25

85 24 0
                                    

Mingi mengeringkan rambutnya dengan tuala sambil dia bersiul kecil. Telefon bimbit yang berada di meja belajar sebelum dia ke katil dan meniarap di sana. Aplikasi Kakaotalk dibuka dan bibirnya automatik tersenyum bila melihat ada pesanan dari Bitna.

Gadis itu menghantar gambarnya yang sedang makan malam di restoran bersama keluarganya. Mingi tersenyum suka.

"Cantik," pujinya.

Dia tidak sangka yang hubungannya dengan Bitna bertahan hampir lima bulan. Sedangkan sebelum ini, dia tidak pernah serius dengan mana-mana perempuan lebih dari sebulan kecuali sewaktu dengan Kang Hyewon.

Sebut tentang Kang Hyewon, dia teringat pertemuannya dengan gadis cantik itu di perpusatakaan sekolah tadi.

"I tahu rahsia You dengan kawan-kawan You Mingi. I masih tunggu You. You patut pilih, datang balik pada I atau I bocorkan rahsia You and You akan hilang Bitna dan Wooyoung sekaligus,"

Mingi mengeluh bila mengenangkan rahsia yang disebut oleh Hyewon itu. Rahsia yang disimpan sejak beberapa bulan lalu. Rahsia yang menjadi punca dia berpisah dengan Hyewon dan memilih untuk mendekati Bitna.

Semuanya terjadi pada ulang tahun kelahiran Yunho yang merupakan kawan baiknya sejak sekolah menengah rendah. Dia, Yunho dan dua lagi rakan mereka San dan Yeosang bermain permainan true or dare pada malam itu.

Dan dia yang telah memilih dare pada gilirannya dicabar untuk menjadikan Bitna sebagai kekasihnya. Mereka semua tahu tentang Bitna kerana Mingi sendiri pernah bercerita tentang Wooyoung kepada mereka. Sudah tentu kisah Bitna yang merupakan sahabat sejak kecil Wooyoung itu tidak terlepas dari mulutnya.

"Aku cabar kau couple dengan Bitna tu. Tak kisah berapa lama, asalkan kau putuskan dia betul-betul sehari sebelum birthday kau. Kalau kau berjaya, kita habis sekolah nanti kita pergi holiday kat Jepun. Aku tanggung kau seratus peratus. Macam mana?"

"Yaa, Wooyoung tu kawan aku. Takkan aku nak game bestfriend dia pula,"

"Ke kau tak berani? Come on lah, kau kan Song Mingi,"

"Betul. Apa lah sangat setakat kena belasah dengan Wooyoung. Kalau dia tak nak kawan dengan kau, kitorang ada,"

Mingi mengeluh lagi. Gara-gara diprovok berterusan menyebabkan dirinya rasa tercabar. Dia terus bersetuju dengan idea bodoh rakan-rakannya itu.

"Damn, birthday aku lagi dua minggu. Apa patut aku buat?"

With You Where stories live. Discover now