"Cepat," Wooyoung menghulurkan tangannya ke arah Bitna.
Gadis itu memegang tangannya sebelum melompat turun dari tembok pagar yang mereka panjat tadi.
"Kajja!"
Mereka berdua kemudian berjalan ke arah kawasan tadika itu. Tadika yang menyimpan banyak kenangan buat kedua mereka.
Di situlah Wooyoung sering diganggu oleh budak-budak nakal hanya kerana dia tidak mempunyai bapa.
Sehinggalah Bitna berpindah ke situ dan dia menyelamatkan Wooyoung yang juga merupakan jirannya. Sejak dari hari itu, mereka semua tidak berani menganggu Wooyoung gara-gara Bitna yang selalu dengannya.
Tambahan lagi,Bitna selalu mengatakan yang bapanya seorang anggota polis dan mengugut untuk melaporkan mereka jika mereka masih menganggu dan membuli Wooyoung.
"Dah banyak dah yang berubah," Wooyoung akhirnya bersuara.
Sambil itu mereka berdua memerhatikan kawasan tadika itu. Jika dulu dindingnya hanya bercat kosong, kini ianya dipenuhi dengan mural-mural cantik.
"Tapi taman permainan ni tak banyak yang berubah,"
Bitna berlari ke arah taman permainan tadika yang berada di bahagian kanan kawasan itu. Dan Wooyoung mengikutnya. Dia hanya melihat Bitna yang memanjat tangga gelongsor di situ. Dari kecil,Bitna memang suka bermain gelongsor di situ.
"Wooyoung, cepatlah ke sini! Bukan selalu dapat peluang macam ni," Bitna yang baru keluar dari gelongsor memanggil lelaki itu.
"Kau mainlah, aku tengok kau," tolak Wooyoung.
Kalau Bitna suka gelongsor, dia tidak. Ya lah, dia pernah jatuh tersembam di situ dahulu. Sejak itu dia tidak lagi bermain gelongsor itu.
"Tch, bosanlah kau ni!" kutuk Bitna sambil dia berlari lagi ke arah tangga gelongsor itu.
Setelah hamper setengah jam bermain permainan di situ, Bitna akhirnya berhenti dan mengambil tempat di sebelah Wooyoung yang duduk di kerusi batu yang tersedia di situ.
"Dah puas?" soal Wooyoung.
Bitna mengangguk sambil tersenyum.
"Tak sangka, dah hampir 11 tahun kita tinggalkan tempat ni," Wooyung bersuara.
"Kau rasa kalau aku tak pindah masuk tadika ni, akan ada kemungkinan tak kita akan berjumpa dan jadi kawan macam sekarang?" soal Bitna.
"Entah. Kalau kita tak jumpa kat sini, mungkin kita akan jumpa sebab kau jadi salah satu peminat aku,"
"Tch, menyampahnya," bahu Wooyoung ditolak menyebabkan lelaki itu ketawa.
"Aku gurau je lah. Kalau kita tak jumpa kat sini. Kita tetap akan berjumpa sebagai jiran kan?"
Bitna mengangguk.
"Aku pun tak sangka yang aku berani marah Hongjoong dengan Seonghwa sebab buli kau waktu tu. Padahal tu hari pertama aku kat sini," Bitna tergelak kecil.
Ketika itu dia baru keluar dari tandas. Dan dia terlihat Hongjoong dan Seonghwa yang satu kelas dengan mereka sedang merebut mainan milik Wooyoung. Dia dengan beraninya memarahi mereka dan mengambil kembali kereta mainan milik Wooyoung yang sudah menangis.
"Lemah betul aku waktu tu. Kalau kau takde, tak tahulah apa jadi. Maybe diorang akan terus buli aku. Suruh aku ambilkan air lah, pijak kasut aku, koyak buku aku. Haa, apa lagi?"
"Suruh kau makan pasir-,"
"Kena paksa makan pasir-"
Mereka berdua berpandangan dan ketawa.
"Kau ingat apa yang jadi lepas aku makan pasir tu?" soal Wooyoung bila tawa mereka reda.
"Mestilah ingat. Hongjoong dengan Seonghwa terus pergi macam tu je,"
"Lepas tu?"
Bitna mengerutkan dahinya. Cuba mengingat lagi apa yang terjadi.
"Lepas tu aku-,"
Wooyoung menahan senyumnya bila dia nampak perubahan riak muka Bitna. Pasti gadis itu sudah ingat apa yang terjadi.
YOU ARE READING
With You
FanfictionEverything feels better with you by my side. Start|4/3/2022| End |19/3/2022|