02

164 28 0
                                    

"Omma!" Bitna menghentakkan kakinya tanda tidak puas hati.

"Apa?" Soal Puan Choi yang sedang menghidangkan makanan ke atas meja makan itu.

"Dia tu dah besarlah! Pandai-pandai lah dia cari makan,"

Puan Choi yang baru meletakkan periuk berisi sup ayam di tengah meja itu memandang anak bongsunya itu.

"Amboi, senangnya bercakap. Kamu tu sama tua dengan dia pun Omma yang bagi makan," pinggang dicekak sambil memandang Bitna.

"Call je lah," Bitna mengeluarkan telefon dari saku seluar track.

"Omma dah call, dia tak jawab. Tertidur lah tu,"

"Haish Jung Wooyoung,"

Bitna mengalah dan berjalan dari dapur ke pintu utama. Dan sekarang dia sudah berada di hadapan pintu rumah sebelah. Pintu diketuk dengan sekuat hati.

"Yaa!"

Tiada sahutan dari dalam. Bitna kemudian mengangkat salah satu pasu bunga hiasan di tepi pintu itu dan satu anak kunci diambil dari bawahnya.

Baru sahaja dia ingin memasukkannya ke dalam tombol pintu, pintu sudah dibuka dari dalam. Wooyoung yang tidak berbaju menyapa pandangannya. Belum sempat lelaki itu bersuara, dia sudah memukul bahunya.

"Argh! Sakitlah gila," Wooyoung mengusap bahunya.

"Kau kenapa tak angkat call? Penat tahu tak datang sini?"

"Aku mandi lah. Takkan nak angkut phone mandi sekali," Wooyoung berpeluk tubuh sambil menyandar di pintu.

"Omma aku ajak makan. Cepatlah pergi pakai baju sana," tubuh Wooyoung ditolak masuk ke dalam rumah.

"Tunggu aku!" Wooyoung berlari ke tingkat atas.

Bitna duduk di sofa sambil memerhatikan keadaan rumah lelaki itu. Bekas makanan bersepah di atas meja depan televisyen. Ada juga uniform sekolah lelaki itu disangkut pada sofa.

Dia menggelengkan kepalanya. Mentang-mentang ibunya ada kursus di luar daerah seminggu, dia membiarkan rumah bersepah.

"Dah siap," Wooyoung muncul dengan berpakaian lengkap.

"Yaa, kau tak reti kemas rumah ke?" Soal Bitna sambil berjalan ke arah pintu.

"Omma nak balik nanti aku kemas lah. Macam tak biasa,"

Wooyoung mengunci pintu rumah.

"Kalaulah peminat-peminat kau tahu perangai kau ni. Apalah reaksi diorang,"

"Yaa, diorang minat aku sebab aku kacak tau? Jadi yang lain boleh tolak tepi," bahu Bitna dipeluk.

"Kacak? Tch, muka macam katak!" tangan Wooyoung ditolak dari bahunya sebelum dia berlari untuk ke sebelah.

"Katak? Yaa, aku kacaklah!"

With You Where stories live. Discover now