16

105 24 0
                                    

"Hoi, ada orang nak jumpa kat bawah,"

Bitna yang sedang bermalasan di atas katil itu memandang ke pintu bilik. Abangya Choi Byungchan sedang berdiri di situ.

"Siapa? Wooyoung ke?" Soalnya sambil bangkit dan menggeliat kecil.

"Entah. Tak kenal lah dik. Kau pergi lah tengok sendiri," Byungchan melangkah keluar.

Bitna segera turun dari katil. Sempat dia merapikan penampilannya di hadapan cermin. Rambut dibetulkan dan tshirt di tubuhnya dikemaskan.

Setelah itu, dia keluar dan turun ke bawah. Tidak tunggu lama, dia terus menuju ke luar pagar rumah.

"Song Mingi?"

Lelaki yang berdiri membelakanginya itu segera menoleh. Betul tekaannya, dia adalah Mingi.

"Bitna, aku ganggu waktu rehat kau ke?" Soal lelaki itu sambil tersenyum kekok.

"Aniya. Kau buat apa kat sini?" Soal Bitna pelik.

"Aku dari rumah Wooyoung. Kebetulan aku memang ada sesuatu nak cakap pada kau. Jadi aku datang lah sini," ujar Mingi.

"Kau nak cakap apa?"

"Hmm, kau dah ada pasangan untuk prom night nanti? Kalau belum, aku nak ajak kau jadi pasangan aku,"

Mingi menarik nafas lega setelah menghabiskan ayatnya.

"Prom night?"

Mingi mengangguk.

"Kalau kau sudi lah,"

Bitna mengetap bibirnya. Sebenarnya memang dia belum ada pasangan. Dia belum memikirkan soal itu kerana dia dapat merasakan yang dia pasti ke sana bersama Wooyoung nanti. Bukan kah itu sudah boleh dikira pasangan?

"Yaa, pergi je lah dengan Mingi. Nanti lambat buat keputusan, tak pasal-pasal kau takde pasangan malam tu,"

Bitna dan Mingi menoleh ke rumah sebelah. Wooyoung sedang membuka pagar dan menghampiri mereka.

"Kau dah ada pasangan?" Soal Bitna.

"Mestilah dah. Yena ajak aku jadi pasangan dia malam tu," balas Wooyoung.

"Yena?"

Wooyoung mengangguk.

"Kau pergi je lah dengan Mingi ni. Senang, tak payah susah-susah cari pasangan lagi,"

Mingi tersenyum kecil bila Wooyoung cuba membantunya.

"Okay lah, aku jadi pasangan kau. Asalkan aku tak kena serang dengan peminat kau sudah," Bitna memberi kata putus.

Automatik senyuman Mingi lebar.

"Ya, kau jangan risau. Diorang takkan berani serang kau," Mingi memberi jaminan.

"Lagi satu, aku nak pergi cari baju dengan Yena dan Dayoung. Kita tak perlu pergi sama-sama,"

"Okay. Gomawo Bitna yaa, sebab sudi jadi pasangan aku,"

Bitna sekadar mengangguk.

"Aku masuk dulu," dia meminta diri.

"Dah puas hati?" Soal Wooyoung kepada Mingi.

"Mestilah! Yaa, gomawo! Aku janji nanti aku belanja kau makan apa je yang kau nak!" bahu Wooyoung dipeluk penuh teruja.

Sementara Wooyoung, dia sekadar tersenyum nipis.

"Aku kan dah janji,"

With You Where stories live. Discover now