Bab 4

327 23 0
                                    

Selepas solat zohor mereka sekeluarga bertolak pulang ke kampung rumah keluarga Encik Adi yang terletak di Kedah ketika tiba di tempat hentian rehat mereka berhenti seketika kerana Encik Adi mahu menukar tempat dengan Razif untuk memandu memandangkan Razif yang sudah lama tidak memandu itu memberitahu bahawa dia sakit belakang 

"Nenek dah rindu sangat dah dengan kamu berdua ni, tahun lepas kami balik kamu berdua tak ada itu yang dia seronok sangat dengar kamu nak balik"   kata Puan Rafidah yang berada tempat duduk belakang dengan Hana manakala Raisya duduk di tempat belakang sekali sedang tertidur memandangkan baru pagi tadi dia pulang dari asrama

"Hana pun dah lama tak tengok nenek bu, rindu sangat dah" kata Hana

Masuk saja kereta ke halaman rumah yang lapang itu mereka sudah dapat melihat wajah tua itu sedang seronok menuruni anak tangga rumah separuh kayu separuh batu itu menyambut mereka

"Ha...tetamu jauh dah sampai" tegur Mak su yang berada di belakang nenek 

"Apa khabar mak?" tanya Puan Faridah yang memeluk nenek dahulu

"Sihat laguni la, hampa semua makan belum ni?" tanya nenek sambil sambil mencium wajah Hana

"Belum lagi mak, dah mak kata mak masak lauk kampung tu yang kalut balik nak makan ni cucu orang putih mak ni dah rindu sangat lauk kampung" kata Encik Adi

" Mana dia cucu orang putih mak tu rindu sangat dah dengan dia" kata Nenek sambil menjengah mencari kelibat Razif yang sedang sibuk mengeluarkan beg pakaian mereka 

"Sini nek, Nek sihat?" habis saja mengeluarkan beg pakaian Razif berlari memeluk neneknya 

"Sihat orang tua lah, kamu ni balik terus ke sini ke?" tanya Neneknya 

"Ha'ah balik sini terus lagipun abang dah dapat kerja di Johor" kata Razif 

"Nenek dengan atuk kamu dekat sana sihat?" tanya nenek lagi

"Sihat nek, diorang pun nak datang sini katanya entah bila nak datang" kata Razif 

"Dah lah jom naik sembang kat atas tu" sampuk maksu 

setelah semua naik ke atas mereka terus dijamu makan di dapur, nenek mereka sudah masak banyak lauk kegemaran mereka semua 

"Ni ada ikan keli goreng maksu kamu buat ni makanlah" pelawa nenek pada Hana yang sedang menyenduk lauk ke dalam pinggan

"Hana, sendukkan sekali untuk saya ikan lauk tu" minta Razif sambil menghulurkan pinggannya

"Abang nak kepala ke badan?" tanya Hana yang tidak menyedari pandangan nenek serta maksu sedang terarah kepada mereka dengan senyuman di bibir masing2

Nenek tiba2 menghantarkan isyarat mata pada Puan Rafidah dan disambut dengan anggukan wanita itu

"Nenek kenapa tak makan nasi?" tanya Razif yang melihat ke dalam pinggan neneknya hanya berisi lauk

"Nenek dah tak lalu nak makan nasi tu yang sengaja nenek nak ratah lauk ni aje" kata nenek 

"Sedapnya nek lauk ni dah lama tak makan lauk ni nek" kata Raiqal sambil mencapai sudu di pinggan sayur

"Mestilah itukan lauk kesukaan kamu itu nenek masak banyak tu tahu sangat cucu2 nenek suka lauk tu, dulukan kamu dengan Hana selalu berebut ikan lauk tu" kata nenek yang teringatkan kenangan lama ketika mereka masih di sekolah menengah dan datang bercuti di sini

Wajah Hana sudah berubah namun segera berpura2 bersembang dengan Raisya dan mata Razif memandang wajah Hana yang duduk di hadapannya, bukan Hana sahaja yang berubah muka Dalila turut sama masam muka apabila nenek lelaki itu tiba2 mengungkit kisah lama antara mereka

"Budak2 ni dah besar mak dah tak berebut dah lani kalau nak makan yang abang nanti bagi adik dia ambil dulu" kata Puan Rafidah saat dia terperasan wajah Hana yang seperti sedih 

"Dalila tak makan ke lauk kampung?" tanya nenek yang cuba mengubah topik apabila dia tersedar dia telah tersalah kata tadi

"Erm...Lila tak makan lauk2 macam ni" balas Dalila yang dari tadi hanya meratah ayam goreng 

"Maaflah nenek tak reti nak masak lauk2 bandar ke makanan orang2 putih tu ke" kata nenek

"Alah nek tak payah nak lebihkan sangat perangai dia kalau dia tak nak makan biar aje dia kebulur dekat situ" sampuk Raisya yang memang tidak suka dengan kakak iparnya itu

"Raisya..." tegur Encik Adi pada anak bongsunya yang bermulut lancang

"Tak apalah tu ada ayam goreng ratah aje semua" kata maksu 

selesai makan masing2 sudah buat hal masing2, yang perempuan sibuk di dapur nak buat kuih untuk makan petang yang lelaki pula si Razif dan Raiqal sudah mengikut paksu mereka ke kandang kambing manakala Encik Adi sedang berehat di ruang tamu bersama pak ngah yang baru tiba 

"Hana tak ada calon lagi ke?" tanya Nenek pada Hana yang sedang membancuh tepung

"Belum lagi nek" balas Hana sambil tersenyum manis 

"Ye ke...muka lawa macam ni takkan takde yang berkenan?" tanya nenek yang cuba mengorek lagi 

"Nak buat macam mana nek mungkin Hana belum cukup lawa kot" kata Hana 

"Kalau Hana nak anak mak ngah si Tajul tu pun belum berpunya elok sangatlah kalau Hana jadi menantu mak ngah sekurang2 nya makngah memang dah kenal Hana" kata Mak Ngah yang tadinya sibuk berbual dengan Puan Rafidah

"Si Tajul tu kerja kilang kan sekarang?" tanya Puan Rafidah

"Ha'ah dia dah lama kerja dekat kilang kerepek tu sekarang ni dia dah naik pangkat dah jadi supervisor dah" kata makngah 

"Alah si Razif pun ada apa nenek tengok Hana dengan Razif memang padan sangat" kata nenek pula yang cuba menjodohkan Hana dengan cucu kesayangannya

"Eh nenek ni, Hana tak bersedia lagi nek nanti2 lah Hana fikirkan pasal jodoh sekarang ni Hana nak fokus kerja dulu" balas Hana yang cuba menghentikan sesi menjodohnya itu

"Yelah, bukan apa Hana pun dah besar tak elok tinggal jauh sorang2 kalau jadi apa2 kami semua risau" kata Nenek

Hana tahu mereka memang sayangkan Hana sejak dulu lagi namun untuk berkahwin dengan ahli keluarga ini Hana sudah serik dia takut perkara lama akan berulang lagi

Puan Rafidah menatap lama wajah manis anaknya itu dia tahu apa yang difikirkan Hana namun dia juga mahu Hana menjadi sebahagian dari keluarga ini secara sah, dia terlalu sayangkan Hana dia takut kalau Hana akan meninggalkan dia sekiranya Hana berkahwin dengan orang luar tapi dia juga tidak tergamak untuk memaksa gadis itu menerima cadangannya setelah apa yang berlaku


Kekasih Hati AbangWhere stories live. Discover now