Pandangan Jisung dihamparkan ke luar. Dari jarak atas rooftop, dia dapat melihat taman permainan yang tiada orang disitu.
"Baa!" Tiba-tiba bahu Jisung disentuh seseorang. Jisung memandang Mira dengan pandangan tidak terkejut.
"Aik? Kau tak terkejut?"
"Aku dengarlah bunyi tapak kaki kau." Tukas Jisung membuatkan Mira mengejeknya.
"Woo Jisung dah besar dahlah. Dah tak terkejut macam dulu-dulu." Usiknya.
"Eleh, kau apa je tahu pasal aku."
"Aku tahu semua." Balas Mira mengejek Jisung.
Miera mengambil tempat di sebelah Jisung. Angin sejuk malam membuatkan mereka berdua senyap seketika menikmati angin malam.
"Kenapa kau panggil aku suruh datang sini?" Soal Mira hairan. Adakah benar ini Jisung?
"Tak adalah, aku saja ajak kau lepak dekat sini. Mana tahu nanti kalau kita dah besar nanti, kita makin rengang."
"Kau ni kalau aku sepak muka kau baru kau tahu."
"Kau ingat tak kita berkawan sejak bila?" Soal Jisung yang ingin membuka topik baru.
"Entahlah. Kita pun kecik lagi masa tu. Kau 3 tahun aku pulak baru 2 tahun. Omma aku lah cerita.
"Kalau kira balikkan, lebih 10 tahun kita kenal." Ujar Jisung lalu dia memandang wajah Mira. Senyuman mula terukir.
"Aku pun tak expect kita berkawan lama macam ni. Kau nak tahu tak?" Soal Mira. Jisung hanya mengangkat keningnya.
"Aku tak nak kau ada girlfriend." Ujar Mira jujur membuatkan Jisung hairan.
"Kenapa kau tak nak aku ada girlfriend?"
"Yelah, bila kau dah ada girlfriend, mesti dia cemburu kalau kita rapat macam ni. Jadi nanti lama-lama kita akan jadi orang asing."
"Aku tak nak kita jadi orang asing." Tubir mata Mira mula menghangat.
Jujur dia tidak mahu Jisung jauh daripadanya walaupun dia sudah ada Yujin dan Yuna. Tapi Jisung tetap sahabat baiknya yang pertama.
"Kalau macam tu, aku tak nak kau ada boyfriend. Kalau kau ada boyfriend, dia pun mesti cemburu bila aku dekat dengan kau."
"Ceh kau ni." Air mata Mira mula jatuh.
"Kau cengeng sangat malam ni kenapa? PMS ke?" Soal Jisung lalu dia mengelap air mata Mira dengan hujung lengan bajunya.
Mira membalasnya dengan anggukan.
"Patutlah."
Selesai mengelap air mata budak cengeng itu, Jisung terus mendaratkan kepalanya ke atas riba Mira.
Tompok-tompok putih yang menjadi seri langit malam dipandang Jisung dengan penuh minat.
"Kepala kau beratlah."
"Pinjam kejap je." Tukas Jisung.
"Tapikan Mira," Jisung berhenti seketika lalu dia memandang wajah Mira.
"Apa?" Mira memandang Jisung. Mata mereka mula bertembung.
"Kalau aku tak boleh ada girlfriend, macam mana aku nak kahwin?" Soal Jisung membuatkan Mira terpaksa menahan sabarnya.
"Kau ni, malaslah aku cakap dengan kau." Mira menjeling Jisung lalu dia ingin menarik ribanya daripada terus menjadi alas kepala Jisung.
Jisung gelak jahat.
"Iyelah yelah, aku takkan ada girlfriend. Nak kahwin tu jauh sekalilah." Pujuk Jisung. Dia menarik semula riba Mira dan sambung memandang langit.
Beberapa saat kemudian, Jisung perasan yang Mira mengelap air matanya.
"Kau kenapa nangis Mira?" Soal Jisung. Mira ni kalau masa pms suka sangat menangis.
"Aku tiba-tiba terbayang bila kau dah kahwin lepas tu kita dah tak rapat macam dulu dah." Ujar Mira sambil menangis.
Lengannya menutup matanya yang tidak berhenti mengeluarkan air mata.
"Ala kau ni. Tak aku tak kahwin." Jisung menggaru kepalanya yang tidak gatal.
Menyesal pula dia ajak Mira naik ke atas rooftop ni. Kalau dia tahu keadaan jadi macam ni, baik dia duduk rumah sambung main game.
YOU ARE READING
Hear For You ✓
Fiksi RemajaThank you for your existed in my life. • special dedicate to @pjssha • Start: 16 October 2021 End: 13 March 2022