"Balik nanti jangan merayau,"
"Baik Omma," Bitna mencium kedua pipi ibunya sebelum dia keluar dari kereta.
Setelah melihat kereta ibunya berlalu meninggalkan perkarangan sekolah, barulah dia melangkah masuk ke bangunan akademik.
Sampai sahaja di hallway untuk menuju ke kelas, suasana riuh seperti selalu. Di hujung sana, kelihatan beberapa orang pelajar perempuan yang mengelilingi dua orang pelajar popular sekolah.
Bitna hanya memandang tanpa ada niat ingin menyertai mereka.
"Tch, awal pula dia datang hari ni," kakinya kembali melangkah untuk ke kelasnya.
"Yaa, Choi Bitna!" namanya dilaung.
"Haish," langkahnya makin dilajukan.
"Yaa!"
Beg sekolahnya ditarik dari belakang membuatkan dia terpaksa berhenti dan berpusing menghadap si pelaku.
"Kau kenapa lari dari aku?" Soal Wooyoung.
"Tch, malas lah aku dekat-dekat dengan kau. Tak pasal-pasal aku kena kutuk lagi dengan peminat kau,"
"Diorang takkan berani kacau kau. Kalau diorang buli kau, aku marah diorang. Mana boleh diorang apa-apakan Bitna aku ni," kepala Bitna diusap kasar.
"Yaa, habis rambut aku!" bahu Wooyoung ditampar.
"Yaa, sakitlah," bahunya diusap.
"Awal kau harini,"
"Omma ada meeting jadi dia kejut aku awal. Oh, by the way balik ni pergi makan ais krim jom," ajak Wooyoung.
"Tch, lepas tu apa? Ada peminat-peminat kau sekali dekat sana sampai aku pun kau lupa," Bitna tersenyum sinis.
Wooyoung mengusap belakang lehernya. Nampak gayanya sampai bila-bila pun Bitna akan tetap mengungkit peristiwa dua bulan lepas.
"Ala, aku janji aku takkan abaikan kau. Kau lagi penting tau dari diorang-,"
"Yaa itu dia Jung Wooyung!"
Dalam sekelip mata, mereka dikerumuni oleh pelajar-pelajar perempuan.
"Wooyoung, awak nampak makin kacak hari ni!"
"Wooyoung, jom lah pergi breakfast!"
"Saya suka awak Jung Wooyoung!"
"Tepi lah perempuan!"
Bitna mengeluh perlahan bila tubuhnya ditolak oleh peminat-peminat Wooyoung sehingga tubuhnya hampir melanggar dinding.
Dia memandang ke arah Wooyoung yang sedang sibuk melayan pelajar-pelajar perempuan itu dengan senyuman lebar.
"Tch, kata nak lindungi aku. Dasar Jung Wooyoung tak guna,"
Bitna terus berlalu tanpa memandang ke belakang lagi. Buat sakit hati je tengok mereka itu.
YOU ARE READING
With You
FanfictionEverything feels better with you by my side. Start|4/3/2022| End |19/3/2022|