27 • Sunghoon & Yujin •

19 4 27
                                        

5 tahun berlalu dengan pantas. Pada hari ini Mira dan Jisung dipanggil oleh Yujin dan Sunghoon atas urusan yang perlu diselesaikan.

"Duduk dulu, duduk dulu." Ujar Yujin buat sahabatnya.

Yuna dan Mira sudah pelik dengan perangai Yujin ini. 2 keping sampul diberikan kepada Mira dan Yuna.

"Apa ni?" Soal Jake.

"Bukaklah." Balas Yujin lalu senyuman diberikan kepada sahabatnya.

Wedding Invitation
Sunghoon Park & Yujin Ahn
Date: 14 February 2026
Place: Grand Ballroom Banquet Hall, Signiel Seoul

"Weh Yujin!" Serentak Mira dan Yuna menjerit nama gadis itu. Yujin pula menayangkan senggihannya.

"Wah tahniah Sunghoon." Ucap Jisung dan Jake. Lelaki itu tersenyum macho sehingga membuatkan gadis-gadis sekolah menengah di meja sebelah jatuh pengsan.

"Kawan kita dah nak kahwin." Kata Mira dengan nada sedikit sedih. Tahu-tahu salah seorang sahabatnya akan berkahwin.

Sekejap sahaja masa berlalu.

"Kau nak kahwin jugak ke?" Soal Jisung tiba-tiba membuatkan mereka semua memandangnya.

"Eh." Jake bersuara.

"Tutup mulut kau." Mira mencubit bibir Jisung agar lelaki itu tidak boleh bercakap sebarangan.

"Betullah orang cakap." Yuna pula tiba-tiba bersuara.

"Apa dia?" Soal Sunghoon.

"Biasanya orang yang tak banyak cakap yang kahwin dulu." Sambung Yuna.

"Ala kau janganlah macam ni. Jake kan ada.. " kata Yujin meleret sambil matanya memandang ke arah Jake.

"Jake tak sweet." Tukas Yuna.

"Kau nak aku jadi sweet ke?" Soal Jake lalu memandang gadis di sebelahnya.

"Tak payah." Balas Yuna tegas membuatkan mereka semua tertawa.

🦋🦋🦋

Tiba hari yang dinantikan oleh pasangan Sunghoon dan Yujin. Yujin yang sudah cantik bersiap sudah tunggu di ruangan menunggu.

Tidak lama kemudian, pintu diketuk dari luar. Lalu pintu itu dibuka oleh seseorang.

"Appa." Yujin tersenyum manis apabila melihat bapanya masuk.

"Cantik anak appa." Puji lelaki itu. Sebak yang ditahan oleh seorang bapa ditahannya. Dia harus gembira melihat anaknya bakal mendirikan sebuah rumah tangga yang bahagia.

"Thank you appa." Ucapnya.

"Sedia dah?" Soal bapanya. Yujin mengangguk perlahan lalu bapanya menghulurkan lengannya. Yujin melilitkan lengannya ke lengan bapanya.

"Appa nak cakap satu benda ni." Ujar bapanya sambil mereka berdua berjalan menuju ke dewan utama.

"Apa dia tu appa?" Soal Yujin lembut.

"Appa percaya yang Sunghoon akan bahagiakan kamu. Tanggungjawab appa sampai sini je. Jadi appa harap kamu berdua kalau ada apa-apa masalah, selesaikan dengan cara yang matang."

Bapanya memandang Yujin dengan pandangan redup.

"Kalau sebelum ni kamu rasa appa tak ada masa dengan kamu, appa nak minta maaf dengan kamu ya. Appa dah cuba yang terbaik untuk bahagiakan kamu." Sambung bapanya lagi.

Yujin pula sudah ingin mengalirkan air matanya. Rasa sekejap saja dia sudah menjadi dewasa.

"Tak apalah appa. Appa ni ayah yang paling best dalam dunia ni." Balas Yujin lalu tersenyum manis.

Mereka berdua kini tiba di hadapan pintu utama dewan. Bapanya mengusap tangan anaknya yang berada di lengannya.

Apabila pintu besar itu dibuka, semua tetamu memandang Yujin yang bagaikan bidadari turun dari langit.

Semua terpana melihat Yujin. Mira dan Yuna yang berada di meja VVIP telah mengalirkan air matanya. Mereka tidak percaya yang sahabatnya bakal menjadi isteri orang.

Yujin melangkah perlahan ke hadapan diiringi oleh bapanya. Sunghoon yang berada di depan sudah terpana melihat bakal isterinya.

Setibanya mereka di depan, bapanya sempat berbisik sesuatu ke telinga Sunghoon sebelum dia berjalan mendekati isterinya.

"Appa percaya kamu boleh jaga Yujin dengan baik." Bisiknya lalu belakang Sunghoon diusap lembut.

"Saya akan jaga anak appa macam saya jaga diri saya sendiri." Balas Sunghoon yakin lalu senyumannya terukir.

Hear For You ✓Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang