana
"Ni yang nak ajak balik ni" kata Razif dengan suara perlahan namun didengari oleh Hana
laju saja tangan itu naik dan mencubit perut suaminya, miang suaminya itu memang tak bertapis
"Sayang tak kerja ke harini?" tanya Razif setelah mereka selesai makan tengah hari
"Tak, dua hari lepas Hana dah hantar surat berhenti kerja dan sekarang masih dalam proses" kata Hana
"Sayang tak rasa macam abang terlalu memaksa kan?" tanya Razif yang risau kalau kehendaknya membuatkan Hana berkecil hati
"Tak lah, Hana pun memang nak jaga abang sepenuh masa nanti senang sikit kalau nak ke mana2 tak payah nak ambil cuti bagai Hana 24 jam ada dengan abang" kata Hana
"Lega hati abang dengar, sayang jangan risau abang akan lengkapkan semua kemahuan sayang dan insyaallah tak akan ada yang kurang memandangkan abang lebih dari mampu nak tanggung keluarga kita ni" kata Razif sambil mengelus tangan isterinya
"Abang janganlah risau Hana bukan kaki berbelanja jadi Hana tak perlukan duit yang banyak duit kita tu nanti kita simpan untuk masa depan manalah tahu kita ada rezeki zuriat ke senang sikit nanti dah ada persediaan awal" kata Hana
"Hm...bunyi macam menarik, zuriat eh? bila tu sayang abang tiba2 jadi teringin pula nak ada anak, hm...memandangkan isteri abang dah mula meminta jadi abang sebagai suami kenalah turuti permintaan isteri abang" usik Razif sambil cuba mendekati wajah isterinya
"Abang! orang nampak nanti malulah" tegur Hana dan menolak perlahan tubuh suaminya itu, lelaki itu bukan boleh buat main kalau dia mahu di situ juga dia akan cium Hana
"Sayang yang mulakan dulu, abang bukan boleh dengar sayang cakap pasal anak ni nak pula bila teringatkan suara manja sayang tadi waktu sayang masuk tadi bergetar jantung abang ni" kata Razif
"Ish...itu sebab Hana nak tunjukkan pada perempuan tadi tu yang abang dah kahwin jangan nak menggatal dengan suami Hana" kata Hana yang malu pula apabila teringatkan perangainya sebentar tadi
"Tak ada, abang tak kira nanti dah balik abang nak sayang panggil abang macam tadi tu abang nak sayang gunakan suara manja sayang tu bila sayang panggil abang" arah Razif
"Mengadalah abang ni" cebik Hana
YOU ARE READING
Kekasih Hati Abang
Short StoryHana, seorang gadis yatim piatu yang dibesarkan oleh keluarga angkatnya iaitu Encik Adi dan Puan Rafida. Mereka yang begitu sayangkan Hana sanggup membesarkan Hana tanpa langsung mengeluh atau mengungkit dengan apa yang telah diberikan Ketika Hana b...