Wooyoung yang baru masuk ke kelas selepas pulang dari bilik guru itu memandang Bitna yang sedang duduk di mejanya. Mungkin menunggu Yena dan Dayoung untuk pulang bersama.
Hubungan dia dan Bitna makin buruk setelah dia meluahkan segalanya hari itu. Kalau dulu dia yang mengelak dari gadis itu, kini Bitna pula yang menjauhinya. Malah dilihatnya gadis itu seakan sengaja mempamerkan kemesraannya dengan Mingi.
Wooyoung melepaskan keluhan kecil sebelum dia mencapai beg sekolahnya.
"Haish, Song Mingi," dia merungut bila melihat beg dompet milik sahabatnya itu di lantai.
Pasti lelaki itu tercicir saat dia keluar dari kelas tadi. Dia mencapainya dan berjalan keluar dari kelas untuk ke bilik muzik. Dia tahu Mingi ke sana untuk menghantar buku yang tidak sengaja dibawa keluar dari situ tadi.
Dia menolak perlahan pintu yang tidak ditutup rapat itu. Dilihatnya Mingi sedang berada di situ bersama dengan Hyewon. Wooyoung tidak jadi masuk kerana tidak mahu mengganggu privasi mereka.
"Jadi You pilih untuk terus dengan dia?" Soal Hyewon.
"You tahu kan, kalau I dah tinggalkan perempuan tu, I takkan balik pada dia lagi?"
Hyewon ketawa perlahan.
"You nak I bagitahu Bitna perkara sebenar? Atau I patut bagitahu Wooyoung?"
Wooyoung tidak jadi menutup pintu bila namanya dan Bitna disebut.
"Apalah agaknya perasaan Wooyoung kalau dia dapat tahu yang You mainkan Bitna je sebenarnya?" Hyewon ketawa lagi bila melihat Mingi yang diam itu.
Wooyoung yang mendengar itu mulai panas hati. Dia terus meluru masuk ke dalam.
"Apa maksud kau Hyewon?"
"Wooyoung!" Mingi terkejut dengan kehadiran Wooyoung itu.
"Mingi, kau jelaskan semuanya sekarang," dia mara lebih rapat ke arah Mingi.
"Tch, baguslah kau ada kat sini Wooyoung. Kalau kau nak tahu, Mingi bukan betul-betul sukakan Bitna pun. Dia cuma kena cabar dengan kawan-kawan dia supaya dapatkan Bitna. Sehari sebelum birthday dia nanti, dia akan putuskan Bitna depan kawan-kawan dia," beritahu Hyewon.
"Yaa, Kang Hyewon!" Mingi ingin menaikkan tangannya pada Hyewon namun gadis itu mengelak.
"Jangan sentuh dia Mingi! Sekarang kau bagitahu aku, betul ke kau cuma mainkan Bitna je?" kolar baju Mingi dicekak.
Mingi mengetap bibir sambil matanya memandang sekilas Hyewon yang sudah pergi dari situ. Perlahan, kepalanya dianggukkan.
"Kau memang tak guna!" Satu tumbukan dilepaskan Wooyoung ke pipi Mingi.
Mingi terundur sedikit ke belakang. Dia mengesat kesan darah di hujung bibirnya dengan hujung lengan baju uniform sekolahnya. Langkahnya kembali ke arah Wooyoung yang sedang memandangnya dengan penuh amarah itu.
"Pukul lagi, sampai kau puas," ujar Mingi sambil membalas pandangan Wooyoung.
"Jangan cabar aku tak guna!" tangannya yang sudah digenggam membentuk penumbuk diangkat.
Bersedia untuk melepaskannya lagi pada wajah Mingi. Namun ianya tidak berhasil kerana Mingi mengelak. Malah kini kolar bajunya dicengkam lelaki itu.
"Kau ingat aku nak biarkan?"
"Lepaslah tak guna! Kau jangan buat aku lagi benci kau Song Mingi!" Wooyoung cuba menolak tangan lelaki itu.
Mingi tersenyum sinis sebelum melepaskannya dan menolak tubuh Wooyoung kuat sehingga dia terjatuh ke lantai.
"Kau memang tak guna Song Mingi!" ulang Wooyoung lagi.
Wooyoung bangun dan mara ke arah Mingi. Baru sahaja dia ingin menumbuk lelaki itu, pintu bilik itu dibuka dari luar.
"Yaa! Berhenti!"
Automatik keduanya menoleh. Bitna berjalan dan berhenti di antara mereka berdua.
"Jung Wooyoung, apa semua ni?" Soal Bitna.
"Bitna yaa, aku-,"
"Choi Bitna, ikut aku," Mingi menarik tangan Bitna untuk pergi dari situ.
"Yaa!" Wooyoung menahan sebelah lagi lengan Bitna agar mereka berhenti.
"Mingi yaa," Bitna cuba menarik tangannya yang digenggam kemas oleh Mingi itu.
Mingi memandang Wooyoung yang sedang merenungnya itu. Rasa sakit hatinya kembali mengawal diri.
"Lepaskan tangan girlfriend aku Jung Wooyoung," ujarnya.
Wooyoung sedikit tersentak dengan kenyataan itu. Perlahan pegangannya terlepas dan dia hanya melihat Bitna yang dibawa pergi oleh Mingi itu keluar dari situ.
"Tengok apa lagi? Blah lah!" Dayoung mengusir pelajar-pelajar lain sebelum dia dan Yena mendapatkan Wooyoung.
"Yaa! Apa yang jadi?" Soal Yena.
Wooyoung mengeluh perlahan.
"Song Mingi. Dia memang tak guna!"

ANDA SEDANG MEMBACA
With You
FanfictionEverything feels better with you by my side. Start|4/3/2022| End |19/3/2022|