05

131 29 4
                                    

"Kau pun ada?"

"Er, hai Choi Bitna," Mingi mengangkat tangannya sambil tersenyum.

"Kau kenapa? Lain macam je aku tengok," soal Bitna pelik.

Wooyoung hanya diam memerhatikan tingkah mereka.

"Korang nak minum apa?" soal Wooyoung.

"Iced Choco!"

"Iced Choco!"

Kedua Bitna dan Mingi bersuara serentak menyebabkan Wooyoung menahan senyumnya.

"Kau pun suka Iced Choco?" soal Bitna.

Mingi mengangguk.

"Favourite aku,"

Wooyoung memandang Bitna yang nampak teruja setiap kali mengetahui ada orang menyukai benda yang sama sepertinya. Jelas sekali betapa lebarnya senyuman gadis itu. Kalau lah dia tahu itu cuma penipuan Mingi semata-mata untuk mengambil hatinya.

"Dah, aku order. Korang pergi cari komik dulu," Wooyoung bersuara.

"Jom Bitna,"

Mingi menarik hujung lengan baju Bitna untuk ke kawasan rak yang menempatkan komik. Rancangan untuk ke Comic Cafe itu adalah idea Wooyoung memandangkan mereka baru sahaja selesai ujian pertengahan tahun. Selalunya hanya dia dan Bitna sahaja ke situ, tetapi tiba-tiba Mingi ingin menyertai mereka.

Setelah membuat pesanan, Wooyoung ke bahagian komik. Senyuman terukir di bibirnya saat melihat Bitna yang sedang berusaha untuk mencapai komik yang berada di bahagian paling tinggi di rak.

"Dah tahu pendek tak nak guna kerusi," dia berjalan untuk membantu.

Namun langkahnya terhenti saat Mingi muncul di belakang Bitna dan mencapai komik yang cuba diambil gadis itu. Bitna nampak terkejut sebelum tersenyum bila Mingi menyerahkan komik itu padanya.

Wooyoung mengetap bibirnya.

"Bagilah aku join. Inilah peluang aku nak rapat dengan Bitna,"

Kata-kata Mingi semalam kembali bermain di fikirannya.

"Wooyoung ! Dah siap order?"

Dia tersentak dan memandang Bitna dan Mingi yang kini berjalan ke arahnya.

"Dah, aku orderkan Mac and Cheese untuk korang,"

"Kau pergilah cari komik. Biar aku dengan Bitna ambil pesanan dan cari meja,"

Wooyoung ingin bersuara namun Bitna sudah menadah tangan meminta buzzer di tangannya. Dia menghulurkannya lalu memerhatikan Bitna dan Mingi yang berlalu pergi dari situ.

Entah kenapa ada sedikit rasa kurang senang melihat mereka yang nampak sangat rapat itu. Terbit rasa menyesal kerana bersetuju untuk membantu Mingi rapat dengan Bitna.

With You Where stories live. Discover now