09 • playground •

28 5 36
                                        

Sepanjang perjalanan pulang, Jisung hanya memerhati wajah masam mencuka Mira. Jisung mengelengkan kepalanya.

"Siapa suruh hilangkan." Ujar Jisung di dalam hatinya.

Jisung tiba-tiba bangun lalu membunyikan loceng. Mira memandang Jisung hairan apabila Jisung menekan loceng sebelum tiba ke kawasan rumah mereka.

"Kenapa kau tekan awal?"

"Ikut jelah aku." Ujar Jisung. Bas tersebut berhenti di perhentian bas.

Jisung menarik pergelangan tangan Mira agar gadis itu turun bersama-samanya.

Tiba di hadapan sebuah kedai menjual barangan elektronik, Mira terus mengeraskan kakinya agar dia dan Jisung tidak masuk ke dalam.

"Kau jangan cakap yang kau nak.."

"Beli barulah senang. Kalau cari pun nanti belum tentu jumpa. Entah-entah airpods tu dah kena jual dengan si pencuri tu." Tukas Jisung.

"Pap!" Tak semena-mena bahu Jisung dipukul kuat Mira membuatkan Jisung meraung kesakitan dan kepedihan.

"Kau kenapa pukul aku?!" Jisung mengusap-usap bahunya yang pedih.

"Siapa ajar kau membazir ni?" Soal Mira yang disertakan tangan di pingang. Gaya mak-mak marah anak mereka yang mengamuk apabila tidak dapat mainan.

"Kau lah ajar aku cara-cara membazir duit."

Balas Jisung setepek yang mampu mengundang tumbukan daripada Mira. Mujur dia sempat mengelak daripada tumbukan sihir Mira.

"Kita carilah nanti. Aku pasti benda tu akan jumpa punya." Kali ini Mira pula membawa Jisung jauh dari tempat tersebut.

"Ni kau nak bawak aku pergi mana ni?" Soal Jisung yang hanya mengikut langkah Mira.

"Main dekat tamanlah. Takkan kau nak tunggu dekat bus stop sampai pukul 6 kot."

Tiba di sebuah taman permainan yang penuh dengan kanak-kanak, Mira terus berlari mendapatkan buaian kosong.

"Aku pun nak naik jugak." Jisung bersuara dengan nada sedih.

"Kau tunggulah budak sebelah tu habis main." Balas Mira disertakan tawa mengejek Jisung.

"Kau gelak dekat aku eh." Jisung memegang tali buaian tersebut lalu menghayun Mira selaju mungkin.

"Yah, Park Jisung!"

Gadis itu memarahi Jisung apabila Jisung menghayunnya bagaikan tiada hari esok. Mahu terbang dibuatnya kalau Jisung ni tolaknya.

Jisung ketawa jahat apabila dia dapat mengenakan Mira semula.

"Abang, tak baiklah buat akak macam tu." Tiba-tiba satu suara kanak-kanak menegur Jisung.

Jisung memandang hairan budak perempuan yang berusia 4 tahun itu.

Tidak memasal dia dipukul oleh seorang budak yang berusia 4 tahun itu.

"Aik?" Jisung bersuara perlahan. Apa salahnya?

Apabila buain tersebut berhenti, Mira terus bangun. Jisung ni memang menempah maut dengannya.

"Alamak.." Jisung terus membuka langkah. Berkemungkinan riwayat seorang Jisung bakal berakhir tragis di sebuah taman permainan.

Dan pelakunya pula ialah seorang Hwang Mira.

"Yah! Kau berhenti sekarang!" Mira menjerit sambil mengejar Jisung. Habis satu taman itu menjadi tempat marathon Jisung dan Mira.

"Apalah diorang tu. Tua saja tapi main kejar-kejar." Ujar seorang kanak-kanak lelaki berumur 5 tahun yang sedang bermain game Free Fire dengan kawan-kawannya.

"Kita matang lagi." Seorang lagi kanak-kanak lelaki bersuara. Manakala yang lain pula mengangguk setuju dengan rakan mereka sendiri.

Untuk 3 minit Jisung berlari, dia tiba-tiba berhentikan langkahnya. Riak wajahnya berubah tegang.

"Dapat pun kau!" Mira menerkam Jisung dari arah belakang.

Namun lelaki itu hanya kaku membuatkan Mira sedikit hairan. Dia perasan yang riak wajah Jisung bertukar drastik.

Mira juga turut memandang hadapan membuatkan gadis itu juga terkejut.

"Jisung.." suara garau itu bersuara memanggil nama lelaki itu.

Hear For You ✓Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang