23 • drunk confession •

28 4 25
                                    

Jisung berjalan masuk ke dalam sebuah restoran makanan yang dikunjungi oleh Mira dan dua orang sahabatnya.

Kelihatan Mira sangat mabuk penangan air soju yang diminumnya. Jisung menggelengkan kepalanya.

Jisung menhampiri mereka. Jake juga turut berada di situ.

"Kau lama dah ke ada sini?" Soalan itu dituju buat Jake.

"Tak adalah lama sangat. Bapak dia ni call aku suruh tengokkan Yuna." Kata Jake yang sedang menahan kepala Yuna yang sudah tidak sedarkan diri.

Yujin pula sudah terlena. Kepalanya dibaringkan ke meja makan. Tangannya pula masih memegang botol soju.

"Yah Park Jisung!" Mira tiba-tiba menjerit. Wajahnya yang kemerah-merahan memandang Jisung.

"Shuu, kau ni buat malulah Mira." Jisung menutup mulut Mira dengan tangannya. Namun Mira menarik tangan Jisung agar tidak menutup mulutnya.

"Kau suka aku ke?" Soalnya dengan keadaan separuh sedar.

"Kau baliklah dulu Jisung. Biar aku tunggu Sunghoon sampai." Ujar Jake. Risau pula bila dia tengok Mira mabuk seteruk itu.

Jisung mengangguk faham. Dia terus mendukung Mira dibelakang badannya. Barang-barang Mira juga diangkut Jisung.

🦋🦋🦋

"Jisung yah.." panggil Mira meleret.

"Iya Mira. Kau nak apa?" Jisung hanya mampu melayan saja perangai mabuk Mira.

"Kau suka aku ke? Hm?" Soal Mira. Jisung hanya berdiam diri.

Tiba di satu kerusi batu, Jisung meletakkan Mira seketika. Lengguh pingangnya mendukung Mira ni.

Jisung mengambil tempat di sebelah Mira. Tiba-tiba Mira menyentuh kedua-dua belah pipinya lalu ditarik agar memandangnya.

"Comel." Ujar Mira lalu tersenyum.

Tanpa Jisung sedar, satu kucupan mendarat di bibir lelaki itu. Jisung terkejut dan dia terdiam melihat perangai Mira.

Mira mencuri ciuman pertamanya.

"Aku pun suka kau." Kata Mira sambil tertawa comel. Jisung pula sudah ketawa dengan perangai tak senonoh Mira ni.

Rama-rama di dalam perut lelaki itu sudah mula bertindak aktif bagaikan tiada hari esok.

"Aku suka kau dah laaaaaaamaaaaaaa." Mira menjerit kuat sehinggakan Jisung terpaksa menutup mulutnya.

"Kau ni cakap perlahan boleh tak?" Tegur lelaki itu. Mujur hari sudah larut malam dan tiada orang lalu di situ.

Sekali lagi Mira menarik wajah Jisung. Pipi lelaki itu ditekan lagi.

"Aku tanya kau ni. Kau suka aku tak?" Soal Mira sekali lagi. Kali ini digoncangnya kepala Jisung bagaikan kepala Jisung itu adalah bola sepak.

"Iya aku suka kau. Puas hati kau?" Soal Jisung sambil tergelak. Tak sangka pula dia Mira sejujur ini ketika mabuk.

Gadis itu juga tersenyum.

"Kau ni memang tak tahu malu." Bidas Jisung.

"Aku suka kau." Kata Mira lagi. Malam ini sahaja sudah banyak kali Mira mengatakan dia suka Jisung.

"Dah lah, jom balik. Omma appa kau dah risau kau tak balik-balik lagi ni." Jisung mendukung Mira semula di belakang badannya.

🦋🦋🦋

Jisung membawa Mira masuk ke dalam biliknya. Tubuh genit itu dibaringkan lalu selimut diambil dan menutup tubuh itu.

Tiba-tiba Mira menangkap lengan Jisung apabila lelaki itu sudah selesaikan tugasnya.

"Kau nak pergi mana?" Soal Mira.

Jisung tersenyum lalu kepala itu diusapnya lembut.

"Kau tidurlah. Esok kita jumpa lagi." Selimut gebu itu dibetulkan kembali.

Dia berjalan keluar dari bilik gadis itu. Tak berani dia berlama-lama dibilik Mira. Nanti tak memasal dia kena dengan Minho.

"Buat susahkan kamu je tolong hantarkan Mira balik rumah." Ujar Minho lalu menepuk bahu lelaki itu.

"Biasalah tu appa. Orang baru first time minum." Jisung ketawa.

"Itulah. Mula-mula dia kata nak keluar dengan kawan-kawan dia je. Tahu-tahu je dia pergi minum." Minho menggelengkan kepalanya dengan perangai anak daranya.

Minho berjalan menemani Jisung sehingga depan pintu. Habis saja berborak dengan Minho, Jisung terus pulang semula ke rumahnya.

Hear For You ✓Where stories live. Discover now