"Choi Bitna!"
Pelajar perempuan yang sedang memasukkan buku ke dalam beg sekolahnya memandang ke arah pintu kelas. Kelihatan dua rakannya sedang dalam keadaan tercungap-cungap mencari nafas.
"Korang dari mana? Macam baru lari dari hantu je,"
"Hantu? Yaa, ni lagi menakutkan dari hantu!" ujar Yena.
"Betul! Wooyoung—,"
"Kenapa dengan Wooyoung?" Soal Bitna sambil berjalan ke arah Yena dan Dayoung.
"Wooyoung dengan Mingi tengah bergaduh kat bilik muzik!"
"Hah?"
"Yaa, cepat! Aku rasa kau je yang boleh hentikan diorang!" Yena terus menarik tangan Bitna keluar dari kelas.
Sementara itu di bilik muzik, kelihatan beberapa orang pelajar berkumpul di pintu dan tingkap untuk menyaksikan keadaan di dalam. Ada yang bersorak dan yang lain hanya menjadi pemerhati. Dan seperti yang diberitahu, Wooyoung dan Mingi sedang berada di dalam sana.
"Kau memang tak guna!" Satu tumbukan dilepaskan Wooyoung ke pipi Mingi.
Mingi terundur sedikit ke belakang. Dia mengesat kesan darah di hujung bibirnya dengan hujung lengan baju uniform sekolahnya. Langkahnya kembali ke arah Wooyoung yang sedang memandangnya dengan marah itu.
"Pukul lagi, sampai kau puas," ujar Mingi sambil membalas pandangan Wooyoung.
"Jangan cabar aku tak guna!" tangannya yang sudah digenggam membentuk penumbuk diangkat.
Bersedia untuk melepaskannya lagi pada wajah Mingi. Namun ianya tidak berhasil kerana Mingi mengelak. Malah kini kolar bajunya dicengkam lelaki itu.
"Kau ingat aku nak biarkan?"
"Lepaslah tak guna! Kau jangan buat aku lagi benci kau Song Mingi!" Wooyoung cuba menolak tangan lelaki itu.
Mingi tersenyum sinis sebelum melepaskannya dan menolak tubuh Wooyoung kuat sehingga dia terjatuh ke lantai.
"Kau memang tak guna Song Mingi!" ulang Wooyoung lagi.
Wooyoung bangun dan mara ke arah Mingi. Baru sahaja dia ingin menumbuk lelaki itu, pintu bilik itu dibuka dari luar.
"Yaa! Berhenti!"
Automatik keduanya menoleh. Bitna berjalan dan berhenti di antara mereka berdua.
"Jung Wooyoung, apa semua ni?" Soal Bitna.
"Bitna yaa, aku—,"
"Choi Bitna, ikut aku," Mingi menarik tangan Bitna untuk pergi dari situ.
"Yaa!" Wooyoung menahan sebelah lagi lengan Bitna agar mereka berhenti.
"Mingi yaa," Bitna cuba menarik tangannya yang digenggam kemas oleh Mingi itu.
Mingi memandang Wooyoung yang sedang merenungnya itu. Rasa sakit hatinya kembali mengawal diri.
"Lepaskan tangan girlfriend aku Jung Wooyoung," ujarnya.
Wooyoung sedikit tersentak dengan kenyataan itu. Perlahan pegangannya terlepas dan dia hanya melihat Bitna yang dibawa pergi oleh Mingi itu keluar dari situ.
"Tengok apa lagi? Blah lah!" Dayoung mengusir pelajar-pelajar lain sebelum dia dan Yena mendapatkan Wooyoung.
"Yaa! Apa yang jadi?" Soal Yena.
Wooyoung mengeluh perlahan.
"Song Mingi. Dia memang tak guna!"
My first Ateez fic. Should I continue or not?
YOU ARE READING
With You
FanfictionEverything feels better with you by my side. Start|4/3/2022| End |19/3/2022|