13 • uncomfortable •

26 6 30
                                        

Selesai waktu makan, mereka berjalan sekali pulang ke kelas semula.

"Mira, aku lupa nak bagitahu kau." Jisung bersuara lalu memandang wajah Mira.

"Apa?"

"Balik nanti kau balik terus tau. Sebab aku dah janji dengan Chenle nak main bola keranjang lepas sekolah."

"Kau main bola keranjang? Bukan selalu kau main bola sepak ke?" Soal Mira hairan.

"Memanglah. Tapi hari tu aku ada ajak Chenle main bola sepak. Jadi sebagai balasan, dia ajak pulak aku main bola keranjang." Jelas Jisung membuatkan tiga orang gadis itu mengangguk faham.

"Tapikan korang." Yuna bersuara. Kini semua memandang gadis itu.

"Hari tu kan, aku ternampak Chenle dengan Ningning tau. Aku rasa diorang dating." Sambung Yuna yang mampu membuatkan mereka sendiri terkejut seketika.

"Kau biar betul Yuna?" Soal Yujin tidak percaya.

Yuna mengangguk laju menandakan dia benar-benar nampak Chenle dan Ningning sedang berdating.

"Kau nampak diorang dekat mana?" Soal Mira pula yang ingin tahu.

"Dekat mall. Masa tu aku dengan family aku keluar. Lepas tu aku ternampak Chenle dengan Ningning macam ni ha!"

Yuna mengambil tangan Yujin lalu dia menunjukkan lakonan semula dimana Chenle dan Ningning berpegangan tangan.

"Oh my gad sweetnya diorang!" Jisung bersuara kuat membuatkan tiga gadis itu memandang Jisung.

Melebih-lebih Jisung ni.

"Sorry, sorry. Aku excited bila dengar dia dengam Ningning."

"Eleh, kau tu bila lagi dengan Mira?" Soal Yuna sambil menaikkan sebelah keningnya. Yujin juga turut tersenyum jahat memandang Jisung.

"Tak adalah. Kitorang kawan je." Telinga Jisung mula memerah.

Yujin dan Yuna seperti biasa, mereka akan mengusik Mira dan Jisung bagaikan tiada hari esok. Mira pula terus berjalan buat-buat pekak.

🦋🦋🦋

Tiba waktu pulang. Jisung sudah pergi ke court dengan Chenle apabila bunyi saja loceng pulang.

Mira pula berjalan kaki berseorangan memandangkan Jisung dan Chenle sedang berdating.

"Mira." Satu suara garau menegurnya. Mira menoleh ke belakang melihat Shotaro.

"Eo Shotaro. Kenapa?"

"Saya nampak awak jalan sorang-sorang. Nak saya teman awak balik tak?" Shotaro menawarkan dirinya.

"Eh tak apalah. Susahkan kau je, lagipun aku boleh balik sendiri."

"Mana ada susah. Saya okay je kalau nak teman awak balik." Lelaki itu tidak mengalah.

"Tapi-"

"Awak tak percayakan saya ke?" Shotaro menyoal. Jelas kelihatan riak wajahnya bertukar sedikit.

"Eh jangan cakap macam tu. Aku percaya je dengan kau." Balas Mira untuk menjaga hati Shotaro.

Mendengar bahawa gadis kesukaannya percaya akan dirinya, Shotaro terus mengukirkan senyuman.

"Jom saya teman awak balik." Terus pergelangan tangan Mira ditarik membawa gadis itu ke perhentian bas.

Apabila bas sampai, Shotaro masih lagi menarik tangan Mira. Dia mengambil tempat kosong lalu memberikan laluan terlebih dahulu kepada Mira.

"Awak suka makan apa?" Soal Shotaro apabila bas sudah mulakan perjalanan.

"Er.. Bungeoppang." Balas Mira.

Dia sebenarnya kurang selesa apabila jurang antara dia dan Shotaro terlalu dekat. Walaupun Jisung merupakan sahabat lelakinya, namun Jisung akan memberikan ruang lebih agar dia selesa.

"Oh iya ke? Kalau saya suka makan sushi." Ujar Shotaro lalu tanpa sedar lelaki itu meletakkan lengannya di atas bahu Mira.

Gadis itu terkejut seketika apabila lengan itu berada di atas bahunya.

"Urm Shotaro." Panggil Mira. Shotaro memandang Mira bagaikan tiada apa-apa berlaku.

"Aku sebenarnya tak selesa kalau kau-"

"Tak selesa? Habis tu kenapa awak bagi Jisung sentuh awak?" Soal Shotaro dengan nada dingin.

"Jisung tu sebab aku dah terbiasa-"

Tanpa sempat Mira menghabiskan ayatnya, Shotaro terus bangun. Dia menekan butang loceng.

Apabila bas berhenti, lelaki itu terus keluar tanpa sebarang pamitan.

"Dia merajuk pulak dah." Omel Mira seorang diri.

Hear For You ✓Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang