Selesai makan, Mira dan Jisung berjalan. Mereka sendiri pun tidak tahu mana hendak dituju.
"Kau ada nak beli barang apa-apa tak?" Soal Jisung setelah sekian lama masing-masing mendiamkan diri.
"Aku rasa pen aku macam nak habis." Mira mula berfikir.
"Jomlah beli. Balik awal pun bukannya buat apa sangat." Jisung menarik tangan Mira menuju ke kedai buku berdekatan.
Sampai sahaja di hadapan pintu kedai buku, Jisung dan Mira terus melangkah masuk.
"Woah!" Mira terlopong apabila melihat Neo AirPods keluaran terbaharu yang dipamerkan di dalam bekas kaca.
"Smart lah warna royal blue tu." Jari runcing gadis itu menunjukkan Neo AirPods royal blue yang dipamerkan.
Jisung yang berada di situ hanya memerhati tingkah laku gadis itu.
"Emerald ni cantik lagi."
"Tak nak. Aku tak suka hijau." Bidas Mira.
"Kau datang sini nak tengok pen ke nak tengok airpods?" Soal Jisung setepek membuatkan Mira tersedar daripada alam lain.
"Tengok kejap je." Terus Mira memulakan misi mencari pen.
Niatnya di sini bukan mencari pen saja, tetapi untuk mengusha abang cashier pun iya. Mira pun berjalan menuju ke rak yang bersusun pelbagai jenis pen.
Jisung pula sudah merayap ke mana entah. Namun dibiarkan saja Mira. Pandai-pandailah Jisung itu menjaga diri sendiri.
Sedang Mira leka memilih pen, tiba-tiba bahunya dilanggar seseorang membuatkan tubuh genit Mira tertolak sedikit.
"Aduh!" Mira bersuara.
"Eo! S-saya minta maaf!" Ucap suara garau itu dengan nada bersalah.
"Eh." Mira terdiam seketika. Dia kenal lelaki tersebut.
"S-saya pergi dulu." Pamit lelaki itu dengan langkah yang laju.
"Tu bukan ke Shotaro?" Soal Jisung yang entah dari mana datangnya.
"Haah."
"Kenapa dengan dia?" Soal Jisung lagi.
"Dia terlanggar bahu aku tadi. Kau tahu jelah, diakan jenis cepat gelabah." Mira menyambung semula misi pencarian pen.
"Hm, aku tunggu dekat depan sana tau." Satu bangku kosong ditunjukkan Jisung. Mira hanya menganggukan kepalanya tanda faham.
20 minit mencari pen yang best, Mira akhirnya menuju ke kaunter pembayaran. Seperti biasa dia akan mengusha dahulu abang cashier
"Semua sekali 2800 won." Ujar abang cashier setelah selesai mengira.
Mira yang terleka daripada lamunannya tersedar seketika apabila abang cashier itu bersuara mengemukakan harga barang tersebut.
"Berapa?" Soal Mira.
"2800 won."
Mira mengangguk lalu mengeluarkan not 2800 won. Selesai pembayaran, dia menuju ke depan dimana Jisung menunggunya.
"Dah, jom." Panggil Mira. Jisung bangun lalu berjalan bersebelahan Mira.
"Kau tak beli apa-apa ke?" Soal Mira yang melihat Jisung tidak membeli apa-apa.
"Aku beli ni." Satu kotak di tunjuk ke wajah Mira. Betul-betul di hadapan wajahnya.
"Weh kau beli?!" Mira terus merampas kotak Neo AirPods tersebut daripada tangan besar Jisung.
"Haah, biru tu kau punya. Hijau ni aku punya." Satu lagi Neo AirPods berwarna hijau ditunjukkan ke wajah Mira.
"Royal blue the best!" Ujar Mira yang sudah excited sangat-sangat dengan airpods barunya. Tidak sabar dia hendak pulang ke rumah dan mengcuba Neo Airpods keluaran terbaru ini.
ANDA SEDANG MEMBACA
Hear For You ✓
Teen FictionThank you for your existed in my life. • special dedicate to @pjssha • Start: 16 October 2021 End: 13 March 2022
