21

89 24 0
                                    

"Betul ke nak turun kat sini je?" Soal Dayoung dari dalam kereta.

Bitna dan Wooyoung mengangguk. Mereka berdua kini berdiri di bawah perhentian bas di kawasan perumahan mereka itu.

"Hmm. Gomawo Dayoung ah," ujar Bitna.

Dayoung tersenyum.

"Kalau macam tu, aku balik dulu lah. Jumpa Isnin nanti! Hati-hati jalan!" Pesan Dayoung sebelum kereta yang dinaikinya meninggalkan kawasan itu.

Bitna dan Wooyoung keduanya hanya diam sambil mereka mula berjalan untuk ke rumah masing-masing.

"Wooyoung ah," Bitna akhirnya bersuara bila keduanya hanya diam.

Dia berhenti melangkah membuatkan Wooyoung turut berhenti.

"Huh?" Wooyoung memandangnya.

"Wae? Kenapa kau buat aku macam ni?" soal Bitna.

"Aku buat apa?" soal Wooyoung pula.

"Kenapa kau setuju nak tolong Minhi untuk dapatkan aku?" soal Bitna lagi tanpa berselindung.

"Bitna, tentang tu-,"

"Kenapa Wooyoung? Kenapa kau kena buat semua tu untuk dia?"

"Sebab Mingi kawan aku. Dia yang tolong aku waktu aku kena buli tahun pertama dulu. Kalau bukan sebab dia, mungkin aku takkan ada kawan,"

"Kau terhutang budi dengan dia?"

Wooyoung mengangguk perlahan.

"Tapi kenapa? Perlu ke kau tolong dia macam tu? Kau tak tanya aku pun, aku setuju ke tak? Kau tak tanya aku pun yang aku dah ada orang yang aku suka atau belum. Kau-,"

Bitna tidak dapat mengawal emosinya lagi. Air matanya mula mengalir keluar.

"Bitna," Wooyoung mula cemas bila melihat butiran jernih itu.

"Kenapa kau buat aku macam ni Wooyoung?" soal Bitna bersama esakan.

"Bitna yaa, aku-,"

"Malam dekat tadika tu. And dekat bilik kau minggu lepas. Kau, kau tak rasa apa-apa ke Wooyoung? Apa yang aku rasa waktu tu, kau tak rasa ke hah?"

Bitna menatap wajah lelaki itu.

"Bitna," Wooyoung mengusap air mata gadis itu.

"Jawablah soalan aku," gesa Bitna.

"Apa maksud kau? Rasa apa?" soal Wooyoung kembali.

Bitna tidak menjawab. Sebaliknya dia menjengketkan kakinya lalu memegang kedua pipi Wooyoung. Tanpa amaran, bibirnya menyentuh bibir milik Wooyoung.

"Bitna yaa," Wooyoung yang terkejut menolak tubuhnya perlahan.

"Bitna, please, semua ni tak betul," Wooyoung memegang kedua bahunya.

"Wae? Salah ke kalau aku buat semua ni? Salah ke kalau aku sukakan kau lebih dari seorang kawan?" soal Bitna.

"Kau cakap apa ni Bitna?"

"Wooyoung ah, aku suka kau. Aku dah tak boleh nak tipu perasaan aku lagi. Aku sukakan kau. Jantung aku laju bila dengan kau. Aku cemburu bila tengok kau dengan Hyewon haritu. Dengan Yena tadi pun aku cemburu sebenarnya. Aku tak suka bila kau dengan perempuan lain," Bitna terus memeluk tubuh Wooyoung.

Wooyoung terkedu. Dia ingin membalas pelukan itu namun dia tidak boleh. Dia menarik nafas sebelum melepaskannya perlahan. Tubuh Bitna ditolak lembut.

"Bitna yaa, mianhei. Aku, aku tak boleh. Aku dah janji dengan Mingi yang-,"

"Jadi Mingi lagi penting?" potong Bitna.

"Bukan macam tu. Tapi, kau tahu kan macam mana orang selalu perlekehkan aku sebab aku takde Appa. Kau ada dengan aku, kau lindungi aku. Tapi bila kau takde, benda sama berulang. Hari-hari, diorang paksa aku bagi duit kat diorang, diorang pukul aku, sakitkan aku. Tapi, satu hari tu Mingi datang. Dia tolong aku, dia selamatkan aku dari terus kena buli. Dia kawan pertama aku dekat sekolah ni Bitna. Kalau bukan sebab dia, aku tak tahu apa jadi dengan aku sekarang. Kau faham kan? Jadi, bila dia minta tolong aku, aku tak sanggup nak tolak. Sebab dia dah banyak tolong aku,"

Bitna terkedu mendengar luahan lelaki itu.

"Kenapa kau tak bagitahu aku yang kau kena buli?" soal Bitna.

"Aku tak nak risaukan kau,"

Bitna memejamkan matanya seketika. Hatinya sakit bila mengetahui semua itu.

"Jadi, kau nak aku terima Mingi?" soalnya.

Wooyoung mengangguk.

"Kau takkan menyesal?"

Kali ini dia menggeleng.

Bitna menyeka air matanya. Telefon bimbit yang berada di dalam beg tangannya dikeluarkan dan nombor seseorang didail.

"Mingi ah, aku setuju. Aku akan jadi girlfriend kau," setelah menghabiskan ayatnya dia mematikan panggilan.

Tanpa memandang Wooyoung, dia terus berjalan meninggalkan lelaki itu tanpa berpaling lagi.

With You Where stories live. Discover now