18 • fever •

27 5 37
                                        

Mira berjalan mendekati cermin biliknya. Baju sekolah dibetulkan gadis itu.

"Ting."

Kedengaran bunyi notifikasi. Mira berjalan mendapatkan telefon pintarnya lalu ruangan chat Jisung dibuka.

Jisung 🐹:
Aku tak pergi sekolah hari ni
Demam

You:
Okay
Get well soon budak

Mira menutup telefonnya. Dia mencapai beg sekolah lalu keluar dari biliknya.

Selesai bersarapan pagi, dia terus ke rumah sebelah. Loceng rumah ditekan Mira.

Tidak lama kemudian, pintu dibuka oleh Jiyeon.

"Eo Mira, masuklah." Pelawa Jiyeon. Gadis itu menghadiahkan senyuman buat Jiyeon lalu kakinya melangkah masuk ke dalam.

"Jisung ada dalam bilik ke mama?" Soalnya.

"Ada je dekat dalam tu. Tadi lepas mama bagi dia makan bubur, terus dia nak sambung tidur. Ubat yang mama letak dekat atas meja kecil tu tak tahulah dia dah makan ke belum. Nanti Mira tolong tengokkan kejap tau." Pinta Jiyeon.

Mira hanya membalasnya dengan anggukan kecil.

"Mira jengguk dia kejap eh." Kata Mira. Terus bilik Jisung ditujunya.

Gelap saja bilik lelaki itu. Mira mula mendapat akal. Nak tidur sangat ya Park Jisung.

Pertama sekali Mira membuka suis lampu. Kelihatan Jisung mengerakkan sedikit badannya akibat lampu yang cerah.

Kemudian Mira terus berjalan ke langsir bilik tersebut dan terus buka. Malangnya matahari di waktu pagi tidak secerah di waktu tengah hari.

Nasib kau baik Jisung.

"Tutuplah balik Mira." Kata Jisung dengan suara serak basahnya. Selimut tebal yang menutup tubuh lelaki itu ditarik sedikit agar dia dapat menutup matanya.

Kelihatan ubat yang disebut Jiyeon masih belum disentuh Jisung.

"Bangunlah, aku tahu kau belum makan ubat lagi." Mira menepuk-nepuk Jisung yang berada di bawah selimut gebu itu.

"Ubat tu tak sedap." Balas Jisung dengan nada lemah.

"Kau nak sedap makan gula-gulalah. Bangun Jisung, mama suruh kau makan ubat." Selimut ditarik-tarik Mira.

Sengaja dia buat Jisung sakit hati dengannya. Jisung terus menarik selimut dari wajahnya lalu dia bangun sedikit dan menyandarkan badannya ke kepala katil.

"Kau ni, pergilah sekolah. Nanti lambat." Dia sengaja buat alasan untuk tidak menelan ketulan pahit itu.

"Kau sajakan? Aku pergi sekolah lepas kau makan ubat."

"Kalau macam tu kau pontenglah hari ni. Lagipun nanti tak ada siapa nak teman aku."

"Kepala hotak kau. Kau makan ubat ni sekarang sebelum aku baling pokok cactus kau dekat luar." Terpaksa jugalah Mira mengugut Jisung dengan cara itu.

"Ish yelah-yelah." Jisung mengalah juga akhirnya. Ubat demam itu ditelan Jisung dengan tidak rela.

"Bukak mulut." Arah Mira. Dia hendak memastikan bahawa Jisung betul-betul menelan ubat demam tersebut.

Jisung mengikut kata lalu dia membuka mulutnya.

"Okay good." Tugasan Mira selesai lalu dia bangun untuk ke sekolah.

Tiba-tiba pergelangan tangan Mira ditahan oleh Jisung. Mira memandang seketika lelaki itu.

"Balik sekolah nanti jangan lupa hantar kau punya live location." Tegurnya.

"Iya aku tahulah. Macam tak biasa pulak." Mira memandang Jisung dengan pandangan annoying.

Dia ni bukannya jenis yang pelupa seperti Jisung.

"Dah pergi sekolah. Aku nak sambung tidur." Matanya dipejamkan.

"Dasar kawan paling terlaknat. Kau halau aku?" Mira mula bengang dengan perangai Jisung yang acah-acah savage.

"Aku nak tidurlah." Balas Jisung yang masih memejamkan matanya.

Mira menjeling Jisung. Kecik besar kecik besar je dia tengok si Jisung ni. Kalau ikutkan hatinya, nak saja dia musnahkan pokok-pokok yang dijaga Jisung di balkoni luar itu.

Hear For You ✓Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang