Bitna memerhatikan penampilannya di hadapan cermin buat kali terakhir. Dress bewarna ungu lembut separas lutut itu terletak elok di tubuhnya.
Rambutnya yang dibiarkan lepas itu dirapikan lagi. Sebelah kanan diletakkan di bahagian hadapan bahu manakala yang selebihnya dibiarkan di bahagian belakang.
"Cantik juga aku ni," pujinya sambil tersenyum.
Beg tangan yang berada di atas meja belajar diambil. Setelah memasukkan segala barang keperluannya, dia menyangkutnya ke bahu. Kotak kasut di bawah meja diambil.
Kasut tumit tinggi yang dihadiahkan abangnya Byungchan itu dicapai lalu dijinjit di tangan sambil dia keluar dari rumah.
"Cantiknya anak Omma," Puan Choi yang berada di ruang tamu menegur.
"Choi Bitna kan," ujarnya bangga.
Puan Choi menayang riak wajah meluat. Pantang dipuji betul anak bongsunya itu.
"Hati-hati sayang. Ingat, malam ni je enjoy. Lepas tu fokua untuk ujian pula," pesan Puan Choi.
"Okay, Omma! Bitna pergi dulu, Wooyoung dah tunggu!" dia berjalan ke pintu dan menyarung kasutnya.
"Wooyoung!"
Dia menghampiri Wooyoung yang sedang berdiri di luar pagarnya. Lelaki itu memakai suit serba putih pada malam itu dengan tali leher bewarna biru gelap.
"Berapa lama kau bersiap ni?" Soal Wooyoung.
"Kenapa? Aku nampak cantik eh?" Soal Bitna kembali.
"Cantik. Rasanya aku tak pernah tengok kau berhias macam ni,"
Bitna tersenyum.
"Mestilah. Malam ni kan special," ujar Bitna.
Mestilah dia kena berhias kerana dia ingin meluahkan perasaannya pada Wooyoung malam itu. Dia ingin kelihatan menarik di mata lelaki itu.
Wooyounh tiba-tiba terbayangkan wajah Mingi bila Bitna berkata begitu. Bitna berhias kerana malam itu istimewa buat dia dan Mingi?
"Aku nak luahkan perasaan aku pada Bitna esok,"
Kata-kata Mingi semalam bermain lagi di fikirannya.
"Yaa! Kau termenung apa?" Soal Bitna sambil menampar perlahan bahunya.
"Takde apa. Jom lah, Omma aku dah tunggu,"
Bitna mengangguk dan berjalan menyaingi langkah Wooyoung untuk ke kereta ibunya.
YOU ARE READING
With You
FanfictionEverything feels better with you by my side. Start|4/3/2022| End |19/3/2022|