Hana yang masih lagi bercuti itu sedang sibuk mengemas rumah baru mereka ini memandangkan rumah itu sudah lama ditinggalkan jadi terdapat banyak tempat yang berhabuk dan kotor manakala Razif pagi tadi sudah ke pejabat atas urusan penting
Sedang sibuk mengemop lantai loceng rumah berbunyi dan apabila pintu rumah dibuka ternyata Raisya yang datang melawat membawa buah tangan
"Kau buat apa tadi?" tanya Raisya sebaik sahaja dia masuk
"Tengah mengemas rumah, kau dari mana ni?" tanya Hana pula
"Aku baru habis kelas esok pula cuti so aku ingat nak bermalam dekat sini, boleh kak Hana?" tanya Raisya sambil buat muka comel pada kakak iparnya itu
"Mestilah boleh, lagipun rumah ini ada aku dengan abang kau tu berdua aje" kata Hana
"Manalah tahu korang tak nak diganggu ke kan pangantin baru" usik Raisya
"Jangan nak merepek, abang kau pun entah mungkin balik lewat harini" kata Hana sambil menyediakan minuman buat Raisya
"Kau dah tahu pasal angah bercerai dengan Dalila?" tanya Raisya tiba2
"Hm...tapi aku malas nak ambil tahu biarlah dia" jawab Hana dengan malas
"Abah kata diorang bergaduh besar malam tu tapi aku rasa better juga diorang tu berpisah kalau asyik bergaduh aje hari2 naik rimas aku" kata Raisya sambil buat muka apabila teringatkan bekas kakak iparnya itu
"Kau ni tak baik cakap macam tu, mungkin jodoh diorang berdua tak panjang sama macam aku dulu" kata Hana
"Nasib kau baik sebab kau belum kahwin lagi dengan angah time tu, kau ingat ibu akan diam kalau benda ni terjadi dekat kau silap haribulan angah pun ibu tak mengaku sebagai anak" kata Raisya
"Aku ni siapa Sya, anak angkat aje Raiqal tu anak kandung ibu walau macam mana pun Raiqal tetap anak ibu darah daging kau" kata Hana
"Entahlah, angah dengan along tu beza umur berapa tahun aje pun tapi aku lagi suka perangai along aku tu dari angah aku" kata Raisya yang menyuarakan ketidakpuasan hatinya
"Dah2 tak payah nak cakap pasal angah kau tu, lebih baik kau tolong aku kemas lepastu kita masak untuk makan malam" kata Hana yang mengubah topik mereka
"Aik, aku ni tetamu pun kena buat kerja rumah?" perli Raisya
"Kau tetamu dekat tak apa, kalau tetamu jauh aje yang dikecualikan" kata Hana
"Hm...kalau aku tahu aku sewa rumah jauh sikit dari rumah korang ni" kata Raisya
Hana ketawa, dia tahu sangat si Raisya ni memang pemalas nak masuk ke dapur kalau di rumah puan Rafidah pun dia jarang membantu di dapur
Malam itu mereka makan malam bersama setelah menunggu Razif yang pulang ke rumah agak lewat
"Cuti sem ke?" tanya Razif pada adiknya yang sedang sedap menyuap nasi ke mulut
"Tak lah, Sya tak ada kelas esok lecturer ada kursus" jawab Raisya
"Oh...duit bulanan ada lagi?" tanya Razif memandangkan memang duit bulanan dia yang sediakan buat adiknya itu
"Adalah sikit...tapi kalau along nak tambah pun apa salahnya" kata Raisya dengan senyum sumbing
"Yelah nanti along bank in kan"
"Along dengan kak Hana macam mana lepas kahwin ni? dah serasi dah?" tanya Raisya
"Okay aje, lagipun kami ni dah kahwin kena juga serasikan diri kan sayang?" kata Razif sambil memandang ke arah isteri yang sedang meneguk minuman
"Sorrylah kalau Sya datang sini ganggu along dengan kak Hana punya honeymoon" kata Raisya
"Taklah lagipun sehari aje kan, kalau lama memang along halau dah" kata Razif sambil senyum sinis pada adiknya
"Jahatnya...kak Hana tengok along ni" adu Raisya
Disebabkan adanya Razif di situ jadi dia perlu membahasakan Hana sebagai kakak kerana lelaki itu tidak suka kalau Raisya membahasakan Hana dengan gelaran kau aku memandangkan Raisya dan Hana memang sama umur jadi agak kekok buat Raisya untuk menggelar Hana sebagai kakaknya
"Tak payah nak mengadu sangat, isteri along dah semestinya akan masuk belah along" kata Razif
Hana yang malu terus menampar tangan Razif
"Mentang2 lah baru kahwin nak tunjuk sweet la tu" perli Raisya sambil menjeling alongnya
"Kalau cemburu pergi cari calon atau kalau dah ada bawa jumpa dengan kami" kata Razif
"Awal lagi along, Sya ada lagi satu semester aje lagi nanti Sya bawa dia jumpa korang semua" kata Raisya
"Baguslah, jangan nak bercinta lama2 sangat takut dia hanya nak mainkan adik along ni aje" kata Razif namun Hana pula yang terasa
Lekas Hana membuang perasaan itu dia tidak lagi mahu mengingati tentang kisah silamnya itu, dia juga sudah bergelar isteri Razif tidak elok untuk dia terus mengingati tentang lelaki lain
YOU ARE READING
Kekasih Hati Abang
Короткий рассказHana, seorang gadis yatim piatu yang dibesarkan oleh keluarga angkatnya iaitu Encik Adi dan Puan Rafida. Mereka yang begitu sayangkan Hana sanggup membesarkan Hana tanpa langsung mengeluh atau mengungkit dengan apa yang telah diberikan Ketika Hana b...