Sup yang masih berasap itu disendukkan ke dalam mangkuk lalu diletakkan ke dalam dulang bersama segelas air putih sebelum Razif membawa dulang tersebut ke ruang tamu untuk dihidangkan kepada isterinya
"Tadaaa, sup ayam special untuk isteri kesayangan abang" dulang diletakkan di atas meja lalu dia melabuhkan duduk di sisi isterinya
"Wow...nampak macam sedap" puji Hana yang sudah tidak menyempat mengambil mangkuk sup itu dia yang dari pagi tadi mengidam mahukan sup ayam itu akhirnya dapat juga dia makan sup itu bersama nasi putih
"Abang telefon ibu tadi minta resepi sup ni" beritahu Razif yang seronok melihat isterinya berselera makan masakkan air tangannya
"Patutlah rasa sama macam sup ibu" kata Hana
"Anak papa suka tak sup yang papa masak ni?" tanya Razif yang sengaja mahu bermanja dengan anaknya yang masih belum cukup sifat
"Anak papa cakap dia suka sup papa masak ni jadi lepasni boleh papa masak selalu untuk mama" sambut Hana
"Boleh sayang, papa akan buat apa saja yang anak dengan isteri papa nak" kata Razif
"Petang nanti ibu dengan abah nak datang katanya nak bawa Hana keluar cari barang baby" beritahu Hana
"Awalnya, jantina anak kita pun kita tak tahu lagi" kata Razif sambil ketawa dengan sikap keluarganya yang terlalu teruja dengan berita kehamilan Hana
"Itulah Hana dah kata tapi ibu cakap tak apa cari yang penting aje dulu"
"Yelah nanti kita pergi sekali abang pun nak juga merasa beli barang baby" kata Razif sambil mengusap perut isterinya
Anak pertama mereka ini merupakan cucu sulung di dalam keluarga Razif sudah semestinya kehadirannya amat dinantikan oleh atok dan neneknya
Ketika awal berita kehamilannya diberitahu kepada keluarga mereka Puan Rafidah sudah datang bermalam di rumah mereka selama seminggu untuk menjaga Hana dan memberitahu tentang apa yang harus Hana lakukan sepanjang kehamilannya itu agar ibu dan bayi sihat
"Semalam Raiqal ada telefon abang dia bagitahu yang dia akan ke Sabah lusa katanya dia dapat bertugas di sana gantikan kawannya" beritahu Razif
"Ye ke, kalau macam tu esok bolehlah pergi jumpa dia sebelum dia bertolak ke sana" kata Hana sambil sibuk menyuap nasi tanpa menoleh melihat wajah si suami yang sudah berkerut seribu itu
"Buat apa nak jumpa dia? rindu?" perli Razif
"Abang ni, adik abang nak pergi kerja jauh kan takkan tak nak jumpa kot?" tanya Hana semula
"Nak jumpa tu abang tak kisah tapi kalau dah sayang beria nak jumpa itu abang kisah, sayang jangan nak macam2 eh ingat sikit sayang tu dah nak jadi mak kepada anak abang tau" pesan Razif sambil menjeling
"Abang ni, nak cemburu lagi ke dengan adik abang tu dia pun dah sedar dia tak boleh nak putarkan balik masa kami dulu, sekarang ni Hana dah jadi isteri abang dan tak lama lagi bakal jadi mama kepada anak kita, Hana ajak jumpa supaya dia tak lupakan bakal anak buah dia ni Hana kalau boleh nak anak kita ni biar semua orang sayang termasuklah adik abang tu pak ngah dia" kata Hana
"Kalau macam tu tak apa, kalau sayang ada niat atau mengidam nak jumpa dia bagai yang itu masalah bagi abang" kata Razif
Tangan masih mengusap perut Hana sampailah Hana selesai makan dan mahu baring menonton cerita di kaca TV
"Abang ingat sebelum kandungan sayang ni besar abang nak bawa sayang balik Australia, Tokma dengan Aki pun dah lama tanya abang bila nak bawa Hana ke sana kalau sayang nak nanti kita pergi check up abang akan tanya dekat doktor kalau abang boleh bawa sayang travel jauh"
"Betul ke? bestnye... mestilah Hana nak Hana tak pergi sana sebelum ni" kata Hana teruja
"Okay nanti kita pergi" dahi isterinya dicium
YOU ARE READING
Kekasih Hati Abang
ContoHana, seorang gadis yatim piatu yang dibesarkan oleh keluarga angkatnya iaitu Encik Adi dan Puan Rafida. Mereka yang begitu sayangkan Hana sanggup membesarkan Hana tanpa langsung mengeluh atau mengungkit dengan apa yang telah diberikan Ketika Hana b...