"Ring!"
Loceng kedua kedengaran menandakan waktu persekolahan tamat.
"Kau nak pergi mana?" Soal Jisung hairan apabila Mira mengambil jalan bertentangan dengan jalan pulang.
"Library."
"Ala, tak payahlah pergi sana. Tak seronoklah dekat sana." Jisung membuat mimik muka bosan.
"Siapa ajak kau? Kau nak balik, balik jelah."
"Habis tu kau? Takkan nak jalan sorang-sorang je?"
"Aku boleh jaga dirilah." Balas Mira.
"Ah tak ada. Mak ayah kau dah amanahkan aku untuk jaga kau. Dah jom." Jisung terus menarik lengan Mira menuju ke perpustakaan awam.
Mira menahan tawa di dalam hatinya, ada saja perangai aneh si Jisung ini.
🦋🦋🦋
"Nah." Mira menghulurkan satu cawan besar strawberry bubble tea kesukaan Jisung.
"Kenapa kau beli?"
"Minum jelah. Nanti kau tertidur aku tak nak kejutkan kau." Kerusi kosong yang berada di hadapan Jisung terus diduduki oleh Mira.
Mira menulis sesuatu di atas kertas kosong. Jisung yang leka melayan strawberry bubble tea langsung tidak perasan yang Mira sedang membuat soalan matematik.
"Amik ni, dah siap nanti bagi dekat aku." Sehelai kertas tersebut diberikan kepada Jisung, lalu dia membuka buku untuk mengulang kaji subject Geografi.
"Mira.." Jisung memanggil nama gadis tersebut. Namun Mira hanya buat donno dengan Jisung.
"Tahulah budak score A." Omel Jisung yang tidak puas hati dengan Mira.
Sengaja dia mahu mengenakan Jisung.
Akhir sekali, Jisung terpaksa jugalah menghadap soalan terpaling susah tersebut.
Beberapa jam kemudian, Mira mengangkat kepalanya untuk meregangkan otot yang tegang. Kelihatan Jisung sudah kecundang dengan soalan matematik tersebut.
"Tidur pulak dah." Omel Mira perlahan.
Kertas yang berada di bawah tangan Jisung diambil lalu gadis itu melihat hasil kerja Jisung. Mira menggelengkan kepalanya terlebih dahulu.
Orang suruh siapkan jalan kira matematik, tetapi lelaki itu boleh pula melukis figura Mira yang sedang belajar.
Sudahlah lukisannya sama level dengan kanak-kanak berumur 4 tahun.
"Aku suruh buat lain, kau buat benda lain. Haih.."
"Papa.. " Jisung bersuara perlahan membuatkan Mira mengalihkan pandangannya ke Jisung.
Mira bangun lalu mendekati tubuh Jisung.
"Papa.. " kali ini Jisung bersuara kuat sedikit. Air mata mula keluar daripada kelopak mata Jisung membuatkan Mira sedikit risau.
"Jisung bangun." Bahu lelaki itu disentuh untuk mengejutkan lelaki itu.
"Jisung." Nama lelaki itu dipanggil sekali lagi membuatkan Jisung tersedar daripada lenanya.
Serta merta air matanya mengalir deras lalu memeluk tubuh Mira yang sedang berdiri.
"Kau mimpi lagi ke?" Soal Mira sambil mengusap lembut bahu Jisung. Jisung pula membalasnya dengan anggukan perlahan.
"Aku rindu papa aku." Ujar Jisung dengan suara serak basahnya.
"Nanti aku teman kau jumpa papa kau. Okay?" Pujuk Mira sambil mengusap lagi bahu Jisung sehingga lelaki itu betul-betul tenang.
"Tapi aku benci dia sebab dia buat mama macam tu."
"Kita balik dululah Jisung. Kau penat ni." Gadis itu baru hendak menarik lengan Jisung untuk bangun, namun Jisung mengeraskan badannya.
Pelukan di pingang Mira dieratkan lagi dengan lebih erat.
"Bagi aku masa kejap."
"Take your time." Ucap Mira lalu membiarkan Jisung tanpa rasa segan. Dia tahu lelaki itu masih memerlukan masa dan memerlukan sokongan moral yang kuat.
ANDA SEDANG MEMBACA
Hear For You ✓
Teen FictionThank you for your existed in my life. • special dedicate to @pjssha • Start: 16 October 2021 End: 13 March 2022
