2 tahun kemudian
Hari ini merupakan hari graduasi buat Mira, Yuna dan Yujin. Selesai ucapan dan juga penyampaian sijil, mereka terus mendekati keluarga mereka.
"Mira!" Dari jauh lagi Minho dan Aria mendepakan tangan mereka untuk menyambut anak mereka.
"Tahniah anak appa." Minho mengusap kepala anak daranya. Bangga sekejap dapat anak sepandai Mira seperti dirinya.
"Thank you appa."
Kelihatan Jisung dan Jiyeon turut berada di situ. Satu jambakan bunga baby breath berwarna biru diberikan kepada Mira.
"Besar dah kawan aku sorang ni." Ujar Jisung lalu merosakkan rambut Mira.
"Yah rambut aku! Penat aku berdandan cantik tau." Marahnya sambil membetulkan semula rambutnya yang dirosakkan oleh serangga dengki itu.
"Mana Yujin dengan Yuna?" Soal Jiyeon mencari kelibat lagi dua orang sahabat Mira.
"Diorang entah hilang kemana. Jom kita tangkap gambar dulu." Mira menarik lengan Aria dan Jiyeon untuk mencari port tangkap gambar.
🦋🦋🦋
"Satu,"
"Dua,"
"Click!" Seorang pelajar perempuan menolong mereka untuk mengambil gambar beramai-ramai.
"Yujin, Yuna!" Mira memanggil nama mereka apabila mereka muncul di hadapannya.
"Jom ambil gambar." Mereka bertiga berbaris. Pelbagai gaya yang dibuat oleh mereka.
Minho pula menjadi photographer tidak berbayar buat anak tunggalnya.
"Okay dah. Kau dengan Jisung pulak." Yuna menarik lengan Yujin memberi ruang antara Mira dan Jisung.
"Haa Mira dengan Jisung. Cepat, appa nak tangkap ni." Minho pula bersuara.
"Tak naklah dengan Jisung. Bosanlah dengan dia." Mira membuat wajah bosannya.
"Ah tak ada, tak ada." Terus tubuh genit Mira ditolak oleh Yuna dan Yujin agar mereka berdua berdiri rapat.
Nak tak nak, mereka berdua berdiri bersebelahan. Jarang sekalilah dia dan Jisung mengambil gambar berdua. Boleh dikira dengan jari saja gambar dia dan Jisung.
"Eh Sunghoon!" Yujin memanggil jejaka tersebut dari jauh. Jejaka itu melambai tangan ke arah Yujin.
"Dah lah Mira. Jom balik." Yuna ingin membawa Mira pulang apabila pasangan bercinta itu mula memunculkan diri.
Sudah setahun lebih Yujin dan Sunghoon menjalinkan hubungan mereka. Habis sahaja hari graduasi Sunghoon, lelaki itu terus melamar Yujin menjadi teman wanitanya.
Sejambak bunga tulip putih diberikan kepada Yujin.
"Tahniah awak." Ucapnya lalu senyuman mahal itu diberikan kepada Yujin. Tersipu-sipu Yujin dibuatnya.
"Mira." Nama gadis itu tiba-tiba diseru oleh Jisung.
"Kau nak apa?" Soal Mira.
"Kau nak jadi girlfriend aku tak?" Soal Jisung jujur membuatkan Jisung menerima satu tamparan hebat daripada Mira.
"Sakitlah!" Jisung mengaduh kesakitan. Manakala Yujin dan Yuna terkejut seketika.
Macam tu je kau ajak dengan Mira?
"Kau dah lama hidup ke?" Soal Mira garang.
"Omma appa bagi tak Jisung dengan Mira?" Soal Jisung yang dituju kepada Aria dan Minho.
Aria dah Minho sudah tersenyum.
"Asalkan Jisung pandai jaga anak appa tu." Balas Minho. Sudah semestinya dia bagi green light kerana dia sudah kenal dengan Jisung sejak kecil lagi.
"Omma okay je." Balas Aria pula. Mira disitu sudah menepuk dahinya.
"See? Semua sokong aku. Kau tunggu nanti aku melamar kau cara paling romantik punya." Balas Jisung dengan penuh bangga.
"Aku je kot single." Yuna tiba-tiba bersuara. Mahu menangis dia apabila dia ditakdirkan untuk single abadi.
"Kau kan dah ada Jake." Kata Yujin.
"Kau gila ke apa? Tak nak aku dengan dia." Yuna membuat wajah toyanya.
Tidak lama kemudian, seorang jejaka menghampiri mereka semua. Matanya memandang tepat Yuna.
"Nah." Bunga peonis berwarna kuning diberikan kepada Yuna. Yuna hanya memandang bunga pemberian Jake itu.
"Ambillah, omma appa kau suruh aku datang sini sambut kau." Ujarnya.
Yuna menerima bunga tersebut dengan pandangan menjengkelkan.
"Kau jangan nak buat muka sangat. Aku tarik hidung kau baru tahu." Ugut Jake.
Mungkin Yuna saja yang menganggap dia single, tetapi bukan di mata lain yang sedang memerhati mereka berdua.
ANDA SEDANG MEMBACA
Hear For You ✓
Teen FictionThank you for your existed in my life. • special dedicate to @pjssha • Start: 16 October 2021 End: 13 March 2022
