06

122 27 2
                                    

"Omma dah tinggalkan duit dekat atas meja makan tu. Nanti pesan je makanan," pesan Puan Choi.

"Ya Omma. Bitna takkan usik dapur Omma tu," Bitna menggulingkan biji matanya.

"Omma bukan apa, kamu tu jarang memasak. Nanti tak pasal-pasal terbakar dapur Omma," ujar Puan Choi.

"Bitna, nanti jangan lupa pergi tengokkan si Wooyoung tu. Pintu Aunty tak kunci,"Puan Jung yang sejak tadi hanya memerhati dua beranak itu bersuara.

"Okay. Omma dengan Aunty jangan risau. Enjoy je mother's days out tu," ujar Bitna sambil tersenyum.

Setelah menitipkan beberapa lagi pesanan, kereta yang dipandu Puan Choi akhirnya bergerak meninggalkan kawasan rumah itu.

Bitna memandang ke arah rumah sebelah iaitu rumah Wooyoung. Jam di tangannya diperhatikan.

"Teruk betul. Matahari dah tegak atas kepala pun tak reti nak bangun," ujarnya.

Dia kemudian berlari masuk ke dalam rumah dan muncul semula bersama duit di tangan. Dia ingin memesan makanan dan makan di rumah sebelah bersama Wooyoung.

Seperti kata Puan Jung, pintu memang tidak dikunci. Dia melangkah masuk dan memandang ruang tamu yang sepi itu.

"Jung Wooyoung!" jeritnya sambil berlari ke tingkat atas.

Pintu bilik lelaki itu dituju lalu diketuknya berkali-kali. Sememangnya dia sudah terbiasa dengan semua itu kerana sebelum ini memang dia selalu membangunkan lelaki itu untuk ke sekolah.

"Yaa, bangunlah!"

"Jung Wooyoung!" jeritnya lagi.

"Kau tak buka, aku masuk," tangannya memegang tombol pintu.

"Tch, tidur mati ke?" terus dia memusingkan tombol pintu dan bersedia menolaknya.

"Yaa-,"

Bitna hampir terjatuh bila pintu dibuka terlebih dahulu dari dalam. Mujur Wooyoung sempat memaut pingganya. Dan dia menahan tangannya pada dada lelaki itu yang tidak berbaju.

Dan sekarang dia berada begitu rapat dengan lelaki itu. Wangian dari shower gel yang digunakan lelaki itu menusuk ke hidungnya. Wajahnya didongakkan dan pandangan mereka bertaut.

Bitna menelan liurnya bila melihat rambut Wooyoung yang masih basah itu. Entah kenapa, tiba-tiba dia rasa berdebar melihat keadaan Wooyoung saat itu.

"Yaa, kau kenapa?" dahinya dijentik Wooyoung dan pautan pada pinggangnya dilepaskan.

"Sakitlah pabo!" Dahinya diusap.

"Aku nak pesan makanan. Macam biasa eh?" Soalnya.

"Okay," balas Wooyoung.

"Apa?" Soal Bitna bila Wooyoung memandangnya.

"Aku nak pakai baju ni. Nak tengok ke?" Soal lelaki itu.

"Tch, tak ingin aku!" Dia terus berlalu keluar dari bilik itu dan menutup pintu.

Wooyoung mengusap dadanya setelah bayangan Bitna hilang.

"Gila. Kenapa aku rasa berdebar tiba-tiba ni?"

With You Where stories live. Discover now