19 • walking alone •

30 5 25
                                        

9 malam

Mira berjalan berseorangan pulang dari sekolah di dalam gelap yang ditemani oleh bulan dan bintang.

Sejak daripada tadi lagi dia rasakan yang ada seseorang mengikutnya. Gadis itu mula tidak sedap hati.

Mujur dia sudah send live location dekat Jisung semasa di pagar utama sekolah tadi.

Mira mula berjalan laju dan orang yang mengikutnya juga mula melangkah laju. Haa sudah, apa yang orang itu mahu darinya?

Sedangkan dia bukanlah idol terkenal mahupun pelakon seperti IU untuk dikejar sebegini.

Mira mula mendail nombor Jisung. Apabila panggilannya sudah diangkat oleh Jisung, Mira terus mendekatkan telefon pintarnya ke telinga.

Namun tidak sempat Mira bercakap, telefon pintarnya dirampas dari arah belakang.

Gadis itu terkejut lalu dia menoleh ke belakang. Kelihatan Shotaro yang merampas telefon pintarnya.

"Sh-Shotaro?" Mira terkejut seketika.

"Kenapa kau ikut aku? Kau tahu tak aku takut?" Mira memarahi lelaki itu.

"Saya cuma nak teman awak je."

Mira menghela nafas sedalam mungkin.

"Shotaro, kau tak perlu tau ikut aku macam ni. Kau tahu tak aku dah fikir yang kau ni penyangak?"

"Jahat sangat ke saya ni?" Soal Shotaro. Riak wajahnya mula bertukar.

Mira terdiam seketika melihat perubahan daripada wajah lelaki itu. Tak semena-mena lelaki itu menarik pergelangan tangan Mira.

"Saya tanya, jahat sangat ke saya ni?!" Lelaki itu menyoal Mira semula dengan nada yang lebih tinggi.

Gadis itu mula menggeletar ketakutan. Ini bukan Shotaro yang dia kenal. Pegangan lelaki itu semakin diketatkan membuatkan Mira terjerit kecil.

"Sakitlah Shotaro!" Mira sedaya upaya melepaskan pergelangan tangannya daripada terus digenggam kuat Shotaro.

"Saya tak akan lepaskan awak kalau awak masih rapat dengan Jisung." Ujarnya dengan dingin.

Di dalam kepekatan malam, Mira dapat melihat satu senyuman meleret Shotaro membuatkan gadis itu lebih takut.

"Saya suka awak Mira. S-saya betul-"

Tiba-tiba saja belakang baju Shotaro ditarik oleh seseorang membuatkan Shotaro terdorong ke arah tersebut.

"Buk!"

Satu tumbukan tepat mengena pipi kiri Shotaro membuatkan lelaki itu jatuh terjelopok ke tanah. Barang yang disimpan di dalam blazer milik Shotaro mula berterabur di tanah.

Mata Jisung mula terarah ke barang yang terkeluar itu. Jenama airpods tersebut dipandang oleh Jisung.

Jelas kelihatan itu kepunyaan Mira. Jisung mendekati Shotaro yang masih terbaring di atas jalan tar itu.

Kolar blazer Shotaro dicengkam kuat.

"Kau ke yang curi semua barang Mira?" Soal Jisung dengan nada dingin.

Mira yang berada di situ terkejut. Selama ini Shotaro yang mencuri barangnya?

Tiba-tiba saja Shotaro tersenyum.

"Aku terpaksa. Sebab aku suka dia." Balasnya dengan senyuman masih dikekalkan.

Mira pula sudah meremang bulu romanya.

"Call polis Mira. Bercakap dengan orang psychopath memang takkan habis." Jisung terpaksa menahan api kemarahannya dengan seorang psychopath yang satu ini.

🦋🦋🦋

5 minit kemudian, dua biji kereta polis tiba di tempat Jisung dan Mira berada. Tangan Shotaro pula sudah diikat kemas dengan menggunakan tali leher Mira.

"Mohon adik dua orang ikut kami ke balai untuk buat laporan." Pinta seorang polis tersebut.

Jisung dan Mira pula menggangguk perlahan. Jisung mengusap bahu Mira yang masih ketakutan dengan perbuatan tak bermoral Shotaro.

Gadis itu sendiri masih terkejut dengan Shotaro yang disangkakan seorang lelaki yang baik dan seringkali menjadi mangsa buli Haechan, Yangyang dan Jeno.

Hear For You ✓Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang