Epilog

181 25 7
                                    

Few Months Later

Bitna mengoleskan lip matte bewarna merah jambu lembut itu ke bibirnya. Setelah itu, rambutnya yang dibiarkan lepas itu dirapikan lagi.

Dia melihat lagi penampilannya yang berbalut dress paras lutus berwarna merah jambu itu. Kakinya juga tersarung sandal yang baru dibelinya beberapa hari lepas.

"Last one," botol minyak wangi hadiah dari bapanya sempena tamat sekolah diambil lalu disembur ke seluruh badan.

Kemudian, beg silang yang berada di atas katil diambil lalu telefon bimbit dan barang lain dimasukkan ke dalamnya. Jam di tangannya diperhatikan.

"Alamak dah lambat," dia bergegas keluar dari bilik.

"Amboi, satu rumah bau minyak wangi ni bila Bitna keluar,"

Tuan Choi yang sedang menonton telivisyen bersuara sambil memandang ke arahnya. Baru seminggu lepas bapanya itu ditukarkan kembali ke ibu pejabat polis di Seoul.

"Choi Bitna, kamu nak keluar? Omma baru ingat nak ajak kita semua makan kat luar sempena Appa dapat pindah ke sini semula," Puan Choi yang baru muncul dari dapur itu bersuara.

"Bitna dah ada janji dengan Wooyoung lah Omma. Mianhei," Bitna tersengih.

"Wooyoung? Hmm, sebelum ni kalau keluar dengan dia kamu pakai sweat shirt dengan jeans je. Ni bukan main, siap make up bagai," Puan Jung menayang riak pelik.

"Omma, haritu diorang kawan je. Sekarang ni, adik dengan Wooyoung dah bercinta," Byungchan yang dari tadi diam bersuara.

"Omo, betul ke ni?"

Bitna mengangguk.

"Baguslah. Sekurang-kurangnya Appa tahu Wooyoung tu budak baik,"

"Dah dapat restu lah dik," Byungchan mengusik.

"Okay lah. Bitna pergi dulu. Wooyoung dah lama tunggu!" Bitna meminta diri.

Sampai di luar rumah, dia tersenyum melihat Wooyoung yang sedang berdiri membelakanginya. Dia berlari perlahan dan memeluk tubuh lelaki itu dari belakang.

"Yaa," Wooyoung meleraikan pelukan dan memusingkan badannya.

Dia terkedu melihat penampilan Bitna saat itu.

"Wae?" Soal Bitna keliru.

"Cantik. Selama ni kau tak pernah pun pakai macam ni," ujar Wooyoung jujur.

"Mestilah kena cantik. Hari ni kan first date kita yang official," ujar Bitna.

Selepas mereka bergelar pasangan kekasih, mereka belum pernah keluar berdua lagi. Semuanya kerana ingin fokus pada peperiksaan akhir tahun. Dan sekarang, setelah mereka lulus sekolah tinggi, barulah kesempatan itu datang.

"Kajja, nanti terlepas bas," Wooyoung menghulurkan tangannya.

Bitna menyambut huluran tangan itu dengan senang hatinya. Nasib mereka baik kerana sampai sahaja di perhentian bas, bas yang mereka ingin naiki baru tiba.

Setelah hampir sejam di dalam bas, mereka akhirnya tiba di destinasi mereka. Dengan tangan yang masih bertaut, keduanya berlari ke arah pantai di hadapan mereka.

"Suka?" Soal Wooyoung.

Bitna mengangguk.

"Gomawo sebab tunaikan impian aku nak first date dekat pantai,"

"Anything for you," senyuman Bitna di balas.

"Oh ya, tadi Mingi hantar gambar. Dia dengan Hyewon pun tengah jalan-jalan dekat pantai," ujar Wooyoung.

"Oh, ya? Baguslah kalau diorang pun happy macam kita,"

Sebulan sebelum tamat sekolah, Mingi berjumpa Wooyoung dan meminta maaf. Dan Wooyoung memaafkannya. Baginya walaupun apa yang dilakukan Mingi itu melampau, dia tidak mampu menolak kenyataan yang Mingi itu adalah orang penting dalam hidupnya. Malah lelaki itu juga sudah betul-betul berubah dan kembali bersama Hyewon yang sememangnya masih setia menunggu dia.

"Bitna yaa, aku nak cakap sesuatu," Wooyoung berhenti melangkah.

"Apa dia?" Soal Bitna.

"Gomawo. Sebab selalu ada dengan aku, dari dulu sampai sekarang,"

Bitna ketawa perlahan.

"Aku pun nak cakap benda sama. Gomawo Jung Wooyoung,"

Kedua mereka tersenyum sebelum Wooyoung menarik Bitna ke dalam pelukannya. Keduanya berharap yang hubungan itu akan kekal selamanya.



~ Thank you for letting me be with you~

~The End~


Thank you for reading ♡︎♡︎

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Thank you for reading ♡︎♡︎

With You Where stories live. Discover now