09

103 27 3
                                    

"Aku tak tahu pula Wooyoung rapat dengan Hyewon,"

Automatik Bitna dan Dayoung memandang Yena.

"Tu, tengoklah,"

Bitna dan Yena ikut memandang ke sebelah kiri tangga menuju ke padang itu. Kelihatan Wooyoung dan Hyewon sedang berbual di anak tangga teratas. Mereka nampak mesra sekali dengan Hyewon yang sesekali memukul bahu Wooyoung sambil ketawa.

"Cepat betul Hyewon move on," komen Dayoung.

"Move on?"

Dayoung mengangguk.

"Korang tak tahu? Lepas Mingi tinggalkan dia, seminggu juga lah dia murung. Asyik termenung je dalam kelas. Dah macam orang mati suami dah,"

"Mungkin dia baru sedar yang Mingi tu memang buaya," komen Yena.

Bitna dan Dayoung ketawa mendengar itu.

"Sebut tentang Mingi, korang tak pelik ke tengok dia takde pengganti sampai sekarang?" soal Dayoung.

"Maksud kau?"

"Selalunya kan, bila dia break dengan girlfriend dia itu petanda dia dah jumpa yang baru," ujar Dayoung lagi.

"Dah berubah kut," ujar Bitna.

Dayoung ketawa mendengar itu.

"Amboi Dayoung, seronok betul gelakkan aku,"

Mingi yang entah dari mana, tiba-tiba menyertai mereka.

"Kau dengar?" soal Dayoung sambil tersengih.

"Hmm," lelaki itu duduk di sebelah Yena.

"Eh, tapi sumpah aku curious. Kenapa kau takde pengganti Hyewon lagi?" Dayoung menyoal.

"Siapa cakap takde. Aku tengah cuba fikir cara nak pikat dia lah sekarang ni," Mingi memandang Bitna.

"Lain macam je kau ni. Sejak bila kau kena pikat perempuan ni? Bukan selalunya diorang ke yang datang tawar diri?" soal Yena.

"Sebab yang ni punya special sikit. Kalau aku dapat dia, aku takkan lepaskan dah,"

"Tch, manis betul mulut kau," kutuk Dayoung selamba.

"Oh by the way, korang tak rasa ke Wooyoung dengan Hyewon tu nampak sepadan?" Mingi memandang ke arah Wooyoung dan Hyewon yang sudah mula berjalan untuk pergi dari situ.

"Biasa je," balas Bitna.

"Kalau korang nak tahu, aku dapat rasa yang Wooyoung macam sukakan Hyewon tau," ujar Mingi lagi.

"Seriously?" soal Yena.

"Yupp. Takkan korang tak perasan dia berbual dengan Hyewon macam mana. Korang pernah tengok dia macam tu dengan perempuan lain. Peminat dia pun dia tak layan macam tu,"

"Aniya. Dia dengan Bitna macam tu lah," kata Dayoung.

Yena mengangguk tanda bersetuju.

"Yaa, Bitna lain. Diorang kan kawan baik dari kecil. Kan Bitna?"

Bitna mengangguk.

"Yaa, rehat dah nak tamat lah," Bitna bangun.

Dayoung melihat jam di tangan.

"Yaa, kita ada lima belas minit lagi lah," ujar Dayoung.

Bitna mengetap bibirnya. Sebenarnya dia ingin segera pergi dari situ kerana dia benci bila mereka bercakap soal Wooyoung dan Hyewon.

"Aku baru teringat yang aku belum siapkan satu soalan lagi kerja rumah Miss Wendy semalam,"

"Okay lah kalau macam tu. Kajja!"

With You Where stories live. Discover now