"Mingi, lepaslah!" Bitna berusaha menarik tangannya yang digenggam kemas oleh Mingi itu.
Lelaki itu tidak mengendahkannya sebaliknya dia terus menarik Bitna sehingga ke bilik kesihatan. Di sana baru lah lengan Bitna di lepaskan.
"Boleh kau rawat luka aku?" Soal Mingi.
Bitna diam. Dia keliru dengan semua benda yang terjadi. Tentang punca pergaduhan dua sahabat baik itu dan juga keadaan Wooyoung sekarang.
"Apa yang jadi? Kenapa kau dengan Wooyoung boleh bergaduh? Wooyoung bukan jenis yang suka gunakan kekerasan. Tapi tadi-,"Bitna tidak dapat menghabiskan ayatnya.
Dia masih tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Jung Wooyoung, lelaki yang selama ini langsung tidak berani melawan orang yang membulinya sedang bergaduh. Lebih mengejutkan, dia bergaduh dengan Mingi yang merupakan sahabat baiknya.
"Rawat aku dulu. Dan aku akan ceritakan semuanya," ujar Mingi lagi.
Bitna mengalah dan duduk di sebelah lelaki itu. Dia mencuci kesan darah di wajah Mingi dan meletakkan plaster berubat di kawasan yang terluka.
"Wooyoung mengamuk sebab dia dapat tahu tentang taruhan aku dan kawan-kawan aku dari sekolah luar," ujar Mingi memulai ceritanya.
"Taruhan apa? Apa kaitan taruhan kau dan kawan-kawan kau dengan dia?" Soal Bitna keliru.
"Memang takde kaitan dengan dia pun. Tapi taruhan tu berkaitan dengan kau,"
Bitna terus terdiam. Sebelum dia akhirnya dapat meneka sesuatu.
"Kau bertaruh untuk dapatkan aku?" Soal Bitna dengan nada bergetar.
Kedua tangannya yang berada di peha automatik digenggam.
"Mianhei. Aku-,"
"Kenapa aku?" Soal Bitna.
"Sebab kau kawan baik Wooyoung. Aku pernah abaikan kawan-kawan aku tu sebab nak teman Wooyoung keluar. Diorang rasa aku lebih pentingkan Wooyoung yang aku baru kenal dekat sekolah ni berbanding diorang yang aku dah lama kenal. Jadi diorang nak tengok aku sanggup atau tak khianati Wooyoung dengan mainkan kawan baik dia,"
"Aku putus dengan Hyewon walaupun hakikatnya hubungan kitorang baik lagi dan aku dah mula rasa ikhlas dengan dia. Aku cuba minta tolong Wooyoung untuk rapatkan kita dan dia setuju walaupun aku tahu dia tak nak. Dan sebenarnya aku hampir give up sebab aku dapat rasa kau takkan sukakan aku. Aku terkejut bila kau setuju jadi aku teruskan je,"
Bitna terus berdiri dengan perasaan marah yang membuak-buak.
"Kau-,"
"Mianhei, Choi Bitna," potong Mingi lalu ikut berdiri.
Panggg!!!
Tamparan dihadiahkan ke pipi lelaki yang lebih tinggi darinya itu.
"Aku tampar kau bukan sebab kau mainkan aku. Tapi sebab kau dah hancurkan kepercayaan Wooyoung pada kau. Kau tahu, Wooyoung sayangkan kau lebih dari segalanya sebab kau kawan pertama dia kat sini. Dia sanggup buat apa ke untuk kau. Tapi, kau memang tak guna! Kau tak layak jadi kawan baik dia!"
Usai menghabiskan ayatnya, Bitna terus keluar dari situ. Mingi yang ditinggalkan menyentuh pipinya yang terasa kebas. Dia mengeluh perlahan.
"Kau memang kawan tak guna Song Mingi,"
YOU ARE READING
With You
FanfikceEverything feels better with you by my side. Start|4/3/2022| End |19/3/2022|