Suasana selepas rehat agak kecoh setelah pelajar menerima notis tentang prom night yang bakal berlangsung buat pelajar tahun akhir tidak lama lagi.
Sememangnya itulah acara paling menarik sebelum mereka menghadapi peperiksaan akhir dan tamat persekolahan. Bolehlah masing-masing tunjuk pasangan dan bersaing untuk mendapat gelaran King and Queen of the night.
"Yaa, kau akan tolong aku kan?" soal Mingi sebaik sahaja dia dan Wooyoung mengambil tempat di meja masing-masing.
Mereka berdua baru sahaja masuk ke kelas.
"Tolong? Tolong apa?" soal Wooyoung.
"Kau ni takkan tak faham lagi. Tolong aku untuk jadi pasangan Bitna malam tu. Ala, nanti aku tolonglah kau carikan pasangan kau pula," kata Mingi sambil memeluk bahu Wooyoung.
"O-okay. Nanti aku cakap dengan dia. Tapi, aku tak janji," Wooyoung cuba tersenyum.
Bayangan dia dan Bitna menjadi pasangan pada malam itu cepat-cepat ditepis dari fikirannya.
"Bitna akan setuju kalau kau pujuk dia. Tolong tau,"
Wooyoung mengangguk sambil menolak tangan Mingi dari bahunya. Dia bangun untuk mengambil buku di locker.
Dan pada waktu itu, pandangan matanya bertemu dengan seseorang.
"Aku ada terlepas apa-apa cerita ke?" Soal Yena.
"Kau dengar?"
"Aku bukan pekak," balasnya.
Wooyoung melepaskan satu keluhan.
"Care to explain?"
"Ikut aku," Wooyoung menarik lengan Yena keluar kelas.
Sampai di tangga hujung blok, dia mula menceritkan tentang permintaan Mingi yang ingin mendekati Bitna itu.
"Yaa! Kau ni kenapa?"
Wooyoung hanya mampu membiarkan telinganya mendengar suara kuat gadis di hadapannya itu.
"Ya, aku tahu aku salah," belakang lehernya diusap.
"Kau- sekejap, macam mana lah kau boleh terfikir nak buat macam ni? Kalau Bitna tahu-,"
"Kau janganlah bagitahu dia,"
Wooyoung memegang tangan Yena.
"Apa yang kau dapat eh bila tolong Mingi? Dapat Hyewon? Jadi, betullah kau memang ada hati pada Hyewon? Sebab tu kau-,"
Kata-kata Yena tidak sempat dihabiskan gara-gara Wooyoung menutup mulutnya.
"Okay, dengar dulu. First, aku tak suka Hyewon. Aku anggap dia kawan je, sama macam kau. Second, aku tolong Mingi sebab dia kawan baik aku. Third, kau tak rasa ke Bitna dengan dia sesuai?"
Yena tergelak. Sedikit sinis.
"Siapa cakap Bitna dengan Mingi sesuai? Bitna tu anti lelaki buaya macam kawan baik kau tu,"
"Memanglah Mingi tu playboy. Tapi tu dulu. Dia dah janji yang kalau dia dapat Bitna, dia akan jaga dan setia dengan Bitna. Perangai lama dia tu, dia akan buang," kata Wooyoung yakin.
"Tch, ayat buaya macam tu lah," Yena bercekak pinggang.
"Yena please, kau kena tolong aku simpan rahsia ni," Wooyoung menarik-narik lengan gadis itu.
"Aku boleh simpan rahsia. Tapi ingat, kau kena terus terang dengan dia lepas ni. Jangan sampai dia tahu dan marah kau sebab sesuka hati buat macam ni," pesan Yena.
Wooyoung mengangguk.
"Lagi satu, kalau kau tolong Bitna jadi pasangan Mingi malam tu. Jadi, kau pergi dengan siapa?"
Wooyoung tersenyum.
"Kau nak pergi dengan aku?"
Yena berfikir sejenak.
"Okay lah. Lagipun aku malas nak fikir and cari pasangan,"
"Okay Nice,"
YOU ARE READING
With You
FanfictionEverything feels better with you by my side. Start|4/3/2022| End |19/3/2022|