17

91 26 0
                                    

"Omma kau pergi mana?"

Bitna menyoal sambil memerhatikan Wooyoung yang masih lagi sibuk memunggah baju dari dalam almarinya itu. Petang itu dia ke rumah Wooyoung untuk membantu lelaki itu memilih baju untuk prom night mereka yang akan berlangsung beberapa hari sahaja lagi.

"Entahlah. Keluar dengan kawan dia yang mana entah. Sekejap lagi balik lah tu," balas Wooyoung.

Bitna mengangguk sambil dia terus memerhatikan gerak-geri Wooyoung.

"Kau dah cari baju untuk malam tu nanti?"

Bitna mengangguk.

"Semalam kan aku keluar dengan Yena dan Dayoung. Kau jangan terkejut pula tengok aku cantik sangat nanti," sempat dia memuji diri sendiri.

"Untunglah Mingi partner dia cantik malam tu nanti," kata Wooyoung.

"Siapa suruh kau tak nak ajak aku," bisiknya perlahan.

"Kau cakap apa?" Wooyoung menoleh ke arahnya.

"Mana ada apa-apa. Cepatlah pilih. Aku nak ambil gambar dan hantar pada Yena nanti," kata Bitna untuk mengubah topik.

"Sekejap. Aku tak tahu antara dua ni yang mana okay? Hitam ke putih?" soal Wooyoung sambil memegang dua kemeja berlainan warna di kedua tangannya.

"Hmm," Bitna bangun dan berjalan ke arah lelaki itu.

"Cuba kau try yang putih dulu," arah Bitna.

"Okay,"

Wooyoung menyangkutkan kemeja putih itu ke kerusi belajar manakala kemeja hitam dicampak ke katil. Tshirt di tubuhnya ditanggalkan dan dilempar ke lantai.

"Yaa!" Bitna terkejut dengan perbuatan lelaki itu.

Wooyoung mengerutkan dahinya.

"Kenapa?" soalnya.

"Tukarlah kat toilet," ujarnya.

"Selama ni kau okay je aku tak pakai baju depan kau," kata Wooyoung selamba.

Bitna terdiam.

"Choi Bitna," Wooyoung memanggil nama gadis itu yang terdiam sejak tadi sambil melangkah setapak ke depan.

Bitna mengundur selangkah ke belakang dan dia hampir terjatuh kerana terpijak pakaian Wooyoung yang bertaburan di lantai. Mujur Wooyoung cepat memaut pinggangnya.

"Gwaenchanha?"

Bitna mengangguk perlahan. Wajah mereka yang dekat menyebabkan jantungnya mula berdegup laju. Kakinya tiba-tiba terasa lemah membuatkan dia terduduk di atas katil milik Wooyoung di belakangnya. Dan kedudukannya dan Wooyoung masih rapat seperti tadi. Peristiwa di tadika lama mereka kembali terbayang di fikirannya.

"Bitna yaa,"

Rambutnya yang dibiar lepas itu ditolak ke belakang bahu oleh Wooyoung. Lelaki itu makin menunduk dan mendekatkan lagi wajah mereka.

"Wooyoung ah," Bitna mengetap bibirnya bila melihat lelaki di hadapannya itu memejamkan mata.

Nafas hangat Wooyoung menampar lembut pipinya. Bitna bertindak berani dengan memeluk leher Wooyoung. Bibir mereka hampir bertemu-

"Wooyoung ah,Omma ada belikan kek-,"

Pintu bilik dibuka dari luar dan wajah Puan Jung muncul.

"Omo, omo. Omma ganggu korang ke?" Puan Jung menekup mulutnya.

"Tak Aunty, kitorang-,"

"Omma,"

"Takpe, tak payah malu. Omma faham jiwa muda macam korang ni. Tapi jangan lebih-lebih pula. Kamu berdua belum tamat sekolah," Puan Jung tersenyum.

"Omma, Wooyoung dengan Bitna-"

"Ya sayang, Omma faham. Takpe, teruskan apa yang korang buat tadi. Omma keluar dulu,"

Puan Jung tersenyum sebelum keluar dari bilik anaknya itu.

"Aku-aku try yang ni dulu," kemeja bewarna putih dicapai.

"Okay," Bitna tersenyum kekok.

Telefon bimbitnya dicapai lalu aplikasi Instagram dibuka. Niatnya cuma satu. Untuk menutup rasa janggal mereka saat itu.

With You Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang