04 • school canteen •

28 6 33
                                    

12:00 tengah hari

Loceng pertama berbunyi menandakan makan tengah hari. Jisung terus menonong masuk ke dalam kelas Mira memandang gadis itu sedang mengemas buku di atas meja.

Jisung terus datang menghampiri Mira membuatkan Yuna dan Yujin saling berpandangan.

"Kau ni dari dulu berkepit je dengan Mira. Bagilah chance dekat kitorang pulak nak berkepit dengan Mira." Yuna mula bersuara tidak puas hati.

"Suka hati akulah. Aku kenal dia daripada kecik lagi. " Balas Jisung.

"Mula dah." Omel Mira perlahan. Yujin yang berada di sebelah sudah menahan tawa melihat perangai masing-masing.

"Dah jom!" Mira menarik lengan Yuna dan Yujin keluar dari kelas mereka. Jisung pula dibiarkan terkontang-kanting berseorangan.

Tiba di kantin sekolah, mereka terus mengambil tray makanan dan mengisi tray tersebut. Jisung memanjangkan lehernya mencari tempat kosong.

"Ada tak?" Soal Yujin.

Jisung mengeleng perlahan.

"Situ ada haa." Mira menunjukkan tempat kosong yang diduduki oleh seorang lelaki iaitu Shotaro.

"Bolehlah tu. Jom!" Yuna terus berjalan dahulu ke meja tersebut.

Mira mengambil tempat berhadapan dengan Jisung. Manakala di hadapan Yujin pula adalah Shotaro.

Yuna yang berada di sebelah kanan Yujin sudah menjamu selera. Gelojoh betul anak Shin sorang ni.

"Kau okay je kan kitorang duduk sini?" Soal Mira. Shotaro hanya membalasnya dengan anggukan perlahan.

"Yeorobun kejap!" Tiba-tiba satu suara garau mengacau ketenangan mereka berlima.

Haechan yang berhenti mengejut membuatkan Jeno dan Yangyang berhenti mengejut juga.

"Eh Shotaro dah ada geng lah. Mesti dia dah tak nak berkawan dengan kita dah." Haechan mula aksi drama air matanya di hadapan mereka berlima.

Jeno dan Yangyang pula mula memainkan watak sampingan sebagai kawan untuk memujuk Haechan daripada terus mengalirkan air mata.

Tiba-tiba kerusi kosong yang berada di sebelah Mira di duduki oleh Haechan.

Haechan terus menongkat wajahnya memandang Mira membuatkan gadis itu kurang selesa dengan situasi sekarang.

"Kenapa kau baik sangat dengan dia? Dia siapa pada kau?" Soal Haechan. Haechan sengaja merapatkan tubuhnya ke arah Mira.

"Ehem, aku rasa kau terlalu rapat dengan dia." Jisung menghalang Haechan dengan lengannya daripada terus mendekati Mira.

"Kenapa kalau aku buat baik dengan dia sekali pun? Ada aku kacau kau ke? Tak ada pun kan?" Bidas Mira yang geram dengan perangai Haechan.

"Mira.." Yujin cuba menghalang Mira daripada terus bertekak dengan Haechan.

"Yang kau nak melebih apahal? Dia tak ada pun mengadu apa-apa dekat kau kan?" Balas Haechan yang tidak mahu kalah.

"Dahlah weh. Jom makan, aku dah lapar ni." Yangyang menarik lengan Haechan agar dia dapat keluar daripada situasi tegang ini.

Sudahlah dia kelaparan yang amat dahsyat, nanti asyik bergaduh je auto masa rehat habis macam tu je.

"Haa itulah, aku pun lapar jugak ni." Jeno dan Yangyang terus menarik Haechan jauh dari situ.

"Maaf ganggu bang!" Pamit Yangyang sambil memandang ke arah Jisung.

"Kau okay tak?" Soal Jisung yang melihat perubahan drastik wajah Mira.

Mira mengangguk perlahan lalu dia menyuap sesudu nasi.

Jisung dan yang lain hanya berdiam diri bagi menenangkan semula situasi tegang yang berlaku sebentar tadi.

Shotaro pula menyuap makanan ke mulutnya perlahan-lahan sambil memandang Mira. Dia pula yang rasa serba salah apabila melihat gadis itu terus tiada mood untuk makan.

Hear For You ✓Where stories live. Discover now