"Kau tengok apa?" soal Wooyoung bila perasan Mingi dari tadi asyik memandang ke bahagian kiri kelas.
"Tu. Choi Bitna," ujarnya.
Wooyoung ikut memandang. Dilihatnya gadis itu sedang ketawa bersama Yena. Pastinya akibat lawak bodoh Dayoung. Mentang-mentang Puan Jung cuti sakit, seronok mereka berbual.
"Kenapa aku baru perasan dia cantik?" soal Mingi perlahan.
"Siapa cantik? Bitna?"
Mingi mengangguk. Wooyoung mengerutkan dahinya.
"Tak pernah-pernah kau puji dia," ujarnya pelik.
Sambil itu dia memandang Bitna lagi. Mungkin perasan dirinya diperhatikan, Bitna memandangnya kembali. Gadis itu menjelingnya sebelum kembali fokus pada dua rakannya.
"Yaa, dia dah ada boyfriend?" soal Mingi lagi.
"Manalah aku tahu. Kau ingat kalau dia ada boyfriend dia nak bagitahu aku?"
"Kau kan rapat dengan dia. Takkan kau tak tahu,"
Wooyoung menggeleng.
"Eh, yang kau sibuk sangat ni kenapa?"
Mingi tersenyum kekok sambil mengusap belakang lehernya.
"Kalau dia single, aku nak masuk line,"
"Tch, Hyewon kau nak campak mana?" soal Wooyoung.
Kang Hyewon. Kekasih Mingi entah yang nombor berapa. Tapi yang pasti, gadis itu yang paling lama bertahan dengan Mingi yang merupakan buaya darat sekolah itu.
"Ah, Hyewon? Aku dah bosan lah dengan dia. Kalau aku dapat Bitna, aku tinggalkan lah dia," ujar Mingi selamba.
"Tinggalkan dia? Yaa, kau ingat Hyewon nak biarkan je kau tinggal dia untuk Bitna. Tak pasal-pasal Bitna yang kena nanti. Kau macam tak kenal perangai Hyewon tu,"
Memandangkan dia yang paling lama menjadi kekasih Mingi, Hyewon merasakan dia layak untuk menghalang Mingi daripada rapat dengan mana-mana perempuan. Adalah dua tiga pelajar junior yang menjadi mangsa amarahnya kerana terlalu kerap memberi hadiah pada Mingi. Maklumlah, Mingi itu pelajar popular.
"Yaa, kau macam tak suka je aku nak try Bitna. Ke kau pun ada perasaan pada dia?" Mingi senyum mengusik.
"Aku suka dia? Jangan nak merepek," bahu Mingi ditolak.
"Kalau macam tuー,"
"Yaa, kau dah siap latihan semalam?" Wooyoung cuba mengubah topik membuatkan Mingi tidak sempat menghabiskan ayatnya.
Entah kenapa, dia tidak mahu Mingi bercakap soal Bitna lagi.
YOU ARE READING
With You
FanfictionEverything feels better with you by my side. Start|4/3/2022| End |19/3/2022|